
Sokongilah aktiviti bebaskan Khalid Ismath dan kempen mansuhkan Akta Hasutan.
Kronologi
7 Oktober 2015 (Rabu)
- Khalid Ismath (KI) ditahan pukul 1.40 petang di tempat kerja Sudong Sdn Bhd, Jalan Batu Tiga Lama, Klang.
- Dalam jam 2 lebih, ASP Syamsyul Anuar bin Saad memaklumkan bahawa Khalid ditahan di bawah 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan ASP Syamsyul akan tunggu isteri balik rumah kerana Khalid sudahpun dibawa ke rumah di Bandar Puteri Klang.
- Polis merampas satu unit Router Model; satu unit telefon bimbit Oppo; satu unit modem model Innacomm; satu unit CPU warna hitam; satu unit mouse; dan satu unit monitor jenama Acear. Polis ada menyerahkan borang pengambilan barang (di rumah).
- Semasa polis berada di rumah, isteri telah bertanya kenapa Khalid ditahan. ASP Syamsyul telah memberitahu bahawa ada orang telah membuat laporan tentang posting Khalid di Facebook.
- Khalid dibawa ke lock up Air Molek pada jam 4 petang dan sampai dalam lebih kurang 9 malam.
8 Oktober (khamis)
- Khalid dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pukul 10 pagi. Majistret tolak permohonan empat hari reman oleh polis dan hanya berikan dua hari untuk siasatan.
- Tempat penahanan/ditahan Khalid tidak pasti dan Pegawai Penyiasat (IO) tidak memberikan sebarang maklumat dan tidak benarkan keluarga jumpa dengan Khalid walaupun IO berjanji boleh berjumpa dengan Khalid dalam pukul 4 petang.
- Isteri buat panggilan ke lock up Ayer Molek untuk pastikan tempat Khalid ditahan. Pegawai yang bercakap inform yang Khalid ditahan di balai polis Taman Pelangi tetapi dia telah dibawah untuk siasatan ke satu tempat yang keluarga tidak pasti dan tidak diketahui oleh keluarga. Keluarga risau keselamatan Khalid.
9 Oktober (Jumaat)
- Pukul 9.20 pagi, kawan dari media menghubungi dan bagi tahu yang dia nampak Khalid dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru.
- Pada 9.22 pagi, keluarga hubungi dan tanya apa status Khalid, dan ASP Syamsyul beritahu yang reman dilanjutkan dua hari. Isteri tidak tahu dan tanya kenapa Khalid dibawah ke mahkamah tanpa beritahu peguam dan keluarga.
- Peguam Khalid, Hassan Karim, hanya diberitahu melalui sms sahaja oleh IO. Dia menuntut untuk Khalid diwakilinya.
- Polis minta reman selama tiga hari. Majistret luluskan hanya satu hari dan mengarahkan Khalid harus dibebaskan sebelkum tengahmalam 9 Oktober.
- Isteri sign surat jaminan polis untuk Khalid dibebaskan walaupun dia masih memakai baju lokap.
- Selepas sign, Korporal Munawar buka gari Khalid, dan dia pasangkan gari lain.
- Tanya polis kenapa dia digari semula, dan polis jawab dia ditahan semula kerana ada report terhadap Khalid, dan Korporal itu tak pasti pasal report dan minta check dengan IO.
- Semasa IO Hoo (IO baru) membuat siasatan, polis beritahu bahawa Khalid ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.
- Semasa dalam siastan, Khalid memaklumkan kepada isteri bahawa ASP Syamsyul menggunakan taktik menakutkan Khalid bahawa hanya jika Khalid menjawab soalan, dia akan dibenarkan jumpa dengan keluarga.
- Khalid juga beritahu polis memaksa Khalid untuk mengaku ke atas tuduhan yang dikenakan terhadap dia.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
10 Oktober (Sabtu)
- Pukul 10 pagi, Khalid sampai di mahkamah. Polis minta empat hari reman, dan majistret pun berikan reman selama empat hari.
- 8pm: Vigil solidariti diadakan dihadapan IPD JB Sentral.
11 Oktober (Ahad)
Perjumpaan dengan Khalid di IPD JB Sentral:
- Perjumpaan yang singkat pada jam 11 pagi.
- Khalid kata tak ada siasatan langsung.
- Dia mengadu bahawa lock-up kotor, persekitaran lock-up buat tak selesa, lock-up tak ada air.
- Khalid kata siasatan sehingga kini hanya fokus pada penghinaan ke atas sultan dan PDRM.
- Ada soalan tentang Kamal Hisham tetapi tidak banyak.
- 4pm: perjumpaan dengan DSP Yazid oleh setiausaha agung PSM dan ahli jawatankuasa pusat V Selvam mengatakan bahawa siasatan masih dijalankan terhadap Khalid walaupun ketua bahagian siasatan jenayah daerah DSP Yazid memaklumkan bahawa siasatan sudah habis dan akan maklumkan pada keesokan hari.
- 8pm: Vigil solidariti diadakan di hadapan IPD JB Sentral.
12 Oktober (Isnin)
Perjumpaan dengan Khalid di IPD JB Sentral
- Namun, semasa kami melawat Khalid di IPD, kami diberitahu bahawa Khalid dibawah ke IPD dan disimpan dalam bilik siasatan SB dan siasatan dijalankan oleh SB. Jam lebihkurang 3.30pm.
