
Petisyen menentang rang undang-undang antiberita tidak benar dicadangkan Putrajaya yang dilakukan kumpulan pergerakan masyarakat sivil, Aliran menerusi laman The Action Network meraih sokongan pantas.
Petisyen yang dibuka 27 Mac itu sudah meraih 6,650 tandatangan setakat jam 1.30 petang kelmarin.
Presiden Aliran Dr Prema Devaraj berkata petisyen bertajuk “Drop the repressive anti-fake news bill” bertujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap rang undang-undang itu serta menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat tentang peningkatan kuasa authoritarian kerajaan.
“Rang undang-undang memberi kesan buruk kepada kebebasan bersuara, demokrasi dan hak asasi di negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Dr Prema mengatakan Aliran tidak menetapkan sasaran jumlah tandatangan tetapi akan melihat sama ada ia boleh menerima “antara 10,000 dan 15,000 tandatangan dalam tempoh beberapa hari” sebelum diunjurkan kepada Perdana Menteri Najib Razak.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Rang undang-undang cegah berita palsu itu mencadangkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali ketika bacaan pertama di Dewan Rakyat Isnin lalu, mencetuskan kecaman peguam dan kumpulan masyarakat sivil.
Sumber: themalaysianinsight.com
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme