Gerakan
Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi, telah menuntut parti-parti politik dan calon yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-12 untuk memperakukan
satu senarai yang mengandungi 15 tuntutan.
TUNTUTAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
27 Februari 2008
Gerakan
Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi
terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik,
kesatuan sekerja, badan hak asasi manusia, badan wanita, mahasiswa dan
golongan muda, menuntut parti-parti politik dan calon yang bakal
bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-12 untuk memperakukan
perkara-perkara berikut:
- Menghormati Perlembagaan Persekutuan, terutamanya Perkara 10, sebagai rujukan utama bagi hak-hak dan kebebasan rakyat
- Menghormati
hak seseorang untuk dianggap tidak bersalah sebelum disabitkan
bersalah, hak untuk dibicarakan dan hak untuk dibela. Pencabulan hak
ini merupakan pelanggaran terhadap piawaian hak asasi manusia
antarabangsa dan kepercayaan mana-mana agama. - Melindungi
keselamatan seluruh lapisan masyarakat daripada ancaman kezaliman,
kemungkaran, penganiayaan, penyeksaan dan jenayah. Keamanan dan
keselamatan Negara perlu dipertahankan, namun tidak dengan menggadai
hak asasi manusia dan keadilan. - Menyokong
dan mendokong usaha-usaha memansuhkan undang-undang tanpa bicara
khususnya Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). - Meletakkan
keutamaan tinggi kepada kempen memansuhkan ISA kerana penggunaan ISA
bermotif politik dan kuasanya terlalu luas dan merbahaya kepada
kesejahteraan rakyat. Oleh kerana tidak dibicarakan, Kerajaan berkuasa
menutup mana-mana kes tanpa melibatkan sebarang siasatan atau dakwaan
di mahkamah. Tiadanya ketelusan dan pertanggungjawaban menjadikan ISA
sebagai antara penyebab suburnya rasuah, keganasan polis dan salahguna
kuasa. - Menyokong desakan supaya
semua tahanan ISA dibebaskan segera. Penahanan berterusan tanpa
dibicarakan dan dibuktikan merupakan satu penganiayaan besar dan
kezaliman buat tahanan dan keluarga. - Menyokong
syor SUHAKAM supaya ISA dimansuhkan dan berusaha mengangkat syor
berkenaan dan Laporan Tahunan SUHAKAM ke Parlimen. Pelbagai badan hak
asasi manusia antarabangsa turut mendesak agar kerajaan menghormati
syor SUHAKAM. - Membela nasib dan
kebajikan isteri dan keluarga tahanan ISA termasuk daripada gangguan
dan penderaan jiwa oleh Polis Cawangan Khas, Kem Tahanan Kamunting
(KEMTA) dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. - Membawa
ke muka pengadilan mereka yang telah menzalimi tahanan ISA dan
keluarga. Sudah pelbagai laporan dan aduan dilakukan kepada Polis,
SUHAKAM dan Kementerian tentang penyeksaan dan deraan yang berlaku.
Kes-kes saman sivil juga telah dibuat. - Mengambilkira
syor oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM
untuk menubuhkan Suruhanjaya Polis tentang Aduan dan Salahlaku (IPCMC)
khususnya menghadkan kuasa polis dan tempoh penahanan di bawah Seksyen
73 ISA. - Menutup KEMTA
sebagaimana saranan Perdana Menteri untuk menutup Kem Guantanamo atas
sebab penyeksaan yang berlaku dan pencabulan hak untuk dibicarakan. - Menghormati
sistem kehakiman Negara sebagai elemen semak dan imbangan di atas kuasa
polis dan Menteri dan mengembalikan kebebasan kehakiman - Menolak
amalan pembolotan kuasa dan salahguna kuasa yang telah menjejaskan
integriti dan kewibawaan institusi-institusi penting kerajaan.
Akibatnya kesejahteraan dan keselamatan rakyat terancam. - Mengamalkan
sistem pengasingan kuasa secara sepenuhnya supaya demokrasi sihat dan
lancar. Kuasa Eksekutif tidak lagi boleh dibenarkan menguasai atau
mempengaruhi badan legislatif dan badan kehakiman sewenang-wenangnya. - Membuka
ruang yang luas kepada badan-badan masyarakat sivil untuk berperanan
menggembleng rakyat kepada memperjuangkan keadilan dan kebenaran.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Mansuhkan ISA!
Bebaskan Semua Tahanan!
Tutup Kem Tahanan Kamunting!
12th GENERAL ELECTION DEMANDS
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
Wednesday, 27 February 2008
Gerakan
Mansuhkan ISA (GMI) or Abolish ISA Movement, which consists of more than
83 organisations made up of non-governmental bodies, political parties,
trade union, human rights bodies, women and student bodies, hereby
wishes to demand from the political parties and candidates contesting
in the 12th General Elections the following:
- Respect the Federal Constitution, especially Article 10, as the primary reference on the rights and freedom of the people
- Respect the right to be presumed innocent until proven guilty,
the right to trial and the right to be defended. The violation of these rights is
a transgression of international human rights norms and the belief of
any religion. - Provide security to all
levels of society from threats of cruelty, mala fide, abuse, torture
and criminal acts. The peace and security of the nation should be defended
– but not at the expense of basic human rights and justice. - Support and uphold efforts to abolish detention without trial laws especially the Internal Security Act (ISA) 1960.
- Place high priority on campaigns to abolish the ISA as the use of ISA is
politically motivated. Its arbitrary nature and wide array of powers is
dangerous to the livelihood of the people. Since trials do not exist
under the ISA, the government has the power to cover-up any case
without the necessity to conduct investigation and produce evidence in
courts. With no transparency and accountability, the ISA is one of the main
reasons for the rise in corruption, police brutality and abuse of power. - Support the demand for the immediate release of all ISA detainees. The
prolonged detention without trial and proof is a serious act of cruelty
and tyranny to the detainees and their families. - Support Suhakam’s recommendation for the repeal of the ISA dan raise
efforts to escalate the recommendation and Suhakam’s annual report to
Parliament. Many international human rights bodies have demanded that the
Government respect Suhakam’s recommendation. - Safeguard the well-being and welfare of the wives and families of ISA
detainees including from the harrassment and mental torture of the
Police Special Branch, Detention Camp and Internal Security Ministry. - Bring to justice perpetrators who have victimised and tyrannised ISA
detainees and their family members. Many reports and complaints have
been filed to the Police, Suhakam and Ministry on the abuse and torture
that have happened. Even civil suits have been filed. - Take into consideration the recommendations made by the Independent
Commission to improve the operations and management of the Police to
establish an Independent Police Complaints and Misconduct Commission
(IPCMC) especially to limit police powers and duration of detention
under Section 73 of ISA. - Close down
Kamunting Detention Camp in line with the Prime Minister’s suggestion
to close down Guantanamo Camp on the basis of the existence of torture
and violation of rights to fair trial. - Respect the judicial system as an element in the checks and balance on the
powers of the police and Ministers and return freedom of the judiciary. - Reject the practice of amassing and abuse of powers which have
compromised the integrity and credibility of important Government
institutions, the consequences of which prosperity and security of the
people have been put in jeopardy. - Practise
separation of powers in totality to ensure a healthy and efficient
democracy. The Executive must be denied the power to arbitrarily influence
the Legislative and the Judiciary. - Provide more space for civil society bodies to play a role in drawing people towards the struggle to uphold justice and truth.
Abolish ISA!
Release All Detainees!
Close down Kamunting Detention Camp!
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme