Tindakan menahan para editor ini merupakan suatu gejala yang anti-intelektual kerana ianya tidak memberi ruang yang cukup bagi wacana berlaku secara bertamadun dan terbuka, ujar Dr Mustafa K Anuar.
Apa yang telah berlaku terhadap media dalam negara baru-baru ini, khususnya penahanan empat editor dan seorang penerbit akhbar online The Malaysian Insider, memberi petanda yang negatif terhadap kedudukan kebebasan media dan kebebasan bersuara untuk rakyat jelata.
Ini kerana kesalahan yang bercorak jurnalistik atau editorial menerima tindakan yang tidak setimpal dengan kesalahan, jika ada, yang dilakukan oleh pihak media berkenaan.
Jika berlaku kesalahan fakta dalam sesuatu pemberitaan atau tulisan, seperti laporan yang mengaitkan Majlis Raja-raja Melayu, seseorang individu atau kelompok yang merasakan kesalahan fakta ini mendatangkan aib atau gejala buruk kepada dirinya seharusnya membuat respons melalui surat penjelasan atau kritikan terhadap pemberitaan berkenaan.
Dan jika kesalahan pemberitaan membabitkan reputasi individu berkenaan, dia bolehlah mendakwa akhbar itu ke mahkamah di bawah undang-undang fitnah. Menangkap wartawan atau editor berkenaan bukanlah caranya dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bagi pihak pengamal media, adalah penting untuk mereka prihatin terhadap persoalan etika kewartawanan kerana ini boleh menentukan pemberitaan yang lebih bertanggungjawab, adil dan berfakta.
Ini juga cara pengamal media menunjukkan kepada ahli masyarakat bahawa wartawan boleh bersikap kritis tetapi bertanggungjawab demi menjalankan tugas mereka untuk mencari kebenaran dan keadilan dalam masyarakat. Lagipun, cara ini boleh meningkatkan lagi taraf pemberitaan dalam negara kita.
Seperkara lagi, tindakan menahan para editor ini merupakan suatu gejala yang anti-intelektual kerana ianya tidak memberi ruang yang cukup bagi wacana berlaku secara bertamadun dan terbuka.
Lagipun, cara Akta Hasutan ditafsirkan oleh pihak berkuasa adalah terlalu ‘bebas’ hingga boleh menyebabkan perbuatan seperti membuat kritikan yang membina terhadap pihak pemerintah dijadikan suatu tindakan yang ‘menghasut’ orang ramai bersikap kritikal atau membenci terhadap pemerintah. Pendek kata, kritikan dilabelkan sebagai satu jenayah.
Tindakan menahan editor ini memberi gambaran seolah-olah pihak pemerintah mahu menghukum media berkenaan dengan tujuan memberi amaran kepada media lain yang berkecenderungan untuk bersikap bebas lagi kritis, lebih-lebih dalam keadaan di mana hegemoni pemerintah mengalami ancaman dari pihak-pihak berkenaan.
Sumber: beritadaily.com
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme