Home Web Specials 2008 Web Specials Belanjawan tidak ambilkira kemungkinan kegawatan ekonomi

Belanjawan tidak ambilkira kemungkinan kegawatan ekonomi

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen tidak ambilkira kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi di  Malaysia. Tetapi rakyat biasa akan menghadapi pelbagai masalah yang serius jika berlakunya kegawatan, dan beribu-ribu pekerja akan kehilangan kerja, ujas Dr Jeyakumar Devaraj.

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Saya kurang selesa dengan belanjawan yang dibentang pada 29 Ogos 2008. Kerana Menteri Kewangan langsung tidak ambilkira kemungkinan berlakunya kegawatannya di  Malaysia. Sebaliknya Menteri berkata ekonomi kita kukuh kerana ekonomi telah dipelbagaika ekspot kita bukan hanya ke Amerika dan Europah resef luar negara yang besar pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara Cina dan India.

Tan Sri Speaker, Rakyat biasa akan menghadapi pelbagai masalah yang serius jikalau berlakunya kegawatan ekonomi.

Pertama, ramai pekerja dan perniaga kecil akan mengalami penurunan pendapatan mereka. Pekerja akan hilang sempatan membuat kerja overtime; di beberapa syarikat bilangan hari mendapat kerja akan menurun ke 3 atau 4 hari seminggu.

Selain daripada ini, beribu-ribu pekerja akan kehilangan kerja. Yang bernasib baik akan dapat bayaran pampasan berhenti kerja. Tetapi pekerja kontrak – dan lebih kurang 1/3 daripada pekerja kilang kita adalah pekerja kontrak – dan tidak akan dapat pampasan berhenti kerja. Se bahagian daripada pekerja checkroll juga akan menghadapi masalah “lock-out” di mana tiba-tiba pada suatu pagi mereka menghadapi pintu luar kilang terkunci kerana majikan telah larikan diri.

Masalah meneruskan dengan bayaran pinjaman bank adalah suatu masalah yang serius untuk pekerja dan perniaga kecil. Mereka bukan sahja kehilangan kerja tetapi ada risiko tinggi mereka akan hilang rumah mereka juga.

Suatu kerajaan yang bertanggungjawab dan yang mengatakan ia-nya adalah kerajaan penyayang akan menyediakan beberapa pelan kontingensi untuk menangani masalah-masalah yang tentu akan menimbul sekiranya berlakunya kegawatan. Kita berada dalam suatu sistem ekonomi global kapitalis yang sedang mengalami kegawatan dari masa ke semasa. 1987, 1997 dan sekarang sekali lagi. Isunya bukan adakah kegawatan akan berlaku, tetapi bila ia akan berlaku dan beberapa teruk impaknya.

Dan dalam perkara ini, saya tidak setuju dengan “gales of creative destruction” ataupun ribut kemusnahan yang membina. Kegawatan ada suatu malapetaka sosial yang membawa kesengsaraan pada berjuta-juta rakyat di seluruh dunia. Tidak patut kelemahan sistem kapitalis ini dihiasi dengan perkataan “creative”.

Suatu kerajaan yang bertanggungjawab dan yang penyayang harus menyediakan pelan kontingensi untuk mengendalikan masalah kegawatan ekonomi. Apa salahnya? Jika tidak berlakunya kegawatan, kita simpan sahja pelan kita. Ta perlu dilakukan. Tetapi jika kegawatan berlaku kita sudah bersedia.

Malangnya langsung tiada pelan kontingensi!

Pelan kontingensi untuk menangani kegawatan harus menyertakan beberapa rancangan. Yang amat perlu adalah suatu dana khas untuk pekerja yang dibuang kerja, terutama sekali pekerja yang dibuang kerja tanpa sebarang pampasan – ia-itu pekerja kontrak dan pekerja yang dilock-out. Dana ini bukan sahja akan membantu pekerja yang dibuang kerja, tetapi akan juga membantu dalam pemulihan ekonomi. Pada masa kegawatan kekecutan permintaan adalah suatu masalah pokok. Suatu dana yang memberi pampasan kepada pekerja yang dibuang kerja akan memperlahankan penurunan ekonomi dan membantu pemulihan ekonomi.

