Home Web Specials 2015 Web Specials Perihal komentar, kritikan dan teguran

Perihal komentar, kritikan dan teguran

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Berkomentar, mengkritik dan menegur menunjukkan keprihatinan rakyat jelata terhadap negara, kata W H Cheng.

Apakah yang dimaksudkan berkomentar? Begitu juga dengan kritikan, apakah maknanya di sebalik? Bagaimana pula dengan teguran?

Berkomentar adalah bermaksud memberikan pandangan yang meliputi pelbagai sudut, makna dan tujuan. Kritikan adalah sesuatu pandangan yang kurang atau tidak menyokong sesuatu tajuk, perbuatan ataupun dasar, manakala teguran adalah merupakan suatu tindakan yang lebih menonjol untuk cuba memperbetul atau cuba membongkar sesuatu dengan pandangan atau kata-kata yang lebih kritikal dan sinis.

Di dalam apajua bentuk ataupun tindakan berkomentar, mengkritik dan menegur pihak-pihak yang tertentu, ianya adalah sebahagian daripada lumrah dan kehidupan kelompok kemanusiaan yang sejagat. Ianya berlaku hampir pada setiap hari.

Di dalam amalan sistem demokrasi pada hari ini, tindakan berkomentar, mengkritik dan menegur pemimpin kerajaan, jabatan dan agensi pentadbiran berserta dengan jentera pentadbiran yang lain adalah sebahagian daripada tindakan demokrasi yang wajar bagi memastikan keberkesanan dalam perlaksanaan dasar.

Komentar, kritikan dan teguran memainkan peranan yang cukup penting di dalam memastikan amalan demokrasi adalah subur di dalam sesebuah negara.

Selain daripada itu, berkomentar, mengkritik dan menegur juga dapat membantu memastikan agar pihak kerajaan atau pentadbir senantiasa memperingati tugas dan tanggungjawab serta keprihatinan yang mereka perlu tunaikan kepada rakyat jelata dan negara.

Adalah perlu difahami bahawa, politik itu adalah cara kerajaan diuruskan, bagaimana dasarnya ditentukan, cara pentadbirannya dan perlaksanaannya. Begitu juga dengan undang-undang. Ianya digubal untuk memastikan pentadbiran dan perlaksanaan dijalankan dengan terurus dan pematuhan oleh rakyat jelata.

Undang-undang digubal oleh kerajaan bagi memastikan pematuhan sesuatu dasar dan perlaksanaan. Sepertimana politik, undang-undang juga boleh menampakkan ketidaksesuaian apabila ianya digubal dengan penuh emosi dan tidak berdasarkan kepentingan umum. Undang-undang yang digubal berkemungkinan akan memperkasakan kuasa dan kongkongan kerajaan terhadap rakyat jelata kerana takut pengaruh dan sokongan terhadapnya akan merosot.

READ MORE:  Are restrictions on pro-Palestine speech 'the new McCarthyism'?

Selain daripada itu, undang-undang juga boleh digubal oleh kerajaan bagi membolehkannya memerintah negara ini dengan menggunakan kuasa multak, menggunakan segala kuasanya yang ada bagi mengawal pergerakan dan isi hati rakyat jelata agar kedudukan kuasa kerajaan tidak tergugat akibat daripada ketidakpuashati rakyat terhadap kekuasaan, ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan.

Hakikatnya adalah, sistem politik dan undang-undang dalam apajua bentuk pun adalah ciptaan manusia semata-mata dan ianya tidak dapat lari dari segala bentuk kesilapan, kelemahan dan kekurangan yang mungkin akan menyebabkan ketidakadilan, penindasan dan penderitaan rakyat jelata.

Politik dan undang-undang tidaklah kebal sepenuhnya daripada pandangan manusia yang bertentangan kerana kedua-dua kaedah tersebut bukannya datang daripada syurga ataupun diperturunkan daripada tuhan, nabi-nabi ataupun dewa-dewa.

Begitu juga dengan para pemimpin kerajaan, pemimpin politik, ketua-ketua jabatan, agensi dan kakitangan kerajaan berkait rapat dengan dasar-dasar dan perlaksanaan kerajaan; semuanya adalah terbuka kepada pelbagai bentuk komentar, kritikan dan teguran orang ramai, baik dari cara lembut, sinis mahupun kasar. Segala pendapat yang diterima atau keadaan yang dihadapi mereka haruslah diterima secara positif, sebagai suatu maklumbalas oleh rakyat yang perlu dipelajari dan diteladani bagi menambahbaikan jentera pentadbiran serta pembuatan dasar.

Namun demikian, berkomentar, mengkritik dan menegur telah menjadi ‘musuh’ nombor satu kerajaan sekarang kerana mereka sudah tidak lagi berkemampuan untuk membalas pelbagai persoalan dan tindakan yang kian memudaratkan politik dan ekonomi negara kita ini.

Adalah amat mendukacita sekali bahawa amalan demokrasi di negara kita ini kian diketepikan oleh kerajaan akibat daripada keengganan para pemimpin kerajaan dan politik untuk menerima maklumbalas daripada rakyat jelata kerana ketamakan kuasa mereka, angkuh dan enggan memperakui kelemahan diri mereka.

READ MORE:  Fahmi uses 'slander' to justify crackdown on freedom of speech

Demi memperkukuhkan kuasa mereka ekoran daripada kegagalan mereka untuk mendapatkan sokongan melalui proses demokrasi, para pemimpin kerajaan dan parti memerintah sekarang sanggup membelakangi prinsip asas kemanusiaan dengan mengancam dan melakukan kekejaman terhadap rakyat jelata.

Sesiapa sahaja yang tidak seiring dengan dasar dan perlaksanaan kerajaan kini telah dicapkan sebagai musuh utama negara, ditangkap dan didakwa serta dihumbankan ke dalam penjara untuk suatu jangka masa yang tertentu dengan adanya pelbagai undang-undang yang tidak adil dengan alasan “keselamatan dan ketenteraman awam” sedang diancam bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat jelata agar patuh dan akur kepada segala tindakan dan arahan kerajaan.

Keadaan sudah menjadi tidak terkawal lagi; dasar-dasar dan tindakan kerajaan sekarang sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat jelata. Pengaruh kerajaan dan parti memerintah kian merosot akibat daripada tindakan mereka sendiri. Bagi memastikan kuasanya tidak terkikis, kerajaan ini telah mengarahkan seorang ‘jeneral’ dan memberikan kuasa penuh kepadanya untuk menahan dan menangkap sesiapa sahaja yang berkomentar, mengkritik dan menegur pemimpin dan kerajaan.

Dalam pada itu, ‘jeneral’ tersebut juga diberi kuasa untuk mengawal selia dan mengambil tindakan terhadap semua bentuk media cetakan, internet dan bahan-bahan bacaan yang didapati tidak sehaluan dengan dasar dan tindakan kerajaan dan para pemimpinnya.

Ini dengan jelas telah membuktikan bahawa ‘jeneral’ tersebut bertindak mengikut telunjuk para pemimpin parti memerintah dan gagal mengawal emosinya apabila berhadapan dengan beberapa isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat jelata.

Satu lagi insiden tunjuk perasaan oleh sekumpulan ekstremis perkauman dan agama baru-baru ini di mana ‘jeneral’ tersebut secara terang menyebelahi abangnya yang didapati terlibat di dalam kumpulan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

READ MORE:  MCMC's high-handed police report against writer has chilling effect on freedom of speech

Bagaimana rakyat jelata dapat menaruh kepercayaan terhadap keberkesanan dan professionalisme sesebuah jabatan dan agensi kerajaan jika sekiranya ianya dengan jelasnya menyokong dan menyebelahi sesuatu parti politik yang berkuasa?

Kini rakyat jelata telah muak dan taksub dengan kesemua bentuk tindakan ‘jeneral’ tersebut dan ada juga saranan secara terbuka agar ‘jeneral’ tersebut dipecat daripada jawatannya kerana beliau sering menyalahgunakannya untuk kepentingan peribadi dan ‘politiknya’.

Kerajaan ini sudah kehilangan sokongan dan oleh kerana takut kehilangan kuasa, pengaruh dan sokongan, kini mengarahkan ‘jeneral’ tersebut untuk bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat jelata yang berkomentar, mengkritik dan menegur segala perlaksanaannya yang negatif dan membebankan rakyat serta negara.

Apakah kerajaan ini juga telah lupa bahawa rakyat jelatalah yang mengundi memilih mereka untuk berkerajaan satu penggal demi satu penggal. Lupakah mereka ini bahawa rakyat jelatalah yang membawa mereka ke tampuk pemerintahan selama ini, dan jika sekiranya mereka gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara, maka rakyat jelata berhak untuk berkomentar, mengkritik dan menegur tindakan kerajaan bagi memperingati halatuju mereka yang sebenarnya malah termasuk mengundi untuk menyingkirkan mereka daripada tampuk pemerintahan?

Ingatlah, berkomentar, mengkritik dan menegur adalah hak eksklusif setiap rakyat jelata yang taat setia kepada negara tanah tumpah darahnya. Berkomentar, mengkritik dan menegur menunjukkan keprihatinan rakyat jelata terhadap negara.

Source: Akhbar Sosialis terbitan bulan Mei-Jun 2015

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x