Home Web Specials 2008 Web Specials Check and balance needed in amended Education Act

Check and balance needed in amended Education Act

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

A bill is before Parliament to amend the Education Act 1996. Dr Jeyakumar Devaraj expresses regret that the Education Minister has not taken the opportunity to make the Act more open and democratic. Instead, its provisions have been tightened. 

Pada kebetulannya, saya terasa kecewa dengan Menteri Pendidikan kerana tidak ambil peluang Akta Pindaan ini untuk mengubahsuaikan Akta Pendidikan supaya ia dijadikan lebih terbuka dan demokratik.

Bila kita menyemak Akta Pendidikan 1996, kami dapati bahawa ianya adalah suatu Akta yang berat sebelah pada pihak eksekutif, yang dengan izin “heavy handed” dan bersikap berdiktator. Mengikut Akta ini, Menteri dilantik oleh Perdana Mnteri. Di bawah kuasa yang diberi di bawah Seksyen 5, Menteri Pendidikan melantik Ketua Pendaftar dan juga timbalan-timbalan beliau.

Pihak Pendaftar mempunyai kuasa-kuasa yang amat luas. Dia yang mempunyai kuasa untuk mendaftar guru, pengelola dan juga Institusi Pendidikan ataupun untuk menolak ataupun membatalkan pendaftaran mereka. Mengikut seksyen 84 dalam Akta Pendidikan sesiapa guru ataupun institusi pendidikan yang tidak setuju dengan keputusan pendaftar boleh merayu kepada Menteri Pendidikan, tetapi mengikut seksyen 85 pula, keputusan Menteri adalah muktamad. Menteri yang lantik pendaftar. Rayuan terhadap Pendaftar adalah balik ke Menteri.Semua dalam suatu circuit yang tertutup. Tiadsa pihak ketiga yang berkecuali yang boleh memutusakan.

Memang wujudnya suatu Majlis Penasihatuntuk memberi pandangan dan nasihat pada Menteri. Tetapi ahli-ahli majlis ini dilantik oleh Mneteri sendiri, dan boleh digugurkan olehnya pada bila-bila masa pun. So mana dia check and balance? Langsung tiada mekanisme untuk golongan yang terlibat dalam bidang pendidikan untuk memberi pandangan ataupun teguran mereka.

Saya amat kecewa; Kementerian Pendidikan gagal memakai sempatan membentangkan Akta Pindaan ini untuk mengubahsuaikan situasi berat sebelah ini dan menjadikan Akta Pendidikan suatu akta yang lebih demokratik.

READ MORE:  Erasing history: Why fascists attack education

Malah ada seksyen dalam Akta yang diperketatkan lagi dalam Pindaan ini. Umpamanya, Seksyen 22(3) dalam Akta induk yang menyatakan bahawa sebarang kurikulum tambahan untuk tadika harus dimaklumkan pada pihak pendaftar diperketatkan dengan syarat bahawa kebenaran secara bertulis harus didapat sebelum sebarang tambahan dilakukan ke syllabus tadika!

Seksyen 22(4) yang sdia ada dalam Akta Induk menyatakan bahawa sesipa yang tidak mengikut seksyen 22(3) boleh dipenjarakan selama satu tahun!

Datuk Yg Di Pertua, sebelum Merdeka, pihak penjajah telah mengubal beberapa undang-undang untuk menyekat hak rakyat dan menumpukan kuasa di tangan eksekutif supaya dapat memecah semangat rakyat berjuang untuk keadilan dan merdeka. Malangnya, 50 tahun selepas Merdeka, kita masih memakai mind-set ataupun kaedah pemikiran penjajah apabila kita menggubal Akta.

Akta Pendidikan digubal pada tahun 1996. Tetapi dari segi demokrasi, dari segi ‘check and balance’ dan dari segi penumpuan kuasa di tangan eksekutif, pendekatannya adalah sama sahja dengan pendekatan yang pakai oleh pihak penjajah.

Adalah harapan saya bahawa pihak kerajaan boleh memakai tiap sempatan membawa pindaan akta untuk membuka ruang untuk masyarakat madani memberi maklumbalas dan memainkan peranan. Adalah harus untuk suatu mekanisme check and balance diwujudkan.

Seperti dikatakan Yang Di Pertua, “Power corrupts, and absolute power corrupts absolutely.” Oleh itu saya harap kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mendemokratikkan akta-akta yang sedia ada.

25 August 2008

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x