Home Web Specials 2015 Web Specials Pampasan pekerja: Jika syarikat muflis, pengarah harus membayar

Pampasan pekerja: Jika syarikat muflis, pengarah harus membayar

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Ada beberapa majikan yang menyembunyi di belakang Akta Syarikat yang hadkan liabiliti syarikat pada harta milikan syarikat itu dengan alasan syarikat sudah muflis, ujar Jeyakumar Devaraj.

Interesting! Kinabatangan suddenly stood up to support me.

The Speaker asked him, “Are you supporting this amendment?”

Bung answered, “Ini pindaan yang melindung rakyat. Mengapa mahu tengok siapa yang membawa?”

Minister said they will take notice of the idea. But asked that it not be accepted now. He said it has to go through the tripartite process. So he asked for it to be deferred.

The BN backbenchers obliged!

But we debated it for about one hour.

My intervention:

Perbahasan dalam membentangkan pindaan tambahan pada Akta Perhubungan Perusahaan

Tujuan saya dalam membawa subseksyen baru 56(5) seperti ditulis dalam kertas pindaan, kerana saya ingin mewujudkan perlindungan pada pekerja-pekerja yang dibuang kerja.

Pada masa ini seorang pekerja yang dibuang kerja – harus dibayar pampasan 20 hari gaji untuk setiap tahun dia kerja jika berkhidmat lebih daripada lima tahun. Jika majikan tidak bayar, pekerja boleh menghadapkan majikannya ke Mahkamah Buruh atau Mahkamah Perusahaaan.

Masalahnya adalah pada masa ini ada beberapa majikan yang menyembunyi di belakang Akta Syarikat yang hadkan liabiliti syarikat pada harta milikan syarikat itu dengan alasan syarikat sudah muflis.

Saya ingin memberi contoh. Paycom, satu syarikat telecommunication, subsidari pada Time dotCom telah hentikan 540 pekerja pada tahun 2010.

Pekerja ini telah diberi award sebanyak RM5 juta tetapi ini hanya paper victory. Sampai sekarang pekerja Paycom belum terima sebarang bayaran daripada majikannya.

Sama dengan Syarikat Nikko di Pulau Pinang di mana pada tahun 2008, lebih daripada 1000 pekerja tiba-tiba dilockout. Walaupun mereka telah pergi ke Mahkamah Perusahaan dan dapat ruling, mereka masih belum menerima satu sen pampasan sampai sekarang.

Ini adalah modus operandi beberapa syarikat. Mereka keluarkan aset syarikat ke syarikat milikan mereka yang lain supaya apabila syarikat asal dijadikan muflis, syarikat itu tiada banyak aset. Ditinggalkan sebagai satu “empty shell” sahaja.

Pindaan yang saya bawah sekarang adalah untuk menangani masalah ini. Bila kita mempertanggungjawabkan pengarah majikan untuk membayar pampasan pada pekerja sekiranya syarikat sudah muflis, ini akan jadikan pengarah lebih bertanggungjawab. Dan kes penipuan terhadap pekerja akan dikurangkan.

Dalam membawa pindaan ini saya telah meminjam pendekatan yang sedang wujud dalam Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Klausa 46 dalam Akta KWSP menyatakan bahawa jika sebuah syarikat tidak membayar caruman KWSP dengan alasan kemuflisan syarikat, harus ditanggung oleh pengarah-pengarah syarikat terlibat.

Saya tahu ada beberapa kelemahan lagi dalam Akta Perhubungan Perusahaan. Marilah kita membaiki satu daripada kelemahan ini hari ini.

Saya harap pindaan ini diterima.

Pindaan terhadap Rang Undang-Undang 26/2014 – Suatu akta untuk meminda Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Seperti bagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 55 (3) dan 57(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat saya ingin mengemukakan satu pindaan tambahan pada DR 26/2014. Pindaan yang saya ingin bentangkan adalah untuk menyertakan satu subseksyen baru ia-itu 56(5) selepas poin 4 dalam Rang Undang-Undang 26/2014 seperti berikut:

Pindaan seksyen 56

5. Subseksyen baru 56(5) dimasukkan selepas subseksyen 56(4) yang berbunyi:

56(5) Tanggungan bersama dan berasingan bagi pengarah

Jika apa-apa pampasan kepada para pekerja yang diputuskan dalam Mahkamah Buruh ataupun Mahkamah Perusahaan tidak dibayar oleh sesuatu syarikat atau firma kerana apa jua sebab termasuk kemuflisan syarikat atau firma itu maka, walau apa pun yang berlawanan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, pengarah-pengarah syarikat itu termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah syarikat itu dalam masa tempoh dua tahun sebelum permulaan tindakan mahkamah berkaitan kemuflisan syarikat atau firma itu, adalah, bersama syarikat atau firma itu yang bertanggungan membayar pampasan tersebut, bersama-sama dan berasingan bertanggungan membayar pampasan itu pada para pekerja.

Huraian

Pindaan ini bertujuan menyertakan satu klausa di bawah seksyen 56 Akta Perhubungan Perusahaan untuk memberi perlindungan pada para pekerja yang tidak dibayar pampasan seperti diputuskan oleh Mahkamah Buruh ataupun Perusahaan oleh syarikat atau firma mereka.

Klausa ini 56(5) adalah didasarkan pada seksyen 46 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Akta 452)

Implikasi kewangan

Pindaan ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan.

Terjemahan dalam Bahasa Inggeris

56(5) Joint and several liability of directors, etc.

If any compensation awarded to workers by the Labour Court or the Industrial Court remains unpaid by a company or a firm for whatever reason including bankruptcy of that company or firm, then, notwithstanding anything to the contrary in this Act or any other written law, the directors of such company or firm including any persons who were directors of such company in the two years prior to initiation of bankruptcy proceedings, shall together with the company or firm liable to pay the said compensation, be jointly and severally liable paying these compensation that is due to the workers.

Explanatory statement

This amendment seeks to add a clause under section 56 of the Industrial Relations Act to safeguard the interests of workers whose compensation claims, as determined by a Labour or Industrial Court are not honoured by the company or firm that had employed them previously.

This clause is modelled on clause 46 of the Employment Provident Fund Act (Act 452).

Financial implications

This amendment will not involve any extra financial expenditure on the part of the government.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Gary Liew
Gary Liew
15 May 2020 7.14pm

Sir, I am facing similar scenario whereby my ex-employer owing my salary for 1 year + and making excuse to pay me. I file in to Mahkamah Tuntutan Kecil in Shah Alam and he told me I can’t sue him but should sue the company instead. I believe he is trying to run away as limitation for Sdn Bhd.
Is that true that I can’t sue him personally as he is the MD?
Is there any case that employee win over the MD that similar to my case?
Any legal aid that I can get from internet?
Thank you.

Wan
Wan
31 May 2017 11.58am

Saya support cadangan Tuan. Boleh saya tahu status cadangan tuan mcm mna?

Karuna
Karuna
3 Jun 2015 10.17pm

True. 30th June 2008 holds a black history for Nikko employees. The company planned 2 weeks ahead during board meeting to cease operation and kept us in the dark until the D-Day. It continued operation in the same year in Bukit Minyak plant called Rapid Growth. Employees complained and a fine was imposed. After paying the fine the company continued operating. It has since moved to Bangkok, Thailand.

Many are still suffering today and to add salt to wound again, today, 03 June 2015, MTUC gave us what they called “compensation”. One operator who worked for 16 years was only paid a pittance of RM40. That is 2.5 % of the actual compensation amount. What do we do when we have labour laws in this country but the law itself fails to provide protection from unscrupulous employers?

admin
admin
3 Jun 2015 10.48pm
Reply to  Karuna

Why is MTUC paying you compensation? Shouldn’t it be the employer who compensates the retrenched workers?

m.zul
m.zul
22 Sep 2022 11.14am
Reply to  admin

pindaan akta pekerja itu dah ada atau telah d bakul sampahkan?? bila syt dah teruk/bergaduh sesama mereka mula lah minta JMO bawah akta syt
utk restructuring tapi yg sebenarnya meraka minta masa utk melarikan aset/kekayaan syt dan tinggal beberapa ringgit sahaja sbg pampasan pekerja…Dato Dr. Tokel semakin kaya, pekerja semakin derita(ada yg dah mati) menunggu utk dptkan hak meraka…

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x