As polling day approaches, over 50 civil society groups have issued a 12-point joint memorandum demanding that the human rights of Malaysians be respected and upheld.
Kemerdekaan
Malaysia telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu supaya kesemua
rakyat – lelaki dan wanita – tanpa mengira kaum dan agama, akan
hidup bermaruah dan bebas daripada ketakutan dan kemiskinan di dalam
sebuah negara yang bebas, adil dan aman.
Namun
sedihnya, selepas 50 tahun sebagai negara yang merdeka, tahap hak
asasi manusia di Malaysia telah semakin menjunam di bawah kerajaan
Barisan Nasional. Sememangnya, penghakisan hak-hak kebebasan akhbar,
bersuara dan ekspresi serta hak-hak berhimpun dan berpersatuan
selepas kemerdekaan merupakan suatu yang memperlekehkan usaha-usaha
perjuangan kemerdekaan oleh para pejuang yang menggunakan hak-hak
yang sama untuk menentang British pada zaman penjajahan.
Kini
sudah tiba masanya rakyat menuntut kembali hak-hak kita,
kebebasan-kebebasan kita dan negara kita pada pilihanraya umum ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
1.
Menolak politik perkauman dan rasisme
Politik
perkauman yang diamalkan oleh Barisan Nasional lebih memecah-belahkan
daripada menyatu-padukan rakyat di negara ini. Pelanggaran hak asasi
manusia, penyalahgunaan kuasa, salah urus wang awam dan rasuah dalam
kerajaan semuanya dilindungi dan dibenarkan berleluasa menerusi
pengamalan politik perkauman. Sesiapa sahaja yang mencabar praktik
korupsi, kronisme dan nepotisme di dalam kerajaan yang berkuasa akan
sahaja dituduh sebagai mencetuskan ketegangan antara kaum dan
mengancam keselamatan negara. Suara dan hak rakyat terus diabaikan di
dalam kehidupan yang terus dibelenggu oleh ketakutan yang diwujudkan
oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act, ISA) dan
juga tragedi Mei 13.
Kami
menyeru kepada semua pengundi supaya menolak terus calon-calon dan
parti-parti politik yang mengamalkan politik perkauman dan
ekstremisme agama. Kami menuntut supaya diwujudkan satu Akta
Perhubungan Antara Kaum dan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Perhubungan
Antara Kaum untuk mengharamkan politik perkauman dan tindakan
menghasut perasaan benci terhadap mana-mana kaum.
2.
Memansuhkan kesemua undang-undang darurat dan penahanan tanpa bicara
Walaupun
rakyat Malaysia telah hidup secara aman tanpa peperangan ataupun
konflik di dalam tiga dasawarsa ini, undang-undang darurat dan
anti-subversif, yang memberikan kuasa yang amat besar kepada
pemerintah dan menyebabkan terhakisnya hak-hak sivil dan politik
rakyat negara ini, terus menerus dikuatkuasakan sehingga ke hari ini.
Undang-undang darurat ini telah banyak disalahgunakan secara
sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah.
Kami
menuntut pengisytiharan darurat pada 1964, 1966, 1969 and 1977
ditarikbalik secara rasminya di dalam parlimen yang akan datang. Kami
menuntut pemansuhan kesemua undang-undang darurat, undang-undang
anti-subversif dan langkah-langkah darurat, terutamanya Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Ordinan (Ketenteraman Awam dan
Pencegahan Jenayah) Darurat 1969 dan Akta Dadah Merbahaya
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membenarkan penahanan
tanpa bicara dan tanpa had tempohnya. Kami menuntut supaya kesemua
mereka yang ditahan di bawah undang-undang ini dibawa ke mahkamah
untuk penuduhan ataupun dibebaskan serta-merta.
3.
Menghormati hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan
Hak
bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah hak asasi rakyat untuk
menyertai proses pembuatan keputusan dasar. Akan tetapi, semua hak
ini terus dikongkong dengan alasan keselamatan dalam negeri walaupun
pada hakikatnya, ia adalah untuk menekan rakyat daripada menyuarakan
isu-isu yang sah seperti rasuah, salahguna kuasa dan kegagalan
dasar-dasar kerajaan.
Kami
menuntut pemansuhan Akta Hasutan dan pembentukan akta perlindungan
pendedah salahlaku (whistle-blower) untuk mempertahankan hak
bersuara. Hak untuk berhimpun dan berpersatuan perlu dibenarkan
pelaksanaannya tanpa diganggu dan kesemua keputusan pihak berkuasa
perlu diberi ruang untuk semakan kehakiman. Kami menuntut pemansuhan
Seksyen 27 Akta Polis yang menetapkan semua perhimpunan awam perlu
mendapatkan kebenaran daripada polis.
4.
Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis
Kadar
jenayah yang semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini
menjadi petunjuk yang amat jelas bahawa Polis Diraja Malaysia telah
gagal dalam menjalankan tugasnya. Tidak cukup dengan itu, pihak polis
membenarkan diri mereka menjadi alat paksaan dan keganasan untuk
mengekalkan kedudukan kerajaan berkuasa. Disebabkan demikian, hak
rakyat dipijak-pijak. Sebuah badan polis yang profesional – yang
cekap memerangi jenayah, menghormati hak asasi manusia, tidak
berpihak dari segi politik ketika menjalankan tugas, dan bebas
daripada rasuah – hanya boleh diwujudkan dengan sebuah badan
pemantau yang bebas dan mempunyai kuasa secukupnya.
Kami
menuntut pelaksanaan kesemua 125 cadangan-cadangan yang dibuat oleh
Suruhanjaya Diraja mengenai penambahbaikan polis, terutamanya
penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
5.
Menghapuskan rasuah
Rasuah
menjadi berleluasa di dalam kerajaan dan tidak boleh dicabar di bawah
perlindungan golongan elit pemerintah yang berkuasa. Projek-projek
mega diberikan kepada individu-individu dan syarikat-syarikat yang
mempunyai hubungan politik yang baik dengan mereka yang berkuasa. Ini
mengakibatkan kos-kos projek melambung tinggi ke tahap yang melampau
yang akan dibiayai dengan wang cukai daripada rakyat. Kos projek yang
melonjak juga bermakna kos hidup yang semakin tinggi dan pembayar
cukai terpaksa menanggung kedua-duanya akibat rasuah yang berleluasa.
Kami
menuntut kesemua menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaan
mengumumkan aset mereka kepada masyarakat awam sebelum memulakan
perkhidmatan mereka. Kesemua menteri-menteri dan pegawai-pegawai
kerajaan yang hidup mewah tidak sejajar dengan pendapatan mereka
perlu disiasat dan dibawa ke muka pengadilan. Kami menuntut supaya
Badan Pencegah Rasuah menjadi sebuah badan yang bebas daripada
Jabatan Perdana Menteri dan hanya melapor kepada Parlimen sahaja.
6.
Mewujudkan sebuah Badan Kehakiman yang bebas
Skandal
pita Lingam baru-baru ini telah mengukuhkan persepsi awam bahawa
badan kehakiman di negara ini adalah korup dan berpihak kepada
kerajaan berkuasa, terutamanya selepas krisis kehakiman 1988. Ia
telah gagal mempertahankan hak rakyat dan memberikan keadilan kepada
mereka yang menjadi mangsa kepada golongan kaya dan berkuasa.
Kami
menuntut agar kebebasan badan kehakiman dikembalikan serta-merta
dengan menarik balik pindaan kepada Artikel 121(1) di dalam
Perlembagaan Persekutuan yang membinasakan sistem pengagihan tiga
cabang kuasa dalam satu sistem demokrasi yang berfungsi dan penubuhan
sebuah suruhanjaya kehakiman yang bebas untuk menguruskan
perlantikan hakim-hakim.
7.
Hapuskan Dasar Ekonomi Baru
Dasar
Ekonomi Baru (DEB) telah menyimpang jauh daripada tujuan asalnya dan
telah menjadi alat mengumpul kekayaan bagi sekelompok kecil elit
pemerintah daripada komuniti-komuniti etnik yang berlainan. Majoriti
orang Melayu masih tidak mendapat apa-apa faedah daripada dasar ini
manakala golongan miskin bukan Melayu pula dinafikan bantuan
kerajaan. DEB adalah sebuah dasar yang memecah-belahkan rakyat dan
menggalakkan diskriminasi kaum. Ia juga mengetepikan prinsip
meritokrasi dan melemahkan daya saing negara ini di dalam sebuah
dunia global.
Kami
menuntut agar DEB dimansuhkan dan digantikan dengan sebuah dasar
bantuan kerajaan yang berasaskan kepada keperluan dan keupayaan
seseorang individu tanpa mengira kaum dan agama.
8.
Merombak sistem pilihanraya
Sistem
pilihanraya di Malaysia mempunyai banyak kelemahan serius dan tidak
mampu mencerminkan kehendak rakyat yang sebenar. Ia telah menyimpang
daripada prinsip ‘satu orang satu undi’ – ini jelas dilihat
daripada perbezaan besar di dalam jumlah pengundi daripada satu
kawasan kepada satu kawasan yang lain. Daftar pengundi diselubungi
oleh penipuan dan kesilapan, manakala undi pos seringkali digunakan
oleh parti pemerintah untuk merampas kemenangan di kawasan-kawasan
kritikal. Pengundi dinafikan hak kepada maklumat dan hak untuk
membuat keputusan yang bebas berdasarkan maklumat sahih kerana pihak
pembangkang tidak diberikan ruang di dalam media arus perdana.
Suruhanjaya Pilihanraya pula berpihak kepada parti pemerintah.
Kami
menuntut rombakan sistem pilihanraya dengan penubuhan sebuah
Suruhanjaya Diraja yang bermatlamat untuk mengembalikan prinsip ‘satu
orang satu undi’, membersihkan daftar pengundi, menghapuskan undi
pos dan memastikan akses kepada media bagi semua parti politik.
Pilihanraya bagi kerajaan tempatan perlu diwujudkan semula. Proses
perlantikan anggota Suruhanjaya Pilihanraya harus bersifat telus dan
melibatkan pendapat dan cadangan daripada masyarakat awam.
9.
Mempertahankan kebebasan akhbar
Kebebasan
akhbar di Malaysia telah dikawal ketat dengan undang-undang represif
seperti Akta Mesin Cetak and Penerbitan yang memaksa kesemua
suratkhabar dan majalah memperbaharui lesen mereka setiap tahun.
Keadaan ini menjadi lebih buruk di mana hak-milik media arus perdana
dikuasai oleh parti-parti pemerintah dan media awam seperti RTM
disalahgunakan. Ini menghadkan hak rakyat untuk mendapat maklumat dan
membuat keputusan berdasarkan maklumat yang sahih dan mencukupi bagi
tujuan menyemak penyelewengan dan rasuah di dalam kerajaan, parlimen
dan kehakiman.
Kami
menuntut pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia
Rasmi, pembentukan akta kebebasan maklumat dan juga penubuhan sebuah
jawatankuasa pilihan khas parlimen untuk mengkaji dan menilai semula
undang-undang lain yang berkaitan dengan kebebasan akhbar.
10.
Menghormati hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan
Pembangunan
ekonomi di Malaysia tidak diiringi dengan pengagihan kekayaan yang
saksama. Jurang antara kaya dan miskin semakin lebar dan luas,
terutamanya di dalam komuniti Melayu. Ramai yang masih dibelenggu
oleh kemiskinan tanpa makanan, tempat tinggal dan peluang kepada
perkhidmatan-perkhidmatan asas seperti air, elektrik, kesihatan dan
pendidikan yang mencukupi.
Kami
menuntut hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan dihormati dan sebuah
dasar gaji minimum nasional diwujudkan untuk memastikan tahap
kehidupan yang minima dan berpatutan bagi semua, terutamanya
masyarakat luar bandar dan komuniti orang-orang asal. Agama, budaya
dan bahasa ibunda kaum-kaum minoriti perlu dihormati dengan hak untuk
membangun secara bebas. Pembinaan sekolah-sekolah Cina and Tamil yang
baru perlu dilaksanakan berdasarkan keperluan dengan pemberian dana
yang adil dan saksama dengan sekolah kebangsaan. Malaysia adalah
sebuah negara sekular di bawah Perlembagaan Persekutuan dengan agama
Islam sebagai agama rasmi negara, manakala agama-agama lain perlu
dihormati dan dibenarkan membangun secara bebas.
11.
Memastikan kesamarataan antara lelaki dan wanita
Golongan
wanita masih dikesampingkan di Malaysia, terutamanya di dalam proses
pembuatan keputusan. Diskriminasi yang berlaku atas pelbagai alasan,
dari agama sehingga budaya, mesti ditamatkan. Wanita perlu diberi
layanan yang sama dengan lelaki.