- Antara soalan-soalan yang ditanya:
– Kenapa lawan kerajaan?
– Apa hubungan Khalid dengan Kamal Hisham?
– Adakah Kamal memberikan funding kepada Khalid atau mana-mana gerakan politik yang lain?
– Apakah yang Khalid maksudkan dengan “berhala”?
– Pada hari ini (12 Oktober) soalan tidak ada kaitan dengan Kamal tetapi berkaitan dengan berhala, adakah bertujukan kepada Sultan? Dan soalan kenapa lawan kerajaan diulang. - 4pm: Perjumpaan Arul dengan Timbalan OCPD Haji Nadzir. Perjumpaan yang ringkas dengan Timbalan OCPD. Timbalan OCPD menghubungi DSP Yazid dan mendapatkan maklumat tentang status siasatan terhadap Khalid. Yazid memberitahu bahawa kata siasatan sudah habis dan tunggu feedback dari DPP (Nusajaya) dan masih belum buat keputusan. Masih dalam perbincangan tentang status Khalid.
- 5.30pm: Arul menghubungi Bahagian Pendakwaraya Nusa Jaya dan diberitahu bahawa
belum diputuskan samada hendak dakwa atau tidak. - 6.30pm: Ketua Cawangan Khas daerah Zakaria bercakap dengan Arul dan kata SB tak terlibat dalam siasatan terhadap Khalid.
- 8.30pm: Vigil solidariti diadakan dihadapan IPD JB Sentral.
- Lebih kurang 1130 malam: Keluarga dan peguam menerima berita bahawa Khalid akan didakwa di mahkamah atas 11 tuduhan.
- Pihak polis memanggil isteri dan ayah Khalid ke balai polis lebih kurang pada tengah malam untuk mendapatkan maklumat. Namun, selepas keluarga sampai di IPD, mereka disoalsiasat oleh polis berkenaan dengan candlelight vigil yang diadakan pada malam itu di hadapan IPD. Soalan-soalan yang ditanya adalah seperti siapa penganjur vigil; apa yang diberitahu dalam ucapan; ada tak menghasut.
13 Oktober (Selasa)
Mahkamah Sesyen 4, Johor: Khalid dihadapkan di mahkamah untuk didakwa.
- Selepas sampai di mahkamah, baru tahu yang Khalid akan didakwa untuk 14 tuduhan: 11 dibawah MCMC dan tiga dibawah Akta Hasutan.
- Kes dijalankan dihadapan hakim Mohd Hadrul bin Abdul Aziz.
- Sebelum kes lagi, DPP cukup yakin bahawa hakim tidak akan berikan jamin.
- Ketua DPP telah sarankan agar Khalid tidak diberikan bail kerana kemungkinan besar akan hilangkan diri seperti Ali Abdul Jalil. DPP tidak kemukakan sebarang hujah yang lain dan hanya fokus pada penafian bail.
- Peguam Dinesh Muthal mewakili keluarga pula memberikan hujah-hujah yang bernas seperti:
– Ini adalah kes Khalid Ismath bukan Ali Abdul Jalil. Ramai yang ditahan dan didakwa di bawah Akta Hasutan masih dibenarkan ikatjamin. Kes-kes bunuh pun dibenarkan ikat jamin dan kes ini harus diberikan ikat jamin.
– Sehingga dibuktikan bersalah, Khalid harus diberikan bail dan diberikan peluang untuk bela diri.
- Namun, hakim putuskan untuk nafikan bail untuk Khalid.
- Khalid dihantar ke pusat/lock-up tahanan reman di Ayer Molek pada jam 4.30 petang.
- Isteri Khalid membuat aduan polis tentang keadaan dan keselamatan Khalid.
- 3pm: Sidang akhbar di ibu pejabat PSM berkenaan penafian bail keatas Khalid. Juga dihaditi wakil dari PSM, Suaram, Amnesty dan Ghah.
14 Oktober (Rabu): Awal Muharam
Tiada lawatan dibenarkan
15 Oktober (Khamis):
Perjumpaan dengan Khalid di Ayer Molek
- Khalid nampak sihat tetapi beremosi.
- Khalid kata tak ada siasatan yang terperinci dijalankan tetapi kadang-kadang ada pegawai (tidak pasti polis atau warden penjara) yang datang ke sel dan tanya soalan; berhala merujuk kepada sultan ke atau tidak?
- Keadaan Khalid: kepala dibotakkan; sel berasingan – mental torture; makanan okay.
- 9pm: Vigil solidariti dianjurkan di Ipoh oleh PSM.
16 Oktober 2015 (Jumaat)
- 11am: Satu memorandum diserahkan kepada pegawai di pejabat ketua hakim negara berkenaan penahanan Khalid dan penafian ikat jamin.
- 3pm: Mesyuarat dengan peguam
- 8pm: Vigil solidariti dihadapan Sogo oleh Pemuda Sosialis.
17 Oktober 2015 (Sabtu)
- 2pm: Meeting aktivis/blogger/NGO
18 Oktober 2015 (Ahad)
- Filing kes di JB.
- 5pm: Acara solidariti di Sogo.
- 6pm: Acara solidariti di Brickfields.
19 Oktober 2015 (Isnin)
- Solidariti oleh OKT GST Kastam di mahkamah sesyen PJ
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme