Home Web Specials Cukai atau belas ihsan: Siapa yang bayar untuk kesihatan rakyat?

Cukai atau belas ihsan: Siapa yang bayar untuk kesihatan rakyat?

MARIONBRUN/PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gandipan Nantha Gopalan           

Kenyataan balas menteri kesihatan terhadap pendirian PSM mengenai pengecualian cukai kepada hospital swasta jelas mengelak isu pokok yang dibangkitkan dan sebaliknya cuba mengalih perbincangan.

PSM tidak pernah menafikan bahawa adanya pesakit golongan 40% berpendapatan terendah yang menerima rawatan di hospital swasta. Itu bukan isu.

Isu sebenar ialah mengapa akses kesihatan rakyat diletakkan di bawah belas ihsan korporat, sedangkan hospital-hospital ini mencatat keuntungan yang tinggi setiap tahun.

Memberi pengecualian cukai atas nama ‘kebajikan’ bermaksud kerajaan melepaskan hasil awam, melemahkan keupayaan membiayai hospital kerajaan dan melindungi margin keuntungan sektor swasta. Ini bukan reformasi kesihatan.

Setakat ini, menteri kesihatan langsung tidak menjawab dua cadangan dasar yang jelas dan konkrit yang dikemukakan oleh PSM:

  • Adakah kerajaan bersedia mengenakan cukai yang lebih tinggi ke atas keuntungan hospital swasta dan menyalurkannya kepada Kementerian Kesihatan?
  • Adakah kerajaan bersedia mewajibkan rawatan percuma atau bersubsidi kepada golongan 40% terendah sebagai syarat lesen operasi hospital swasta, bukan sekadar melalui tabung kebajikan sukarela?

Pendekatan ‘beri insentif cukai kepada yang kaya supaya mereka berbuat baik’ adalah idea lapuk, tidak progresif dan telah terbukti gagal mengurangkan ketidaksamaan.

PSM tidak mempolitikkan kesihatan

Dasar kesihatan memang bersifat politik kerana ia menentukan siapa yang membayar, siapa yang untung, dan siapa yang tercicir.

Oleh itu, PSM menuntut jawapan jelas daripada menteri kesihatan: adakah kerajaan sanggup mengawal dan memaksa sektor hospital swasta memikul tanggungjawab sosial sebenar atau akan terus memberi pelepasan cukai dan berharap kapitalis bertindak dengan ihsan?

Rakyat berhak mendapat jawapan yang jujur, bukan pusing keliling.

Gandipan Nantha Gopalan ialah ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x