Kami
menyeru pengundi menolak sama sekali semua calon yang bersikap
seksis, seperti bekas anggota-anggota Parlimen dari Jasin dan
Kinabatangan, Mohd Said Yusof dan Bung Mokhtar Radin. Kami menuntut
perwakilan yang samarata bagi wanita di dalam kesemua bidang dan juga
di kedudukan-kedudukan pembuatan keputusan yang penting. Wanita perlu
dilayan secara samarata dengan lelaki dalam undang-undang.
12.
Melindungi alam sekitar
Model
pembangunan yang digunapakai oleh Malaysia tanpa mengambilkira kos
sosial telah menyebabkan pencemaran yang teruk terhadap sungai-sungai
dan lautan, pembinasaan hutan, dan peracunan tanah dan air. Usaha
melindungi industri otomobil negara bukan sahaja telah menyebabkan
kesesakan lalulintas dan sistem pengangkutan awam yang teruk, tetapi
juga telah menghasilkan gas-gas rumah hijau yang menyumbang kepada
pemanasan global.
Kami
menuntut undang-undang alam sekitar yang lebih ketat untuk melindungi
sungai-sungai, lautan, hutan-hutan, dan juga udara dan air. Sebuah
sistem pengangkutan awam yang cekap, mudah diakses, dan murah harus
dijadikan keutamaan di dalam perancangan bandar untuk mengelakkan
pergantungan berlebihan kepada penggunaan kenderaan persendirian.
Kami
menyeru semua calon-calon dan parti-parti politik memberikan sokongan
mereka terhadap tuntutan-tuntutan hak asasi manusia ini.
Kami
menyeru supaya semua pengundi hanya menyokong calon-calon dan
parti-parti politik yang menunjukkan komitmen terhadap kesemua 12
tuntutan hak asasi manusia ini dan sebaliknya menolak sama sekali
mereka yang enggan mempertahankan mana-mana daripada 12 tuntutan ini.
Undi
Untuk perubahan! Undi untuk Malaysia yang lebih baik!
Our forebears have
fought for Merdeka in 1957 so that all men and women,
regardless of race and religion, can live a life with dignity, free
from fear and free from want in a new country where freedom, justice
and peace prevail.
Regrettably, after
50 years of independence under the rule of the Alliance and the
National Front (Barisan Nasional) coalitions, human rights in
Malaysia have deteriorated dramatically. Indeed, it makes a mockery
of the Merdeka that we achieved when the vibrant freedom of
the press, expression, assembly and association exercised by our
forebears against the British during colonial times would be lost
under the rule of our own people after independence.
It is high time for
the people to reclaim our rights, our freedoms and our country in the
coming general election.
Reject
racialised politics and racism
The
kind of politics perpetuated by Barisan Nasional has divided
the citizens rather than united the country. Human rights violations,
abuses of powers, mismanagement of public funds and corruption in the
government thrive under the protective umbrella of racialised
politics. Anyone challenging cronyism, corruption and nepotism of the
powers-that-be would be persecuted for inciting racial tensions and
posing a threat to national security. Malaysian citizens, living
under the fear of the Internal Security Act and the bogeyman of the
May 13 tragedy, are silenced and stripped of their rights.
We
call on all voters to reject candidates and political parties that
resort to racial and religious extremism. We demand the enactment of
a Race Relations Act and a permanent Race Relations Commission to
outlaw racism and incitement of racial hatred.
Repeal
all emergency laws and laws that permit detention without trial
Despite
the fact that Malaysians have lived in peace without war or conflict
in the last three decades, the emergency laws and anti-subversion
laws previously proclaimed by the government, which vest enormous
emergency powers in the hands of the state and suspend civil and
political rights of the people, remain in force to this date. These
laws have been rampantly abused by the ruling parties.
We
call for the four proclamations of emergency in 1964, 1966, 1969 and
1977 to be revoked officially by the coming Parliament. We demand
that all emergency and anti-subversion laws and measures, especially
the Internal Security Act 1960 and the Emergency (Public Order and
Prevention of Crime) Ordinance 1969 and the Dangerous Drugs (Special
Preventive Measures) Act 1985 which provide for indefinite detention
without trial, be repealed immediately. We demand the immediate
release of all those detained under the emergency laws – that they
be charged in court or be released immediately.
Respect
and protect freedom of expression, assembly and association
Freedom
of expression, assembly and association are fundamental rights for
citizens to participate in policy decision making. However, these
rights have been continuously curtailed with the justification of
national security when in realty it is no more than suppressing the
citizens from raising legitimate concerns over corruption, abuses of
powers and the failures of government policies.
