Home Web Specials 2015 Web Specials Yang mana lebih disayangi – golongan kontraktor atau pekerja kontrak?

Yang mana lebih disayangi – golongan kontraktor atau pekerja kontrak?

Contract workers demand prompt payment of their wages - FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kementerian-kementerian harus ambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang menipu pekerja mereka, ujar Jeyakumar Devaraj.

Saya ingin mengguna peluang ini untuk berfokus pada satu kontradiksi yang besar dalam perlaksanaan polisi kerajaan Malaysia.

Kerajaan kita berkata bahawa adalah hasrat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan golongan B40 dalam usaha mewujudkan satu masyarakat yang inklusif. Tetapi ada juga polisi kerajaan yang bercanggah dengan hasrat ini.

Pekerja kontrak di sekolah

Di sebelah rumah saya di Ipoh ada sebuah sekolah bernama Sekolah Convent Tarcisian di mana ada enam orang pekerja cleaner yang bertugas membersihkan sekolah. Mereka adalah pekerja syarikat Time Medi Enterprise, yang dimiliki oleh seorang kontraktor Meor Mohsein. Masalah yang dihadapi oleh enam orang pekerja ini adalah mereka tidak dibayar gaji sejak bulan Mei 2015.

Mereka telah mengadu pada guru besar, pada PPD, pada Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan juga pada pejabat buruh di Ipoh. Tetapi sampai sekarang mereka belum dibayar selama lebih daripada lapan bulan.

Syarikat Time Medi Enterprise telah diberi kontrak membekalkan perkhidmatan pembersihan di enam sekolah lagi dengan lebih daripada 35 pekerja. Kesemua mereka tidak dibayar gaji sejak bulan Mei tahun lalu.

Saya telah menimbulkan soalan terhadap perkara ini, Dato Speaker. Soalan saya adalah:

Mengapakah kementerian pendidikan telah membayar Time Medi Enterprise sehingga Disember 2015 walaupun kontraktor itu gagal membayar gaji pekerjanya sejak Mei 2015 dan dijadikan muflis pada Julai 2015. Adakah kementerian sedia membayar gaji tertunggak pekerja yang terlibat. Soalan ini ada # 44 pada 9 Mac 2016.

Jawapan daripada kementerian pendidikan adalah:

KPM telah memulakan proses penamatan syarikat Time Medi Enterprise pada bulan April 2015 disebabkan prestasi syarikat yang tidak memuaskan. Bayaran terakhir yang telah dibuat ialah sehingga 31 Mei 2015 dan tiada sebarang pembayaran dibuat kepada syarikat itu selepas tarikh tersebut.

Soalannya Dato Speaker adalah, mengapakah 40 orang perkerja yang terlibat masih belum dibayar gaji mereka? Mengapa pihak KPM tidak adakan mesyuarat dengan pekerja untuk selesaikan masalah ini? Sudah lapan bulan mereka berkerja tanpa dapat gaji. Saya harap menteri akan memberi jawapan pada soalan ini minggu depan.

Masalah yang dihadapi oleh pekerja cleaner Time Medi Enterprise bukan satu perkara yang isolated, yang jarang berlaku. Ada ramai pekerja kontrak di sekolah-sekolah kerajaan yang menghadapi masalah yang sama.

Ada satu lagi syarikat perkhidmatan pembersihan sekolah di Ipoh bernama Double Click Enterprise. Pengarahnya adalah Datuk Hj Hashim Ahmad. Syarikat ini menjaga kebersihan lima buah sekolah di Ipoh. Masalah dengan syarikat ini adakah selalu lambat dalam membayar gaji. Kadang-kadang sampai dua bulan. Dan walaupun ada potongan KWSP, caruman tidak dilakukan.

Pekerja yang terlibat telah mengadu pada guru besar, PPD, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga KWSP.

Tetapi apabila kontrak syarikat ini tamat pada Disember 2015, pengarah syarikat ini Datuk Hj Hashim telah diberi kontrak baru untuk tiga tahun tetapi dibawah nama syarikat baru iaitu Usaha Haanaib. Mengapa ini berlaku? Mengapakah kontraktor yang kurang tanggungjawab dikekalkan? Mengapakah dia ada kekebalan?

Masalah ini bukan sahja di Ipoh, Dato Speaker. Kami telah menerima aduan daripada pekerja-pekerja keselamatan di Kedah.

Pegawai keselamatan di sekolah

Adanya 100 orang pegawai keselamatan yang berkerja di beberapa sekolah di sekitaran Sungai Petani. Pada 1 Januari 2016, kontrak keselamatan telah diberi pada syarikat One Mission Security Services Sdn Bhd dan pegawai keselamatan yang telah bertugas di sekolah-sekolah itu untuk beberapa tahun.

Masalahnya adalah syarikat One Mission ini telah menyifatkan semua pegawai keselamatan ini sebagai pekerja probationary dan menurunkan gaji mereka ke RM630 sebulan.

Pada fahaman saya, kontrak yang dimeteraikan dengan syarikat keselamatan adalah didasarkan pada bayaran gaji basic sebanyak RM900 untuk tempoh kerja selama lapan jam. Tindakan kontraktor ini membayar gaji basic sebanyak RM630 langsung tidak munasabah.

Tetapi tindakan ini menunjukkan dengan jelas ketamakan sebahagian daripada para kontraktor yang memberi perkhidmatan pembersihan sekokah dan perkhidmatan keselamatan.

Dato Speaker, wujudnya lebih daripada 11,000 buah sekolah di negara kita. Jumlah pekerja kontrak cleaner dan pegawai keselamatan adalah lebih kurang 150,000 orang. Mereka semua adalah daripada lapisan B40 dan sebahagian besar daripada mereka adalah bumiputra. Ada ramai antara pekerja kontrak di sekolah-sekolah kita yang mengahadapi masalah seperti saya telah menghuraikan sebelum ini.

Sistem kontrak untuk perkhidmatan di sekolah dan di hospital diwujudkan oleh kerajaan untuk memberi peluang perniagaan untuk lapisan kontraktor di kalangan bumiputera. Kerajaan kita berhasrat membangunkan satu lapisan entrepreneur di kalangan bumiputera. Tetapi polisi ini menjejaskan kebajikan lebih daripada 150,000 pekerja di sekolah-sekolah kita.

Jadi, bila timbulnya percanggahan antara polisi memupuk entrepreneur Melayu dengan polisi meningkatkan taraf ekonomi B40 yang majoritinya daripada kaum Melayu juga, golongan mana yang diberi keutamaan oleh kerajaan BN? Lapisan kontraktor atau lapisan pekerja kontrak? Golongan mana yang disayangi oleh kerajaan Malaysia?

  • Sistem kontrak jika dilaksanakan secara yang bertanggungjawab pun merugikan pekerja biasa.
  • Kerana bila kakitangan kerajaan dijadikan pekerja kontrak, mereka kehilangan sekuriti pekerjaan. Setiap tiga tahun pekerja kontrak menghadapi masalah hilang kerja jika syarikat mereka tidak dapat meneruskan kontrak dan kontraktor baru tidak mahu mengambil mereka sebagai pekerja.
  • Tiada kenaikan gaji tahunan seperti dinikmati oleh kakitangan kerajaan.
  • Tiada pinjaman perumahan dengan kaedah bunga yang rendah.
  • Tiada akses pada rawatan percuma di IJN jikalau mereka mengidap sakit jantung.
  • Tiada kemudahan pensen.

Jika dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab tanpa sebarang penipuan oleh pihak kontraktor pun, sistem kontrak ini amat merugikan pekerja biasa.

Tetapi di Malaysia kesan buruk system kontrak ini dilipatgandakan oleh tabiat menipu oleh [sebahagian] para kontraktor dan ke engganan pihak kerajaan untuk mengambil tidakan tegas terhadap kontraktor yang kurang tanggungjawab.

Dato Speaker, yang baik sekali adalah untuk memansuhkan system kontrak dan menjadikan semua pekerja kontrak di sekolah dan hospital kakitangan kerajaan semula.

Adanya lebih daripada 150,000 pekerja kontrak di sekolah-sekolah di Malaysia dan sejumlah yang sama besar yang bertugas sebagai pekerja kontrak di hospital-hospital kerajaan. Dan bila kita campur semua pekerja kontrak di kementerian lain dan juga di perengkat kerajaan negeri dan majlis tempatan jumlahnya adalah lebih kurang 500,000 pekerja kontrak di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka semua dalam lapisan B40.

Jika lapisan ini dijadikan kakitangan kerajaan, kualiti hidup dan sekuriti mereka akan meningkat. Baru ini akan memberi makna pada perkataan inklusif.

Saya ingin mengesyorkan pertubuhan satu suruhanjaya diRaja untuk mengkaji situasi ini dan mebuat rekomendation bagaimana pemansuhan ini harus dilaksanakan.

Saya faham pemansuhan system kontrak akan ambil masa sedikit. Sambil kita menunggu pemansuhkan system kontrak, kementerian-kementerian kita harus ambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang menipu pekerja mereka. Kementerian pendidikan dan kesihatan harus memantau kontraktor mereka secara yang rapi.

Dan jika ada unsur-unsur penipuan dalam bayaran gaji, bayaran KWSP dan kiraan OT, kontrak itu harus ditarik baik dengan serta-merta dan pekerja terlibat dibayar terus oleh kerajaan. Dan kontraktor yang menipu harus disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memohon kontrak-kontrak baru dengan memakai syarikat baru.

Jika kerajaan tidak ambil pendirian yang tegas dan berprinsip terhadap isu penipuan dan pemangsaan pekerja kontrak di jabatan-jabatan kerajaan, semua hujah-hujah kerajaan terhadap mewujudkan masyarakat yang inklusif adalah hanya kata-kata kosong.

Ucapan ini diberi di Dewan Rakyat pada 6 petang, 16 Mac 2016 semasa perbahasan titah Yang DiPertuan Agung.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x