READ MORE:  Orang Asli land rights - #SavePosLanai

Suatu lagi langkah yang harus dilaksanakan adalah mewujudkan suatu mekanisme untuk memberi lindungan kepada rakyat daripada golongan sederhana yang telah mengambil pinjaman bank. Suatu mekanisme untuk mengecualikan peminjam daripada bayaran untuk suatu tempoh yang tertentu harus disediakan. Mengapa tidak? Penstrukturan semula untuk kaum korporat sering dilakukan pada masa kegawatan. Mengapa kemudahan yang sama tidak dihulurkan pada rakyat biasa?

Ketiadaan sempatan kerja adalah suatu masalah yang besar semasa kegawatan. Pekerja yang dibuang kerja akan menghadapai banyak masalah dalam mencari kerja baru kerana amat kecil bilangan syarikat yang rela mengambil pekerja baru semasa kegawatan. Pada masa seperti ini, kita tidak boleh menunggu sistem pasaran bebas. Kerajaan harus menawar kerja kepada sesiapa yang memerlukannya. Ada banyak kerja-kerja pemulihan yang perlu dilakukan di bandar-bandar kita – sistem longkang yang lapuk yang perlu dibaiki; padang permainan kanak-kanak yang perlukan repair; rumah murah untuk lapisan miskin dan sederhana. Kesemua ini harus dilaksanakan oleh kerajaan dengan memakai resef negara supaya rakyat dapat kerja dan pasaran dalaman dijana.

Suatu lagi langkah yang berkesan adalah untuk meminjaman tanah kosong pada rakyat yang memerlukan kerja supaya aktiviti kebun ataupun penternakan dapat dilaksanakan. Langkah ini boleh diamalkan di bandar-bandar kecil dan sederhana.

Walaupun langung tiada pelan kontingensi yang spesifik di dalam belanjawan yang dibentang oleh Menteri Kewangan, masih ada masa untuk pelan-pelan seperti ini untuk digubal dan dilaksanakan. Saya ingin mengesyorkan Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia untuk menubuhkan suatu jawatankuasa untuk meneliti cadangan-cadangan untuk mengendalikan kegawatan. Pihak MTUC, JERIT dan juga kumpulan NGO lain harus dijemput untuk memberi syor-syor mereka supaya kita dapat menyediakan pelan kontingensi yang baik untuk rakyat kita.

Pelancongan kesihatan

>Sekarang, Tan Sri Speaker, saya ingin beralih kepada topik yang lain.

Saya mengecewa mendengar dalam ucapan pemebentangan belanjawan 2009 bahawa kerajaan akan meneruskan dengan langkah-langkah mengalakkan Pelancongan Kesihatan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Saya telah membangkitkan isu tiga kali sebelum ini Tan Sri Speaker dan saya telah menerangkan bagaiman perkembangan sector swasta akan membawa kemunduran kepada sector awam. Tetapi nampaknya pihak kerajaan tidak faham isu yang saya bawa.

Jawapan yang diberi oleh kawan saya Timbalan Menteri Kesihatan kepada ujah saya semasa membahaskan Badjet Tambahan, langsung tidak tepat. Timbalan meneteri menjawab bahawa pelancongan kesihatan hanya akan berlaku di hospital swasta tertentu. Hospital awam tidak terlibat. Oleh itu pelancongan kesihatan tidak akan menjejas hospital-hospital awam.

Minta maaf Tuan Speaker, tetapi itu suatu tanggapan yang terlalu mekanistik. Kita mesti memakai kaedah dialektikal apabila kita analisa isu-isu sosial. Pendekakatan dialektikal adalah berdasar pada kesedaran bahawa dalam suatu sistem sosial seperti sistem kesihatan sesebuah negara, apa juga yang berlaku dalam suatu komponen dalam sistem itu akan membawa kesan kepada komponen lain dalam sistem itu. Umpamanya, jika promosi pelancongan kesihatan berjaya, dan ramai pesakit otopedik berkunjung ke hospital swasta itu, hospital itu akan memerlukan lebih ramai jururawat yang berpengalaman dalam bidang pembedahan otopedik. Adakah hospital swasta itu akan melatih jururawatnya sendiri? Sudah tentu tidak. Ia akan memancing jururawat yang mahir daripada hospital kerajaan. Dalam cara seperti ini perkembangan hospital swasta ekoran penumbuhan “pasaran” mereka akan melemahkan hospital-hospital kerajaan.

READ MORE:  Irama Asli dan Asal: Showcasing the rich heritage of Malaysia's indigenous communities

Tan Sri Speaker, hanya tinggal 30 peratus daripada doktor pakar di sector awam. Yang lain telah berhijarah ke sector swasta. Tetapi 70 peratus daripada rakyat kita masih bergantung pada hospital kerajaan. Ketidak seimbangan ini ia-lah punca utama kelemahan  dalam sistem kesihatan awam. Tetapi nampaknya kerasjaan tidak mahu terima hakikat ini.

Masalah perumahan di Kg Plenthong Tengah

Sekarang saya ingin alih ke isu Perumahan.

Pada 16 Oktober, 291 keluarga di Kg Plenthong Tengah diugut oleh pemaju dan 27 orang penduduk dan penyokong mereka ditanggap polis dalam peristiwa itu. Benarkan saya ceritakan sedikit tentang kampung ini.

Kampung Plenthon Tengah telah didirikan pada awal tahun 1980an. Pada masa itu pemimpin politik BN telah menggalakkan peneroka untuk mendirikan rumah di tempat itu. Peneroka bandar ini telah memohon untuk geran tanah. Malangnya permohonan mereka ditolak dan pada hujung 1980an tanah itu diberi pada seorang pemaju. Pemaju ini telah menjual tanah ini ke pemaju kedua.

Pemaju kedua telah menawarkan lot pada peneroka yang berada di situ. Walaupun beberapa orang peneroka telah membayar deposit, pemaju kedua telah menjual tanah kepada pemaju ketiga ia-itu Bukit Lenang Development, yang sekarang sedang cuba untuk mengusirkan penduduk tersebut.

Soalannya adalah mengapa kerajaan rela memberi tanah ini kepada seorang pemaju. Mengapa tidak menawarkan tanah itu kepada peneroka bandar yang bertapak di situ? Mengapa tidak menyediakan tapak gantian dan wang pampasan yang sewajarnya untuk peneroka sekiranya mahu memakai tanah yang peneroka bandar menduduki? Kita mengatakan kita suatu kerajaan yang prihatan dan penyayang. Mengapa tidak memedulikan kepentingan penduduk Kg Plenthong Tengah?

Saya juga ingin menyentuh suatu lagi isu berkaitan dengan  Kg Pelanthong Tengah. Apabila peristiwa pada 16 Oktober 2008 berlaku, beberapa orang sukarelawaan daripada NGO pergi ke kampung itu. Seorang gadis bernama Cheng Lee Whee telah ditangkap polis bersama 27 orang lain pada hari itu. Selepas beliau dilepas malam itu beliau telah buat posting blog supaya memberitahu orang lain apa telah berlaku dan untuk memanggil orang lain memberi tekanan pada pihak polis dan pemaju untuk berhentikan usaha pengusiran dengan paksa.

Dalan suatu negara yang diretak oleh politik perkauman sehingga hampir semua dipengaruh oleh sikap chauvinis, perbuatan gadis Cina ini yang sanggup ambil risiko ditangkap polis untuk mempertahankan hak penduduk yang berbangsa Melayu, adalah suatu tindakan yang patut dihargai dan dihormati. Adalah wajar kita menanugerahkan suatu pingat! Tetapi apa yang dilakukan – ditangkap polis seklai lagi dan diugut dengan ISA. Polis juga cuba mendapat perintah remand untuknya tetapi gagal.

READ MORE:  Melindungi hak Orang Asli dalam pindaan perlembagaan (Malay/English)

Ta malukah? Saya rasa malu. Apakah mesej yang kita hantar pada anak muda kita?

Masyarakat Orang Asli

Sebagai isu yang terakhir saya ingin mebangkit adalah peruntukan RM 160 juta untuk masyarakat orang asli. Tan Sri Speaker, kita mesti sedar bahawa menyediakan peruntukan sahja tidak mencukupi. Perlaksanaannya mesti telus.

Di Sg Siput, berjuta-juta ringgit wang rakyat diperuntukkan untuk orang asli telah dipakai untuk membangunan beratus-ratus ekar ladang kelapa sawt dan getah di atas resef tanah orang. Tetapi seleras dengan dasar penswastaan yang diamalkan oleh kerajaan kesemua ladang ini diberi kepada syarikat-syarikat tertentu untuk diurus. Syarikat2 ini ada perhubungan erat dengan pemimpin politik BN tempatan dan juga pegawai kerajaan kanan, sedang memakai pekerja asing untuk kerja di ladang-ladang ini kerana ikut mereka orang asli malas kerja. Dividen yang diberi kepada orang asli adalah begitu rendah.

Umpamanya di Kg Pelantuk, Sg Siput, 300 ekar kelapa sawit telah dibangunkan. Malangnya untuk tahun 2007, 95 keluarga orang asli di Kg Pelantuk hanya menerima RM100 sebulan daripada skim ini. Dengan harga kelapa sawit tahun lalu yang begitu tinggi, tiga ekar ladang kelapa sawit harus memberi pendapatan yang lebik dari RM2000 se bulan Tan Sri Speaker. Tetapi mereka hanya dapat RM100 sebulan.

Inilah masalah utama dengan pentadbiran kita. Ketidak ketulusan, rasuah dan kronisme telah menjadi suatu budaya. Tuan Speaker, penyelewengan yang berlaku di perengkat akar umbi seperti di Kg Pelantuk ada kaitan rapat dengan apa yang berlaku di puncak pentadbiran seperti komisyen besar dalam pembelian subamarine dan kapal terbang Sukhov.

Saya telah berkerja sebagai doktor untuk 26 tahun sebelum datang ke parlimen. Dan saya telah merawat pesakit dengan luka di kakinya banyak kali. Jika jangkitan merebak sehingga ke tulang, tiada pilihan lain dari mengundangkan kaki yang terlibat. Untuk menyelamatkan nyawa perlulah memotong, amputate.

Saya tahu ada ramai orang ahli parlimen di barisan pemerintah yang baik hati dan betul-betul prihatin pada masalah rakyat kita. Soalan yang mereka harus menjawab adalah – sudahkan situasi politik di Malaysia telah sampai ke tahap di mana pengundungan tidak boleh ditangguh lagi? Jika kita mahu menyelamatkan pentadbiran negara dari rasuah dan pembaziran, adakah pengundungan parti-parti yang mengamalkan politik kewangan daripada sistem pentadbiran suatu yang tidak dapat dielak?

Belanjawan tidak menghadap realiti

Tuan yang di Pertua,

Suatu belanjawan mestilah realistik. Ia mesti ada analisa yang betul, dan didasarkan pada fakta.

Tetapi dokumen belanjawan yang dibentang langsung tidak mahu menghadap realiti:
–         risiko kegawatan dinafi

–         masalah pengurusan – epidemik rasuah dan ketidak ketelusan tidak diambil kira

–         kadar kemiskinan ditetapkan pada suatu paras yang begitu rendah

–         masalah yang dibawa oleh pelancongan kesihatan

Kesemua ini tidak diambilkira.

Belanjawan yang dibentang adalah suatu dokumen yang diasaskan pada denial.

Saya sedih untuk rakyat Malaysia. Saya khuatir terhadap masa depan rakyat kita dengan belanjawan seperti ini.

Terima kasih.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x