
Kami di Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa dan terkejut mendengar bahawa kerajaan telah mengurangkan bayaran kepada kontraktor pembersihan sekolah berasaskan alasan pelaksanaan prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan yang hanya membenarkan 60% pekerja di tempat kerja pada satu-satu masa.
Adakah menteri pendidikan sedar bahawa tindakan kerajaan ini akan mengurangkan gaji pekerja pembersihan sebanyak 40% ke RM660 – 720 sebulan? Dan bahawa ia akan menjejaskan sejumlah 50,000 orang pekerja pembersihan di seluruh Malaysia, d kawasan bandar dan luar bandar?
Kami sedar akan keengganan kerajaan melihat pekerja kontrak sebagai pekerjanya walaupun menjadi ‘pengupah’ (paymaster) mereka. Kami biasa dengan posisi kerajaan bahawa sebarang masalah kerja yang dihadapi pekerja kontrak adalah tanggungjawab kontraktor, dan aduan harus dibuat di Jabatan Tenaga Kerja. Tetapi kerajaan tidak boleh lari dari tanggungjawabnya terhadap hak dan kebajikan pekerja kontrak di premisnya.
Kami faham pandemik Covid telah menyebabkan tekanan kewangan yang besar kepada kerajaan yang terpaksa belanja berbilion-bilion ringgit bagi menyokong ekonomi dengan membantu perniagaan dan keluarga dari golongon 40% yang terbawah yang terjejas.
Namun, tindakan memotong gaji bercanggah dengan niat nyata kerajaan untuk mengelakkan kemiskinan tegar dan kelaparan semasa krisis Covid. Ini kerana sesungguhnya, pengurangan gaji bagi lapisan pekerja ini yang kebanyakan mereka sudah pun berada dalam lingkungan golongan 20% yang terbawah akan memiskinkan mereka lagi.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sebilangan besar golongan ini terdiri daripada ibu tunggal ataupun merupakan punca pendapatan tunggal yang sedang bersusah payah dengan gaji minimum RM1,100 – 1,200 untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Mungkin menteri pendidikan ada cadangan bagaimana golongan pekerja ini dapat menguruskan belanja mereka dengan separuh gaji?
Seperti yang disedari menteri pendidikan, golongan miskin menghabiskan semua pendapatan mereka untuk keperluan harian – makanan, perumahan, utiliti, pengangkutan dan kesihatan. Jadi, kalau pendapatan dipotong 40%, keperluan asas mereka tidak dapat diperolehi.
Sebabnya, pekerja pembersihan sekolah kerajaan ini tidak ada simpanan wang yang boleh membantu mereka apabila berlaku pengurangan pendapatan. Mereka adalah antara pekerja yang amat tertindas akibat sistem kontrak yang disalahguna oleh kerajaan kononnya untuk menjimatkan kos. Sistem kontrak sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja sementara, bukan untuk kerja-kerja yang tetap seperti pembersihan sekolah.
Akibat pelaksanaan sistem ini, seorang pekerja akan sentiasa menerima gaji permulaan sahaja tidak kira dua atau 20 tahun perkhidmatannya; caruman kepada Perkeso dan KWSP akan sentiasa dikira berasaskan gaji minimum, maka pada umur persaraan simpanannya hanya sedikit sahaja dalam akaun KWSP.
Kami tidak faham. Kerajaan mengamalkan prosedur operasi standard hanya 60% pekerja dibenarkan di tempat kerja. Adakah kerajaan potong gaji untuk kakitangannya? Untuk syarikat swasta, kerajaan sediakan skim bantuan upah. Semua ini adalah langkah-langkah yang baik untuk rakyat. Jadi, mengapakah menganaktirikan pekerja pembersihan sekolah?
Menurut undang-undang kerja negara kita, majikan tidak boleh potong gaji pekerja. Tetapi kerajaan sendiri melanggar Akta Kerja!
PSM menyeru pada kerajaan Malaysia supaya membatalkan dengan serta-merta keputusan untuk mengurangkan gaji pekerja kontrak di sekolah-sekolah kerajaan.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme