Home Web Specials 2015 Web Specials Duduk bantah GST: Apa yang sebenarnya berlaku

Duduk bantah GST: Apa yang sebenarnya berlaku

Photograph: themalaysianinsider.com

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

S Arutchelvan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku apabila Gabungan Membantah GST mengemukakan 106 soalan mengenai GST di Jabatan Kastam di Petaling Jaya pada 23 Mac 2015.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) terasa lucu dengan kenyataan Datuk Seri Khazali Ahmad, Pengarah Jabatan Kastam, yang mengatakan Kastam akan menjawab 106 soalan yang dikemukakan oleh Gabungan Bantah GST dan mengatakan kebanyakan soalan tersebut nampaknya mudah dan remeh.

Kenyataan yang lebihkurang sama telah dikeluarkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan, di mana beliau telah turut memperkecil-kecilkan soalan-soalan yang dikemukakan. Beliau dilaporkan berkata, “Salah satu soalan mereka tanya kenapa udang kena GST tetapi lobster (udang kara) untuk orang kaya tidak kena GST.

“(Jawapannya) udang tidak kena GST, lobster tidak kena GST, udang kering dan lobster kering pun tidak kena GST; itu antara 106 soalan; ini soalan kacang dan mudah.”

Namun apabila 106 soalan yang “remeh, kacang dan mudah” ini dibawa ke Kaunter Penerangan GST pada 23 Mac 2015, nampaknya polis dan Kastam menghadapi keadaan ini dengan mengistiharkan seolah-olah kawasan tersebut Darurat.

Ingin kami menjelaskan bahawa sebelum Gabungan Membantah GST membawa soalan ini ke Jabatan Kastam, pihak kami sudahpun mendapat kepastian bahawa rakyat boleh membawa soalan kepada kaunter GST Kastam Kelana Jaya. Namun apakah sebenarnya yang telah berlaku.

Kaunter GST telah ditutup sertamerta dan dikunci apabila rakyat mahu mendekatinya.

Kemudian Kaunter Penerangan GST telah dikawal oleh anggota-anggota Light Strike Force(LSF) untuk tidak membenarkan orang ramai memasukinya.

Kemudian kami dimaklumkan bahawa Ibupejabat Kastam ditutup (shut down) kerana terancam dengan 106 soalan “remeh, kacang dan mudah” yang dibawa oleh rakyat Malaysia.

Kami juga difahamkan bahawa polis telah melancarkan satu Operasi yang dipanggil Ops Aman GST dimana lebih 620 anggota polis dikerah dari seluruh Selangor untuk mengawal Kastam dan menghalau rakyat yang datang untuk bertanya 106 soalan yang “remeh, kacang dan mudah”.

Maka nampaknya memang pihak Kastam dan Polis ada niat untuk halau kita daripada bertanyakan soalan-soalan kepada kaunter penerangan.

Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Abdul Gani Othman kemudiannya telah dipujuk oleh KPD Kelana Jaya untuk melayan kami dan akhirnya hasrat kami dilayan hanya kerana kami tidak mahu meninggalkan bangunan Kastam.

Sebelum soalan ditanya kepada Pengarah Kastam Negeri, beliau ditanya samada Kastam sudah bersedia melaksanakan GST pada 1 April 2015.

Beliau berkata bersedia dan berjanji akan menjawab semua soalan kami dan memberikan kepastian dengan cara menunjukan ‘t’humbs up’. Beliau turut mengatakan bersama beliau ada dua orang pakar GST yang boleh menjawab sebarang soalan kami.

Namun beliau dengan baculnya hanya menjawab satu soalan dan terus melarikan diri dengan kertas soalan entah ke mana.

Soalan pertama yang ditanya, mungkin remeh bagi Pengarah Kastam dan Timbalan Menteri kewangan di mana dia ditanya mengapa sardin makanan rakyat marhaen dikenakan GST manakala lobster makanan orang kaya tidak dikenakan GST.

Jawapan oleh pengarah Wilayah Persekutuan adalah, “Itu saya tidak tahu dan anda kena tanya kepada Parlimen.”

Pengarah Kastam yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan dan melaksanakan GST mencuci tangan daripada menjawab soalan pertama dan terus melarikan diri dengan soalan-soalan yang lain.

Maka mengapakah seorang pengarah negeri melarikan diri daripada menjawab 106 soalan “remeh, kacang dan mudah”?

Setelah itu, kumpulan kami telah menunggu untuk lebihkurang empat jam, tetapi beliau langsung tidak menonjol dan telah menghilangkan diri. Pihak polis termasuk Ketua Polis Daerah Azmi Abu Kassim mengatakan mereka semua tidak berada didalam bangunan.

Kami kemudian telah menghantar dua orang wakil untuk hanya bertanya samada beliau akan jawab sekarang atau tidak supaya kami boleh balik, tetapi beliau dan keseluruhan pengawai kastam melarikan diri dari soalan “remeh, kacang dan mudah”.

Polis pula enggan membenarkan kami berjumpa pengarah kastam atau pegawai kastam yang lain. Polis yang sepatutnya berdiri sebagai pihak neutral nampaknya bersubahat dengan pihak kastam sehingga wakil kami dihalang dan disekat daripada berjumpa dengan mana-mana pegawai.

Kemudiannya, pada jam lima petang, kami telah dihalau secara paksa dengan kekerasan, dan seramai 80 orang telah ditahan polis. Pihak FRU juga turut dikerah. Seramai 25 orang juga telah didakwa di mahkamah atas tuduhan kononnya kami menceroboh.

PSM menganggap Jabatan Kastam Negara dan kerajaan gagal menjawab 106 soalan “remeh, kacang dan mudah”.

Jika GST begitu mudah difahami, mengapa ribuan syarikat masih belum mendaftar?

Mengapa jutaan wang rakyat digunakan untuk iklan untuk membodek, menghasut dan mengugut rakyat menerima GST?

Mengapa sehingga kini, semakin banyak pertubuhan-pertubuhan termasuk veteran-veteran Umno seperti Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh meminta ia tidak dilaksanakan atau ditangguhkan?

Antara soalan “remeh, kacang dan mudah” adalah adakah kerajaan akan meningkatkan akta gaji minima sebelum GST dilaksanakan dan berapakan anggota yang ada untuk kuatkuasakan supaya harga tidak naik? Ini semua merupakan soalan penting untuk rakyat tetapi bagi Kerajaan dan Kastam, ia hanyalah 106 soalan “remeh, kacang dan mudah”

Kini kerajaan dan Jabatan Kastam yang secara bacul melarian diri pada 23 Mac 2015 mahu menjawab soalan kami melalui website kerana mereka tahu bahawa jika mereka bersemuka dengan kami, mereka tidak dapat memberikan penjelasan.

Kerajaan lebih senang menggunakan komik dan iklan daripada bersemuka dengan rakyat yang dahagakan penjelasan. Tujuan kami datang semuka adakah untuk dapatkan penjelasan bukan hanya sekadar nak tengok penjelasan dalam website.

Kami dengan ini menuntut kerajaan membatalkan atau sekurang-kurangnya menangguhkan GST kerana terbukti untuk menghadapi dan berdepan dengan 106 soalan “remeh, kacang dan mudah” sahaja, Jabatan Kastam sudah shut down.

Ini dengan jelas menunjukkan betapa sedianya Kerajaan untuk melaksanakan GST pada 1 April 2015. Adakah lebih wajar Kerajaan hanya mengumumkan bahawa ia hanyalah jenaka April Fool dan kami majoriti rakyat negara ini akan gembira.

Batal atau tangguh GST! GST cukai regresif yang membebankan rakyat!

S Arutchelvan ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x