Ini dapat mengatasi trend kini iaitu persaingan antara negara Asean telah mencetuskan satu perlumbaan ke perengkat bawah – a race to the bottom, ujar Jeyakumar Devaraj.
Saya hanya ingin focus satu isu di bawah butiran 020400 iaitu Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala, dan 050100 iaitu Perancangan Strategik.
Bila kita memerhati perundingan perdagangan antarabangsa, kita boleh lihat bahawa hanya sebahagian kecil dalam perjanjian itu adalah berkaitan langsung dengan perdagangan barangan ataupun perkhidmatan. Tujuh puluh lima peratus daripada perjanjian adalah terhadap perkara yang berkaitan dengan kepentingan pihak yang 0.01% terkaya di dunia umpamanya larangan terhadap sekatan bagi gerakan modal (capital controls), ISDS ataupun hak untuk mendakwa kerajaan di tribunal antarabangsa dan bypass sistem kehakiman negera kita, dan usaha memperketatkan lagi undang-undang hak cipta intelek. Pihak terkaya di dunia memakai dahaga negara kita untuk kembangkan perdagangan antarabangsa untuk memajukan agenda pihak terkaya.
Bolehkah kita pakai kaedah yang sama untuk tujuan yang opposite – untuk memajukan kepentingan kerajaan dan rakyat? Kita pakai minat negara-negara atas perdagangan untuk majukan kepentingan rakyat. Ambil isu cukai koporat – di wilayah Asean, kita sedang berlumba-lumba mengurangkan kadar cukai kita dalam persaingan untuk FDI – pelaburan daripada luar negeri. Kadar cukai koporat kita sudah turun ke 25%. Dan kerajaan sedang bercadang untuk menurunkan cukai koporat lagi – kerana Singapura duduk di tahap 19% sahaja dan Thailand di tahap 20%.
Bolehkah kita ubahsuai Perjanjian Perdagangan Asean dengan masukkan satu klausa baru yang kenakan penalti terhadap mana-mana negara Asean yang menurunkan cukai koporat lagi – semua negara lain di Asean mengenakan tarif 5% terhadap semua ekspot daripada negara itu.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kita boleh memperluaskan ide ini lagi. Kita boleh membawa klausa kedua di mana semua negara di Asean dikenakan meningkat cukai koporat 1% setiap tahun untuk lima tahun yang akan datang. Tariff 3% akan dikenakan terhadap mana-mana negara Asean yang tidak mematuhi klausa ini dan secara kumulatif – 3% tahun ini dan 3% lagi tahun depan jika negara itu tidak akur pada klausa meningkatkan kadar cukai koporat 1% setiap tahun.
Pada takat ini persaingan antara negara Asean telah mencetuskan satu perlumbaan ke perengkat bawah – a race to the bottom. Bila pendapatan daripada cukai koporat dikurangan, kerajaan terpaksa mencari sumber pendapatan lain umpamanya cukai terhadap consumption – GST.
Ide memakai hasrat negara Asean untuk berdagang satu sama lain boleh juga dipakai untuk meningkat gaji minima. Pada takat ini, jika hanya Malaysia meningkatkan gaji minima kita ada kemungkinan pelabur akan berpindah ke negara lain di wilayah Asean. Tetapi jika semua negara di Asean buat begitu serentak, kesan negative itu (penghijarahan pelabur) tidak akan berlaku. Bolehkah kita masukkan klausa penalty tariff terhadap mana-mana negara dalam perjanjian Asean sekiranya mereka tidak meningkatkan gaji minima mereka 10% setiap tahun untuk lima tahun yang akan datang?
Ini bukan sahaja akan membantu B40 dalam semua negara Asean tetapi juga akan membantu pengkilang dan kaum perdagang. Pendalaman pasaran di wilayah Asean akan membuka ruang untuk business dan juga wujudkan peluang untuk pelaburan dan kerja.
Saya tahu ini semua mungkin berbunyi ganjil sedikit – kerana sehingga sekarang World Bank dan IMF sedang menyokong corak ekonomi yang mesra pada billionaire. Apa salahnya kita memakai kaedah yang sama dan memasukkan klausa-klausa yang pro-rakyat dalam perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa? Saya harap Miti boleh mengkaji ide ini dan berbincangnya dengan negara-negara Asean yang lain.
Ucapan ini dibuat semasa perbahasan mengenai bajet Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme