Home Web Specials 2015 Web Specials Pendedahan penyelewengan dana kerajaan adalah patut

Pendedahan penyelewengan dana kerajaan adalah patut

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Negara kita akan terdedah dengan kemusnahan yang lebih dashyat jika membiarkan para “penjenayah” dan “penderhaka” meneruskan perbuatan keji mereka di dalam kerajaan, sebut W H Cheng.

Pendedahan kepada umum mengenai penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berlaku di kalangan para pemimpin, pegawai kerajaan dan mereka yang beruurusan secara langsung dengan kerajaan adalah wajar dan patut dialu-alukan, serta digalakkan di kalangan rakyat jelata.

Selain daripada itu, pendedahan mengenai salahlaku yang berlaku di dalam kerajaan ini juga tidak akan menyebabkan sebarang rusuhan ataupun kacau bilau oleh rakyat jelata; malah rakyat akan sedar dan mengetahui apakah kerajaan yang sekarang mampu memberikan khidmat mereka yang berkesan kepada rakyat dan negara. Rakyat tidak akan merusuh semata-mata kerana telah mengetahui bahawa kerajaan yang ada sekarang telah banyak melakukan kesalahan dan penyelewengan sepanjang pemerintahannya.

Justeru daripada itu, kenyataan baru-baru ini muncul oleh seorang pegawai tinggi polis yang mengatakan mereka dan pihak yang mendedahkan salahlaku yang berlaku di dalam kerajaan bakal menyebabkan rusuhan dan ketidaktentuan di dalam negara serta akan juga mengakibatkan keselamatan negara akan juga terancam.

Kenyataan tersebut jelas memihak kepada parti memerintah dan beliau cuba menggunakan pendekatan yang kurang tepat dan tidak bertanggungjawab itu untuk menakut-nakutkan rakyat jelata agar tidak berusaha untuk mempersoalkan kerajaan yang ada dan mempercayainya secara membabi buta.

Selain itu, kenyataan tersebut sebelum ini yang pernah mengancam untuk menangkap dan mendakwa kesemua mereka dan pihak-pihak yang berjaya mendedahkan skandal-skandal kerajaan yang telah menyebabkan negara kehilangan ratusan juta ringgit, seterusnya juga mengakibatkan kejatuhan matawang negara secara berterusan baru-baru ini, adalah bertentangan dengan hak asasi kemanusiaan, hak rakyat untuk bersuara, hak rakyat untuk menyuarakan pendapat dan menyampaikan kritikan mereka, serta menafikan hak rakyat untuk memastikan negara mereka maju, keadaan ekonomi dan kehidupan mereka terpelihara.

READ MORE:  Julian Assange is free

Bagaimanakah seseorang yang menyuarakan pendapat dan kritikan membina itu boleh ditafsirkan sebagai menghina seseorang pegawai atau pemimpin dan mengancam keselamatan negara? Kenapa undang-undang yang sedia ada sering nampaknya disalahgunakan untuk melindungi para “penjenayah” dan “penderhaka” yang sebenarnya, yang sedang bermaharajalela di dalam jentera pentadbiran kerajaan?

Adakah pegawai tersebut tidak tahu membezakan di antara yang baik dan jahat serta buruk? Sanggupkah beliau melihat negaranya dihumban ke ambang kebangkrapan dan kemuduran seperti yang dihadapi oleh Greece sekarng?… Biarlah pegawai tersebut yang menjawab persoalan tersebut.

Rakyat jelata yang mencintai negara ini sewajarnya mempunyai suatu perasaan di dalam naluri dan hati mereka untuk melihat negara mereka terus berjaya dan maju seperti negara-negara lain agar mereka juga dapat menikmati keselesaan hidup dan keadaan sosio-ekonomi yang kukuh.

Dan jika sekiranya terdapat apa-apa unsur yang bakal mengakibatkan kemusnahan ekonomi negara seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di dalam kerajaan yang seterusnya akan juga menyebabkan keselesaan hidup dan sosio-ekonomi mereka terancam, adalah wajar rakyat jelata bangkit dan mempersoalkan perbuatan kerajaan yang ada sekarang mengapa unsur-unsur negatif tersebut berlaku ataupun sengaja dilakukan.

Ini adalah merupakan suatu tanggungjawab setiap rakyat jelata untuk memastikan negara ini tidak menuju ke ambang kemusnahan akibat daripada tindakan dan perbuatan segelintir “penjenayah” dan “penderhaka” yang berselindung di sebalik kerajaan, menggelapkan dana negara untuk kepentingan diri.

Justeru daripada itu, hak universal rakyat jelata untuk menyampaikan pendapat dan kritikan mereka terhadap kerajaan adalah wajar dan patut digalakkan dengan sepenuhnya; malah jika sekiranya rakyat mengetahui kewujudan apa-apa unsur yang bakal mengakibatkan kemusnahan ekonomi negara seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di dalam kerajaan, maka ianya juga wajar didedahkan di kalangan umum bagi memastikan unsur-unsur tersebut dihapuskan dan para pemimpin dan pegawai yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sewajarnya.

READ MORE:  Dilema Malaysiakini: Bagaimana untuk melindungi pemberi maklumat sambil 'bekerjasama' dengan polis?

Janganlah rakyat jelata membiarkan para “penjenayah” dan “penderhaka” tersebut meneruskan perbuatan keji mereka di dalam kerajaan ini lagi kerana jika sekiranya perbuatan mereka ini dibiarkan, maka negara kita akan terdedah dengan kemusnahan yang lebih dashyat.

Pendedahan penyelewengan di dalam kerajaan adalah perbuatan yang murni dan wajar digalakkan di kalangan rakyat jelata.

Sumber: g-socialaffairs.blogspot.com

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x