We
call for the abolition of the Sedition Act and the enactment of a
Whistle-Blowers’ Protection legislation to protect freedom of
expression. The right to freedom of assembly and association should
be allowed to be exercised without hindrance while all authorities’
decisions should be subjected to judicial scrutiny. We call for the
abolition of Section 27 of the Police Act that subjects public
assemblies to the approval of the police.
Form
the Independent Police Complaints and Misconduct Commission
The
rising crime rates in the country in recent years have indicated that
the Royal Malaysian Police have failed in their duty. To make matters
worse, the police force today has reduced itself to become a tool of
coercion and violence for the powers-that-be to remain in power. The
rights of Malaysian citizens are trampled upon. A professional police
force that is effective in fighting crimes, respects human rights
while enforcing the laws, is politically impartial in carrying out
its duties and free from corruption can only be achieved with an
independent oversight mechanism with adequate powers.
We
demand the implementation of the 125 recommendations made by the
Royal Commission on police reform, especially the formation of the
Independent Police Complaint and Misconduct Commission (IPCMC).
Stamp
out corruption
Corruption
has been widespread in the government and unchallenged under the
protection of the powerful ruling elites. Mega projects are awarded
to individuals and companies who are politically well connected. In
the process, project costs have multiplied to exorbitant levels and
have led to huge unnecessary social costs at the expense of public
monies. Tax payers are made to pay double for the corruption and the
rising costs of living as a result of the former.
We
demand that all ministers and public servants declare publicly their
personal wealth before taking office. All ministers and public
servants who live beyond their means should be investigated and
prosecuted for corruption. We call on the Anti-Corruption Agency to
be made independent from the Prime Minister’s office and to report
to Parliament solely.
Uphold
the independence of the Judiciary
The
recent Lingam tape scandal has confirmed the widespread public
perception that our judiciary is highly corrupt and partial to the
powers-that-be, especially after the 1988 judicial crisis. It has
failed to defend the rights of the people and deliver justice to the
victims of the rich and the powerful.
We
demand judicial independence to be restored immediately by rescinding
the constitutional amendment of Article 121(1) that undermines the
separation of powers in a functioning democracy and the formation of
an independent judicial commission in appointing and promoting
judges.
End
the New Economic Policy
The
New Economic Policy (NEP) has deviated from its original objectives
and has become a tool for a small group of ruling elites of different
ethnic communities to accumulate enormous wealth. The majority of the
Malays have hardly benefited from the policy while the poor
non-Malays are deprived of social assistance. The NEP is a divisive
policy that perpetuates racial discrimination. It also compromises
meritocracy and undermines our country’s competitiveness in the
globalised world.
We
demand that the NEP be abolished immediately and be replaced with an
affirmative action policy that is based on individual needs and
merits regardless of race or religion.
Reform
the electoral system
The
Malaysian electoral system is deeply flawed and is not able to
reflect the true popular will of the people. It has deviated from the
‘one person one vote’ principle with large disparities of the
number of voters from one constituency to another. The electoral roll
is rigged and postal votes are often deployed by ruling parties to
rob victory in crucial areas. The voters are deprived of the right to
information and the right to make informed decisions with the
opposition having no access to mainstream media. The Election
Commission is partial to the ruling parties.
We
demand the reform of the electoral system by setting up a royal
commission on electoral reforms with the aim of restoring the ‘one
person one vote’ principle, cleaning up the electoral roll,
abolishing postal votes and ensuring equal access to the media by all
parties. Local government election must be restored. Appointment of
members of the Election Commission must be done in a transparent and
accountable manner with public consultation.
Uphold
press freedom
Press
freedom in Malaysia has been severely curtailed by restrictive laws
such as the Printing Presses and Publications Act , which requires
annual renewal of licences for newspapers and magazines. The
situation is made worse with the ownership of the mainstream media
and the abuse of state media such as RTM by the ruling parties. This
seriously undermines the citizens’ right to information and their
right to make informed decisions to check the abuse of powers and
corruption in government, the parliament and the judiciary.
We
demand the repeal of the Printing Presses and Publications Act and
the Official Secret Act, the enactment of a Freedom of Information
Act, and the setting up of a parliamentary select committee to review
all other legislation which relate to press freedom.
Respect
Economic, Social and Cultural Rights
The
economic growth in Malaysia has not been accompanied by the just
distribution of wealth created. The gap between the rich and the poor
is growing bigger and wider, especially within the Malay community.
Many remain in poverty without adequate food, housing and access to
basic and essential services such as water, electricity, healthcare
and education, especially in the rural areas and the indigenous
people’s communities.
We
demand compliance of economic, social and cultural rights standards
and a national minimum wage policy to ensure an adequate standard of
living for all. Furthermore, religion, culture and the mother tongue
languages of minorities should be respected and allowed to be
practised and developed freely. The building of Chinese and
Tamil-language schools should be allowed according to needs and with
fair allocation of public funds. Malaysia is a secular state under
the Federal Constitution with Islam as the official religion, while
other religions must be respected and allowed to be practiced freely.
Ensure
gender equality
Women
continue to be marginalised in Malaysia, especially in the
decision-making process. This discrimination based on various
justifications, ranging for religion to culture, must be ended. Women
should be treated as equal to men.
We
call on voters to reject all sexist candidates such as Mohd Said
Yusof and Bung Mokhtar Radin, the former parliamentarians from Jasin
and Kinabatangan. We demand equal representation of women in all
fields and key decision-making positions and equal treatment of men
and women before the law.
Protect
the environment
The
developmental model pursued by Malaysia without taking into account
social costs has led to massive pollution of rivers and oceans,
destruction of forests, and poisoning of the soil and underground
water. The protection of the national car industry has not only
caused massive traffic jams in cities and an underdeveloped public
transport system, but has also led to release of large amounts of
green house gases, contributing to global warming.
We
demand more stringent environmental protection legislations to
protect rivers, oceans, forests, and clean air and water. Efficient,
accessible and affordable public transport system should be priority
in town planning to avoid over reliance on personal vehicles.
We urge all
candidates and political parties to pledge their support towards
these human rights demands.
We call on all
voters to support only candidates and political parties that are
committed to all the 12 human rights demands and reject those who
refuse to uphold any of these 12 human rights demands.
Vote for
change! Vote for a better Malaysia!
This statement
of election human rights demands is endorsed by:
Alaigal
Aliran
Kesedaran NegaraAll
Women’s Action Society (AWAM)Amnesty
International (AI)
MalaysiaArtis
Pro Activ (APA)Bar
Council Human Rights CommitteeCenter
for Orang Asli Concerns (COAC)Centre
for Independent Journalism (CIJ)Child
Development InitiativeCivil
Rights Committee of The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly
Hall (CRC-KLSCAH)Community
Development Centre (CDC)Federasi
Kaum Tamil Sedunia MalaysiaFood
Not Bombs (KL)Gabungan
Peneroka Bandar – PerakGabungan
Petani – Perak (GEPETAK)Group
of Concerned Citizens (GCC)Institut
Kajian Dasar (IKD)International
Community Christian Education and Human RightInter
Varsity Council (IVC)Jaringan
Rakyat Tertindas (JERIT)Kelab
Bell Belia TamilLabor
Resource Centre (LRC)LLG
Cultural Development Centre (LLG)Malaysia
Youth & Students Democratic Movement
(DEMA)Malaysian
Indian Development and Unity AssociationMalaysian
Voters Union (MALVU)National
Institute of Electoral IntegrityPenang
Heritage TrustPersatuan
Alumni LiHua PBTUSM Kuala Lumpur dan SelangorPersatuan
Kebajikan Masyarakat dan Sosial IndiaPersatuan
Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM)Persatuan
Kemajuan Pendidikan MalaysiaPersatuan
Konsumer KlangPersatuan
Pembaca Tamil KlangPersatuan
Sahabat Wanita, SelangorPesticide
Action Network Asia and the Pacific (PAN AP)Pusat
Janadaya (Empower)Pusat
Khidmat Pekerja Tanjung (PKPT)Pusat
Komunikasi Masyarakat (KOMAS)Research
For Social Advancement (REFSA)Save
Our School (SOS)
Damansara committeeSave
Ourselves, Penang
(SOS)Semparuthi
IyakkamSolidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM)Suara
Rakyat Malaysia (SUARAM)Tenaganita
The
Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall – Youth Section
(KLSCAH-Youth)The
People’s ParliamentWriter
Alliance For Media Independence (WAMI)Women’s
Aid Organisation (WAO)Women’s
Centre for Change Penang (WCC)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme