Home Web Specials Bersediakah penganjur Kongres Maruah Melayu untuk industri 4.0?

Bersediakah penganjur Kongres Maruah Melayu untuk industri 4.0?

LUCAS FONSECA/PEXELS

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Dalam ekonomi berteknologi tinggi, tumpuan akan ditujukan kepada ilmu, kemahiran, keupayaan, kecekapan dan pengalaman – tidak kira bangsa dan agama, ujar Ronald Benjamin.

Malang apabila selepas lebih 60 tahun merdeka, rekod lama kononnya orang Melayu tidak selamat terus berulang.

Apa yang menyakitkan ialah saudara kaum lain yang juga warganegara Malaysia dilihat sebagai ancaman.

Dari segi pengetahuan umum, hujah politik dan sosioekonomi yang tidak selamat mempunyai dimensi universal dan global.

Sepatutnya kaum Melayu, Cina, India dan kaum lain di Sabah dan Sarawak berganding bahu menghadapi cabaran global.

Sukar dibayang, suatu perkara yang universal seperti keselamatan sosioekonomi yang melibatkan semua kaum mengambil satu dimensi bangsa dan agama yang eksklusif apabila maruah orang lain seolah-olah menjadi kurang penting.

Apa yang lebih tidak rasional ialah persepsi bahawa agama pun tidak selamat sehingga ada keperluan untuk juara politik melindunginya.

Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan pada 6 Oktober, di mana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberikan ucapan, dikatakan sebagai tindak balas kepada mereka yang “memperkecilkan dan mempersoalkan” Islam dan hak Melayu, kata penganjurnya.

Ketua eksekutif sekretariat acara, Zainal Kling berkata kedudukan Islam dan hak-hak Melayu, raja-raja dan bahasa kebangsaan juga sedang dipersoalkan.

Sehingga hari ini tidak pernah ada pembentangan hujah yang rasional dan bukti yang meyakinkan mengenai apa yang telah dipersoalkan, atau sama ada terdapat percubaan kolektif oleh individu dan kumpulan untuk melemahkan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan Islam dan orang Melayu.

Seperti diketahui umum hak bumiputera termaktub dalam Perlembagaan. Ia dicerminkan dalam institusi raja berperlembagaan, perkhidmatan awam, dan syarikat berkaitan kerajaan yang menguasai pasaran saham.

READ MORE:  What many ethnic Malay youths are really thinking

Di sebalik semua ini, ahli-ahli politik yang melampau masih memainkan isu bangsa dan agama.

Dalam konteks politik yang melampau, istilah seperti kerajaan Allah pada Bible Kristian, diterjemahkan dalam minda yang cetik yang mendakwa kononnya ia mencabar Perlembagaan. Doa biasa yang mempunyai niat baik boleh dilihat sebagai satu ancaman kepada Perlembagaan.

Ini tuduhan yang liar serta kurang memahami agama lain selain pemahaman dunia yang kompleks.

Ekonomi global hari ini dikuasai oleh teknologi dalam bentuk ekonomi digital dengan penggunaan artificial intelligence (AI). Dalam bidang artificial intelligence, data yang menyeluruh akan dianalisis.

Dalam konteks ini peluang perniagaan dan pekerjaan hanya akan diberi kepada mereka yang mampu sahaja. Terdapat banyak hujah tentang industri 4.0, tetapi pemahamannya dari segi kesan yang lebih besar terhadap masyarakat kurang diteliti secara perinci dan diperbahaskan di negara ini.

Sepatutnya orang miskin dari semua kaum yang terpinggir dan dihalang daripada mencapai potensi penuh mereka yang patut menjadi tumpuan, dan bukannya golongan elit perniagaan, panglima perang parti politik dan NGO.

Nampaknya mereka menghadapi musim kemarau selepas kerajaan kleptokrasi digulingkan.

Memang membingungkan apabila ahli politik yang berlandaskan agama dan kaum dalam Pakatan Harapan dan pakatan pembangkang seperti Pas dan Umno terus berhujah mengenai maruah Melayu, sedangkan industri 4.0 akan mengurangkan pemikiran sedemikian.

Dalam ekonomi berteknologi tinggi, tumpuan akan ditujukan kepada ilmu, kemahiran, keupayaan, kecekapan dan pengalaman tidak kira bangsa dan agama.

Persoalan asas adakah Bersatu, Umno dan Pas bersedia untuk memeluk dunia baru industri 4.0 yang berubah – atau akan terus mengulangi rasa tidak selamat Melayu selama 60 tahun?

Sumber: themalaysianinsight.com

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x