Home Web Specials 2015 Web Specials Selamat Hari Wanita Sedunia 2015; Memulihkan hari kerja lapan jam

Selamat Hari Wanita Sedunia 2015; Memulihkan hari kerja lapan jam

Women marching in Chiang Mai, Thailand to mark the 100th anniversary of International Women's Day - Photo courtesy of Mizzima

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Jumlah jam kerja selama 12 jam sekarang memberi penekanan sangat tinggi terhadap peranan wanita dan seterusnya, keluarga, ujar Veronica Anne Retnam.

Sehubung dengan Hari Antarabangsa Wanita, PSM memberi tumpuan kepada masa kerja kaum pekerja di Malaysia dan kesannya ke atas keluarga.

Pekerja termasuk pekerja wanita terlibat di sektor kilang, pertanian, sektor perkhidmatan dan sektor-sektor lain bekerja selama 12 jam. Wanita pula merupakan sebahagian besar dari tenaga buruh Malaysia dan dengan itu, memainkan peranan ekonomi yang penting. Dari membersihkan jalan raya kepada mendidik kanak-kanak, sumbangan wanita tidak dapat dinafikan.

Tetapi bagaimanakah kehidupan mereka sebagai ibu, ibu-mertua,anak, kakak, mak saudara, adik, cucu dan sebagainya? Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, ibu-ibu ini ada tanggungjawab. Bagitu juga dengan mereka yang belum kahwin. Jumlah jam kerja selama 12 jam memberi penekanan sangat tinggi terhadap peranan mereka dan seterusnya, keluarga.

Unit keluarga adalah unit yang terkecil di masyarakat. Sakitnya unit ini sakitlah masyarakat. Bila ambil kira masa untuk perjalanan ke tempat kerja terutamanya dengan kesesakan lalu lintas serta masalah pengangkutan awam, seorang yang bekerja untuk 12 jam akan keluar dari rumah untuk sekurang-kurangnya 14 jam.

Dalam konteks ini, pada amnya wanita memegang beban dua kali ganda akibat peranannya sebagai pekerja yang tertindas dan sebagai wanita yang didiskriminasi dalam masyarakat patriarki.

Hampir keseluruhan tugas-tugas domestik seperti masak, membersihkan rumah dan penjagaan kanak-kanak adalah dipikul oleh kaum wanita. Kekurangan masa bersama keluarga membawa pada peningkatan dalam masalah sosial dalam masyarakat. Kasih sayang ibu terjejas dengan begitu banyak tugas yang menanti ibu apabila balik dari tempat kerja. Kanak-kanak yang memerlukan kasih sayang cari jalan lain untuk mengisi kesongan, tanpa pengawasan dan bimbingan dewasa. Kos kepada masyarakat adalah sangat tinggi apabila masalah sosial melanda negara.

READ MORE:  New government must prioritise women, children and vulnerable communities

Untuk mengatasi masalah ini, masa kerja harus dijadikan lapan jam sehari dan lima hari seminggu dengan gaji yang wajar. Ini akan memberi peluang kepada pekerja, iaitu pekerja wanita dan lelaki untuk memberi masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.

Pihak kerajaan harus mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak di kawasan-kawasan kediaman. Keselamatan kanak-kanak tidaklah terjejas banding dengan ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak juga ada peluang untuk membina hubungan yang sihat dengan kawan-kawan lain.

Diskriminasi dalam semua bentuk terhadap wanita harus dihentikan, dan kesamarataan gender serta persepsi positif terhadap wanita harus diberi tekanan/keutamaan. Kaum lelaki harus berganding bahu dengan wanita sebagai kaum pekerja untuk menuntut hari kerja lapan jam.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2015!
Memulihkan hari kerja lapan jam!
Hentikan diskriminasi gender!

Veronica Anne Retnam, seorang ahli Aliran, bertugas di Meja Wanita, Parti Sosialis Malaysia

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x