Nashita Md Noor mengimbas kembali pengalaman beliau di lokap setelah ditahan susulan duduk bantah GST.
Terima kasih pada semua yang mengusahakan proses pembebasan kami. Hanya Allah yang membalas jasa, bakti dan pengorbanan anda semua.
Saya sebenarnya tidak kuat.
Dari Lokap Berpusat Shah Alam kami dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Dalam keadaan bergari, tujuh orang sekaligus disumbat masuk ke dalam van. Memang perlu bijak masuk, duduk di tiap barisan kerusi dengan tangan bergari berderet.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Jauh juga perjalanannya dengan sebelah tangan terpaksa diangkat dan sebelah lagi menampung tangan kanan. Lenguh!
Namun ini sudah petanda satu kebebasan. Ketika pegawai polis tak beruniform datang ke lokap kami dan memaklumkan untuk kami menukar pakaian, kami bingkas bangun. Gembira tak terkata. Sarapan roti lansung tak dihiraukan. Mandi? Juga bukan lagi kemestian.
Tiba di Mahkamah Majistret PJ kami disumbatkan dalam lokap kecil, sempit, busuk dan panas. Lapar dahaga tahan saja. Namun semangat semua tetap tinggi.
Sekitar jam 12 kami dibawa naik ke kamar mahkamah. Menaiki tangga tiga tingkat, dengan tangan masih bergari, namun tetap melaungkan lagu pembebasan. Tercungap.
Sampai di mahkamah rakan-rakan menghulurkan air, gula-gula dan keropok. Nikmat tak terkata.
Selesai proses pendakwaan, sekali lagi digari. Kawan-kawan hulurkan nasi bungkus buat kami. Sekali lagi kami menyusuri tangga dan disumbat semula ke dalam lokap.
Kali ini kami yakin akan bebas kerana kawan-kawan pasti usahakan wang jaminan.
Kami makan bekalan nasi dengan berselera sekali. Akhirnya kami menunggu saat dibebaskan.
Keadaan dalam lokap menjadi semakin panas dan busuk. Saya terpaksa tanggalkan sarung tangan dan kaki.
Akhirnya pegawai polis datang dan memulangkan kad pengenalan kami menandakan kami warga yang bebas. Saya masukkan kad pengenalan dalam poket baju.
Kami menunggu lagi. Saya lihat jam pukul tiga petang. Kata Kogi, “We give it until four, we will be freed.”
Tiba-tiba datang seorang pegawai polis memanggil nama. Saya sangat teruja. Capai sarung tangan dan kaki dan bersiap untuk keluar.
Sayangnya hanya nama Saras, Kogi dan Bawani yang.dipanggil. Mereka keluar meninggalkan saya, Sook Hwa dan Auntie Anne. Saya lihat mereka pergi dan bayangkan nikmatnya jika saya yang melangkah keluar.
Tunggu lagi keadaan jadi lebih panas dan melekit.
Datang lagi polis dan nama Sook Hwa dipanggil. Kumpulan lelaki Chegu Bard, Edyes, Pian dan ramai lagi.
Seorang polis menegur saya, “Macamana ni kak, trak dah tunggu nak pergi dah.”
Saya jawab, “Tak, akak akan bebas sekejap lagi. Wang jaminan dah bayar.”
Cikgu Bard berseloroh saja dengan saya; namun saya jadi sangat sedih dan kecewa. “Sebenarnya tak semua akan dibebaskan.” Begitulah seloroh dia.
Saya jauhkan diri dari tirai besi dan pergi duduk sendiri di bangku. Mengalir juga air mata saya. Dalam hati bagai berkata, “Sampai hati mereka lambatkan proses jaminan saya.”
Kemudian saya seperti tersedar kembali. Saya seluk poket baju saya dan mengeluarkan kad pengenalan saya.
Ya, saya akan bebas!
*saya antara kumpulan terakhir dibebaskan*
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme