Kerajaan mestilah mempunyai kesungguhan politik untuk membuat pembaharuan terhadap sistem perundangan negeri dan parlimen serta asingkan kedua-duanya daripada bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, buah fikiran yang dikarang WH Cheng.
Pada 1 Oktober, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut ulang tahun ke-53 dengan ucapan oleh ketua pesuruhjaya Azam Baki bahawa rasuah dalam kerajaan semakin menular walaupun segala usaha untuk membasmi amalan rasuah telah dijalankan di seluruh negara.
Memang benar, SPRM telah sekian lamanya berhabis-habisan dalam usaha bagi menghapuskan barah ini daripada sektor awam, dengan kegiatan seperti pendidikan, latihan, kesedaran dan berbagai jenis program bagi mendidik dan menyedarkan penjawat awam tentang akibat, hukuman, denda dan disenarai hitamkan.
Namun, tiada satu pun usaha ini nampaknya berkesan meski SPRM bertungkus lumus. Sebaliknya, lebih ramai pula penjawat awam menurut nafsu dalam amalan rasuah sebagai cara menjana pendapatan lumayan untuk mendanai gaya hidup mewah mereka.
Pertama sekali, mengapa para penjawat awam ini terus menerus dengan amalan rasuah mereka. Paling teruk, walhal penjawat awam yang baru sahaja dilatih pun telah belajar kaedah menjadi korup walau sepatutnya meningkatkan daya pengeluaran mereka? Adakah semua ini berpunca daripada budaya, suatu jenis amalan yang amat lazim dikerjakan penjawat awam ini berdekad lamanya, dari satu generasi ke satu generasi, mencipta dan menguatkan lagi ketersambungannya?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Walaupun SPRM ke seluruh pelusuk negara untuk mendidik dan membangkitkan kesedaran di kalangan penjawat awam ini tentang bahaya dan buruknya menjadi anggota yang korup, rasuah masih lagi menular dalam sektor kerajaan hingga hari ini, dan ia menjadi lebih teruk tahun demi tahun.
Ramai anggota kerajaan korup telah disiasat, ditangkap, ditahan, didakwa dalam mahkamah, dihukum penjara bertahun-tahun lamanya. Namun, lebih ramai anggota kerajaan bergelumang dalam amalan rasuah, dan tiada seorang pun dalam SPRM tahu dengan tepat mengapa ini berlaku walaupun segala usahanya diikhtiarkan. Anggota SPRM ini dan pasukan mereka nampak seolah-olah telah kecewa.
Seorang politikus kanan yang dikenali ramai daripada parti yang pernah memerintah tapi sekarang berdamping pula dengan gabungan pemerintah terkini, suatu ketika berkata “Kami menggajikan kamu untuk menentang rasuah, tahan mereka ini dan sumbat mereka dalam penjara. Itulah sebabnya mengapa kamu ada di sini hari ini dan jangan merungut atau tunjukkan kekecewaanmu. Jalankan saja tugas kamu sudah cukuplah!”
Dari ulasan yang diucapkan politikus kanan ini, apa yang boleh anda simpulkan daripada cara dia membalas kenyataan kepada mantan ketua SPRM itu?
Ia bermakna dalam memerangi rasuah, kesungguhan politik yang kuat diperlukan. Ia mesti bermula dari atas, sekalian mereka yang duduk di atas sana – perdana menteri, menteri-menteri kabinet, ahli parlimen, ketua menteri, menteri besar, ahli majlis eksekutif negeri, ahli dewan undangan negeri, datuk bandar dan yang dipertua majlis daerah dan bandaran, ketua setiausaha kerajaan, setiausaha agung kementerian, ketua pengarah, ketua bahagian, ketua jabatan – hinggalah ke bawah sekali.
Batu penghalang kepada usaha memerangi rasuah hari ini terletak pada Jabatan Perdana Menteri, yang mana selama berdekad mengawal pelbagai jenis agensi juga Parlimen. Malahan Speaker Dewan Rakyat atau Dewan Negara dan Presiden Dewan Negara (Senat) kedua-duanya melaporkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri (yang menjaga hal ehwal undang-undang dan parlimen).
Jadi institusi pembuat undang-undang tertinggi bukanlah sendirinya suatu badan yang bebas untuk memainkan peranannya dengan berkesan dalam menjadi semak dan imbang untuk kerajaan kini dalam urusan harian, jual beli, pelaksanaan dasar, projek, tender, pemerolehan dan perbelanjaan bajet.
Dan mengapa Parlimen masih di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri? Jika ini berterusan, maka Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara akan selamanya tiada kebebasan untuk menjalankan kuasa dan peranan memastikan ahli parlimen dan senator menjalankan semakan terhadap kerajaan dengan berkesan seperti yang sepatutnya.
Lihat sahaja pada jawatan kuasa pilihan khas parlimen yang mana dilantik oleh mantan Speaker untuk menyelia portfolio berbagai kementerian:
- Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang
- Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet
- Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri
- Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga
- Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-negeri dan Persekutuan
- Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-jawatan Utama Perkhidmatan Awam
- Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya
- Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Perlembagaan
- Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa
- Jawatankuasa Pilihan Khas Sains, Inovasi dan Alam Sekitar
- Dan tentunya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Jadi, mengapa semua jawatan kuasa pilihan parlimen tidak menghidupkan peranan dan tanggungjawab menyelia mereka? Ini kerana Speaker perlu beri kuasa kepada jawatan kuasa pilihan ini untuk menjalankan peranan semak dan imbang.
Dengan berbuat demikian, Speaker perlu mendapatkan izin atau kelulusan daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum dia boleh mengeluarkan kebenaran. Ini menunjukkan yang Parlimen sendiri bukanlah institusi bebas seperti yang sepatutnya kerana pentadbiran dan pengurusan jatuh di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.
Suatu ketika Parlimen ialah institusi bebas diperintah di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, tetapi Akta ini telah dimansuhkan pada tahun 1992, dan kawalan institusi itu jatuh bawah Jabatan Perdana Menteri.
SPRM sendiri di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dengan lantikan ketua pesuruhjaya SPRM ditentukan oleh perdana menteri sendiri – walaupun, pada nama, perlantikan itu dijalankan secara istiadat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah diluluskan dahulu calonnya oleh PM. Jadi, adakah SPRM benar-benar bebas?
Jadi apa yang boleh dilakukan untuk hentikan rasuah yang menjadi-jadi dalam kerajaan? Tiada apa pun – melainkan ada kesungguhan politik jelas oleh sidang kerajaan ini untuk mengubah dan memperbaharui sistem parlimen dan perundangan negeri dan memisahkan mereka daripada bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan berbagai jabatan menteri besar/ketua menteri berbagai negeri. (Dewan undangan negeri juga sedang dikawal oleh jabatan ketua menteri/menteri besar masing-masing.)
Jika pembaharuan sebegitu dijalankan dari peringkat negeri ke persekutuan, semua badan perundangan akan jadi bebas dari eksekutif. Hanya dengan itu badan perundangan (dewan undangan negeri dan parlimen) akan mampu untuk memberikan semak dan imbang terhadap kerajaan persekutuan dan negeri. Ini adalah suatu fakta.
Oleh demikian, jika kerajaan hari ini tidak berminat langsung dalam melaksanakan kesemua pembaharuan ini dan menjadikan badan perundangan bebas daripada kawalan badan eksekutif, dengan itu rasuah dalam kerajaan akan jadi lebih menular.
Untuk ketua pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM, jika kalian mahu merungut dan menyatakan kekecewaan anda terhadap rasuah yang menjadi-jadi (dan bertambah) dalam negara ini, nyatakan dahulu kepada para politikus atasan di atas sana, bukan hanya menyuarakan dalam akhbar atau orang ramai. Rakyat akan menempelak mengatakan kalian adalah tidak berkuasa dan cekap.
Selamat ulang tahun ke-53. SPRM!
Sumber: g-socialaffairs.blogspot.com
WH Cheng, adalah seorang ahli Aliran, pengarah Inter-Research And Studies (IRAS), suatu kumpulan pendesak dan kajian kecil berpangkalan di Pulau Pinang
Diterjemahkan oleh Shazni Bhai
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Dalam negara kita pada masa kini, tidak ada makna hebah tentang pencegahan rasuah.
PM pintu belakang telah dirakam menyatakan dia akan gunakan posisi dalam GLC dan sebagainya dalam usaha mengekalkan kuasa politik.
MACC tidak berani bertindak.
Usaha menangkap ikan bilis dalam perkhidmatan awam kerana terbabit dalam rasuah hanya syiok sendiri, bagi menunjukkan kepada orang ramai MACC wujud