Parti-parti politik perkauman dan agama seharusnya menghentikan cara berpolitik mereka yang sering memperolok-olokkan kaum, agama dan Tuhan dan sebaliknya membuktikan kebolehan mereka, ujar WH Cheng.
“Undilah Pas dan syurga untukmu terjamin”; “Undilah Umno, engkau Melayu tulen”; “Tanpa Umno, bangsa Melayu akan hilang dari bumi ini”; “Undilah Pas, engkau pertahankan Islam”; “Undilah DAP, engkau khianati bangsa Melayu”; “Undilah DAP, engkaulah kafir harbi”; “Undilah DAP, engkau bukan lagi Melayu”; “Undilah PKR, keMelayuan engkau berkurangan”.
Begitulah pelbagai jenis sebutan, cacian dan pujian yang sering diketengahkan di kalangan masyarakat oleh sesetengah parti-parti politik yang mendakwa diri mereka kononnya jaguh ketuanan bangsa dan agama.
Ugutan sedemikian, boleh juga dikatakan sebagai suatu ancaman, terhadap para pengundi telah menjadi sebahagian daripada taktik atau helah di kalangan parti-parti politik yang berlandaskan perkauman dan agama, para pemimpin mereka serta penyokong-penyokong parti-parti tersebut bagi meraih sokongan dan undian.
Apakah kesemua parti-parti politik perkauman dan agama ini sudah ketandusan modal dan perancangan-perancangan yang praktikal dan dasar-dasar baru untuk rakyat jelata dan negara kita sehinggakan terpaksa beralih kepada isu-isu perkauman dan agama bagi membangkitkan kemarahan, kebencian dan syak-wasangka semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan undian? Perbuatan tersebut jelas adalah suatu bentuk ugutan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sewaktu pilihanraya umum yang lalu, banyak kejadian dan bukti yang jelas menunjukkan adanya tekanan dalam bentuk ugutan dikenakan terhadap masyarakat khususnya para pengundi di kawasan luar bandar agar perlunya mereka mengundi mengikut aliran kaum dan agama bagi membuktikan “ketulenan” bangsa dan “keimanan” mereka terhadap agama, pada masa yang sama dapat “menempah tempat” di syurga di suatu hari nanti.
Kegagalan para pengundi memilih berdasarkan aliran kaum dan agama seperti yang didesak akan mengakibatkan kedudukan “bangsa” mereka dan “keimanan” terhadap agama dipersoal dan diragui, kononnya perbuatan mereka itu bertentangan dengan bangsa dan agama akan menyebabkan mereka masuk ke alam “neraka”.
Para pengundi, khususnya daripada kalangan masyarakat luar bandar yang kebanyakan terlalu sensitif terhadap kedudukan kaum dan agama mereka akan mudah terpengaruh dengan taksub yang dibawa oleh parti-parti politik perkauman dan agama.
Integriti pilihanraya tercemar
Ugutan perkauman dan agama terhadap mereka yang kebanyakan menetap di kawasan luar bandar telah mengakibatkan para pengundi sering menjadi keliru dengan memikirkan seolah-olah parti politik pilihan mereka adalah terhad, malah ada juga yang tidak tahu parti manakah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka sewaktu mengundi.
Ini menunjukkan integriti pilihanraya kian tercemar dengan adanya parti-parti politik perkauman dan agama yang giat melakukan ugutan sedemikian terhadap para pengundi memandangkan tidak ada sebarang undang-undang yang mengharamkan penggunaan isu kaum dan agama di dalam politik dan pilihanraya umum.
Malah para pengundi yang didapati atau disyaki menyokong parti-parti pembangkang akan dikecam, dicap dan disumpah kerana “mengkhianati” kaum dan agama mereka sendiri.
Berdasarkan keadaan politik pada hari ini, Umno dilihat semakin bertumpu kepada isu-isu perkauman dan agama secara ekstrim, manakala Pas pula semakin mempermainkan undang-undang Syariah dalam politiknya dan kini sedang menaja hudud buatan parti tersebut bagi “memperkukuhkan” sistem perundangan Islam yang sedia ada, kononnya.
Rakyat jelata perlu memahami dan menyedari bahawa di dalam politik dan pilihanraya umum, idea-idea praktikal, kajian dan penyelesaian isu-isu semasa dan pembuatan dasar seharusnya diutamakan di dalam penentuan halatuju sesebuah negara daripada asyik terbawa-bawa dengan sentimen perkauman dan agama yang sering dipermainkan oleh kedua-dua Umno dan Pas.
Parti-parti politik yang berlandaskan perkauman dan agama pada hari ini boleh dilihat sebagai kumpulan politik yang sudah ketinggalan zaman dan jika sekiranya mereka dibenarkan untuk terus berkuasa dan berpengaruh, adalah dibimbangi perbuatan mereka akan mengabikatkan negara kita terjerumus ke dalam kancah yang tidak menentu, kestabilan ekonomi akan tergugat dan perpaduan di kalangan masyarakat akan terancam, seterusnya menghalang pembangunan dan kemajuan daripada terus dikecapi.
Tumpu pada isu-isu sebenar
Masalah yang paling besar dan sedang melanda negara kita ini adalah amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan di dalam pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) yang menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit pada setiap tahun, ditambah pula dengan kenaikan kadar inflasi, kadar pengangguran yang semakin serius, keadaan ekonomi yang tidak stabil di mana rakyat jelata terus hidup di dalam serba kekurangan kerana pendapatan isi rumah yang tidak stabil.
Yang paling buruk dapat kita saksikan pada hari ini adalah para pelabur asing dan tempatan mula meninggalkan negara kita berikutan integriti negara ini di mata masyarakat antarabangsa semakin dipersoal oleh kerana integriti pemimpin negara kita sendiri turut diragui.
Selain daripada itu, matawang ringgit juga semakin menurun nilainya dan kini berada di paras yang paling rendah dalam sejarah.
Krisis yang sedang melanda negara kita pada hari ini bukannya kerana satu kaum ataupun agama yang sedang diancam kedudukannya seperti yang didakwa oleh sesetengah parti politik.
Krisis yang sedang dihadapi pada hari ini adalah disebabkan oleh para pemimpin negara dan pegawai-pegawai kerajaan yang telah banyak menyalahguna kuasa mereka, mengamalkan rasuah secara terbuka dan amalan kronisme yang berleluasa di kalangan parti-parti komponen BN.
Semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum ataupun agama sedang menghadapi tekanan ekonomi dan sosial kerana pemimpin yang ada pada hari ini sedang menjerumus negara kita ke arah kebankrapan.
Dan kini para pemimpin BN ini cuba menutup ataupun merahsiakan segala salahlaku mereka dengan mengketengahkan isu-isu perkauman dan agama bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap perbuatan keji mereka sambil menyalahkan para pengkritik dan parti-parti pembangkang di atas ketidakstabilan yang sedang berlaku di negara kita pada hari ini.
Persoalannya adalah, adakah rakyat jelata pada keseluruhannya sempat menyedari hakikat yang sebenarnya yang sedang melanda negara kita sebelum ianya terlambat dan tidak dapat diselamatkan lagi?
Parti-parti politik perkauman dan agama tersebut seharusnya menghentikan cara berpolitik mereka yang keji tersebut, yang sering memperolok-olokkan kaum, agama dan Tuhan, sebaliknya membuktikan kebolehan mereka di muka bumi ini secara praktikal dan membuahkan perancangan yang lebih berakhlak dan mulia.
Mereka seharusnya menghadapi kenyataan secara menyeluruh dan tidak asyik bersembunyi di sebalik isu-isu perkauman dan agama.
Racial and religious intimidation worsening
“Vote for Pas and your place in Heaven will be secured”; “Vote for Umno to prove that you are a pure Malay”; “Without Umno, the Malays will vanish from this earth”; “Vote for Pas, you uphold Islam to the highest”; “Vote DAP and you are betraying the entire Malay generations”; “Vote DAP, you are a traitor to the Malay race”; “Vote DAP, you are a kafir harbi”; “Vote PKR, your Malayness becomes less.”
These words are usually coined among Malaysians by certain political parties who claimed themselves to be champions of the superiority of the race and religion today.
The intimidation of voters with such words – or should we say, blackmailing – has become a norm today among competing political parties, their leaders and supporters in our nation in order to gain or regain support from the voters.
Are all these so-called racial and religious political parties running out of practical ideas and policies for our people and the nation that they have to resort to racial and religious provocation, intimidation and blackmail to threaten voters into supporting and voting for them in general elections?
In the last general election, there were many incidents and evidence that saw pressure being put on vulnerable members of communities, particularly in rural areas, to vote for “the race” or “the religion” they profess in order to demonstrate their “racial purity” or to “secure a place in Heaven”.
Failing to vote based on such would mean their racial purity becomes lesser and they might end up in hell instead. The communities, particularly in rural areas, who are overly sensitive about their race and religion would certainly feel the heat when such fear is put upon them by those racial and religious political parties.
Electoral integrity threatened
Such racial and religious intimidation may cause these rural voters to superstitiously believe that they have no real choice in how they should vote or support.
In the last general election, many voters were frowned upon by leaders and supporters of these racial and religious political parties for being “unreligious” or “losing their ethnicity” because these voters had chosen to vote for the opposition parties.
Based on the current political situation where Umno becomes more racial and religiously extreme while Pas has switched their hudud gear to full steam ahead, the dangers to the integrity of a general election like this are most likely to increase based on the fact that there are no electoral laws to ban such racial and religious intimidation.
In this case, the people should always remember and remind themselves that in politics or general elections, practical ideas, solutions and policy-making should be the utmost priority in determining the next course for our nation rather than being constantly influenced or carried away by racial and religious bigotry.
Racial and religious political parties are certainly outdated and could threaten the growth of our nation if they were to continue to dominate.
Focusing on actual problems
The biggest problems in our nation today are corruption, abuse of power and mismanagement in the government and the ruling Barisan Nasional coalition, coupled with rising inflation, the high unemployment rate and economic uncertainties. Our people are suffering from depleting household incomes and, worst of all, our nation’s integrity in the eyes of the international community is at stake.
Investors are losing their confidence, shutting down their businesses here and moving elsewhere, while our nation’s currency is stagnant almost in the lowest ever position in history.
The crisis in our nation today is practically due to the many misdeeds of our nation’s top leaders, the government, their administrators and the ruling coalition. Millions of ringgit have been missing from public coffers almost every year – and all this has nothing to do with the race or religion at all.
Many Malaysians, regardless of their race and religion, are suffering economically and socially due to the fact that our nation’s leaders are leading our nation towards bankruptcy.
And now they are aggressively using the racial and religious cards to cover up whatever crimes and misdeeds they have committed and trying to shift the blame to those who voice their discontent and opposition to their rule.
Will our people be able to realise and come together to unite against this racial and religious intimidation or blackmail before it is too late?
Those so-called racial and religious political parties should stop their ‘racial purification’ and ‘god-send’ claims by acting as if they are holier than thou and instead prove their worth on this earth by being practical and acting with common sense.
They should face the people with the prevailing realities instead of always seeking “divine intervention” in their political misadventures.
Source: g-socialaffairs.blogspot.my
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme