Home Web Specials 2015 Web Specials Pendekatan kita terhadap penagih dadah perlu diubah

Pendekatan kita terhadap penagih dadah perlu diubah

Psychoactive drugs - WIKIPEDIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pengambilan dadah di rumah sendiri harus dianggap sebagai satu kelemahan yang patut diberi kaunselling – dan bukan dianggap sebagai satu jenayah besar, ujar Jeyakumar Devaraj.

Pemindaan untuk memasukkan “Ketum” ataupun “Kartom” daripada genus “Mitragnya” sebagai salah satu daripada dadah berbahaya bersama morphin dan cannabis telah didebat di Dewan Rakyat (pada 1 April 2015).

Bila pemindaan ini diluluskan, pengambilan ketum akan dikenakan hukum didenda RM5000 dan/atau penjara selama dua tahun.

Berikut adalah ucapan saya (semasa debat terhadap pindaan pada Akta Dadah Berbahaya 1952):

Pada saya, sudah sampai masa kita mengkaji balik pendekatan kita terhadap penagih-penagih dadah. Kaedah yang kita pakai sekarang adalah untuk tangkap, dan penjarakan mereka.

Tetapi saya sendiri telah lihat bagaimana pendekatan seperti ini sedang menjejaskan usaha untuk memulihkan penagih dadah – untuk rehabilitate mereka. Kita tidak boleh beranggap semua penagih adalah orang yang jahat dan langsung tidak bertanggungjawab, sebagai orang yang tidak berguna pada masyarakat.

Ada sebahagian penagih yang sedang cuba menjaga keluarga dan anak mereka walaupun mereka masih terperangkap dalam dadah. Mereka sedang berkerja, cari pendapatan dan menjaga keluarga mereka.

Tetapi bila mereka ditangkap, direman beberapa hari dalam lockap polis dan selepas itu di penjarakan, usaha mereka untuk menjaga anak keluarga mereka digagalkan. Pendekatan kita gagalkan usaha mereka hidup sebagai seorang ahli keluarga yang bertanggung jawab. Kita yang jadikan mereka “failure”.

Bila seorang penagih menjadi “failure” ada kemungkinan besar isterinya akan meninggalkannya. Dia akan hilangkan keluarganya. Bila ini semua berlaku, insentifnya untuk hidup secara bertanggungjawab akan hilang. Dia akan putus asa dan terus sebagai seorang “failure”, sebagai seorang penagih seterusnya.

Kita perlu mengubahkan pendekatan kita. Kita harus berhenti beranggap pengambilan dadah itu sebaga satu jenayah. Kita perlu “decriminalise” pengambilan dadah.

Pengedaran dadah harus dianggap sebagai jenayah dan dikenakan hukum. Mencuri kerana mahu membeli dadah juga harus di anggap sebagai jenayah. Membawa kenderaan semasa mabuk dengan dadah boleh dianggap jenayah.

Tetapi pengambilan dadah di rumah sendiri harus dianggap sebagai satu kelemahan yang patut diberi kaunselling dan dibantu mengurangkan kebergantungnya pada dadah. Dan bukan dianggap sebagai satu jenayah besar.

Pindaan yang dicadangkan hari ini bergerak ke arah yang bertentangan dengan apa yang saya sedang hujah. Dengan pindaan ini kita memperluaskan bahan-bahan ketagihan yang dianggap sebagai jenayah.

Saya harap Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri akan kaji balik perkara ini dan menjadikan pengambilan suatu amalan yang bukan bersifat jenayah – supaya kita tidak gagalkan usaha pengambil dadah memulihkan diri.

Dan saya tidak dapat menyokong pindaan ini yang akan menambahkan tekanan pada B40, lapisan rakyat termiskin di Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x