Gerakan
Mansuhkan ISA (GMI) ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada
tahanan dan bekas tahanan ISA yang telah memenangi kerusi Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang
dijalankan pada 8 Mac 2008 yang lalu. Seramai
14 daripada 17 orang calon yang bertanding berjaya memenangi dalam
setiap kawasan yang mereka tandingi. Kemenangan mereka merupakan satu
kemenangan yang besar kepada perjuangan GMI.
Ini
selari dengan tajuk kenyataan media GMI pada 5 Mac 2008 iaitu
beberapa hari sebelum hari mengundi, ”Sokong calon tolak ISA,
Tolak calon sokong ISA”. Ternyata rakyat menyokong calon yang
menolak ISA dan menolak calon yang menyokong ISA!
Antara
yang bertanding dan menang adalah:
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Nama/Kawasan/Pencapaian
1
M.Manoharan, N.48
DUN Kota Alam Shah – Menang
2
Dr Badrul Amin Bahron, P.092
Sabak Bernam, DUN
N.13 Kuang – Kalah
3
Saari Sungib, N.18
DUN Hulu Kelang – Menang
4
Khalid Samad, P.108
Shah Alam – Menang
5
Dr Nasir Hashim, DUN
N.39 Kota Damansara – Menang
6
Koh Swe Yong, P.017
Selayang – Kalah
7
Lim Kit Siang, P.064
Ipoh Timur – Menang
8
Lim Guan Eng, P.043
Bagan – Menang
9
Karpal Singh, P.051
Bukit Gelugor – Menang
10
Tan Seng Giaw, P.114
Kepong – Menang
11
Tian Chua, P.115 Batu – Menang
12
Wee Choo Keong, P.116
Wangsa Maju – Menang
13
Tan Kok Wai, P.123
Cheras – Menang
14
Mohamad Sabu, P.036 Kuala Terengganu – Kalah
15
Mahfuz Omar, P.008
Pokok Sena, Kedah – Menang
16
N. Gobalakrishnan, P.017
Padang Serai, Kedah – Menang
17
Ibrahim Ali, P.022
Pasir Mas – Menang
GMI
amat berbangga dengan keberanian, semangat dan perjuangan yang
ditunjukkan oleh mereka, khususnya oleh Saudara Manoharan Malayalam
yang kini masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting. Beliau telah
ditahan tanpa bicara dan tanpa peluang pembelaan sejak 13 Disember
2007 bersama dengan empat orang lagi pemimpin Hindraf.
Dengan
kemenangan tahanan dan bekas tahanan ISA, terutamanya saudara
Manoharan di DUN Kota Alam Shah dengan majoriti sebanyak 7,184 undi,
ini menunjukkan bahawa rakyat tolak kezaliman penahanan tanpa bicara
dan menuntut keadilan untuk semua tahanan mendapat hak dibicara di
dalam mahkamah terbuka dan hak dianggap sebagai tidak bersalah
sehingga diputuskan oleh mahkamah. GMI mendesak kerajaan pusat
Barisan Nasional supaya mendengar mesej rakyat yang jelas ini dan
membebas atau mendakwa tahanan-tahanan di mahkamah. Adalah juga jelas
bahawa rakyat menuntut ISA dimansuhkan.
GMI
juga mendesak kerajaan untuk menghormati pilihan yang dibuat oleh
rakyat dan pengundi di DUN Kota Alam Shah dan membebaskan beliau
daripada ISA dengan segera. Beliau mestilah diberi peluang untuk
melaksanakan tanggungjawab beliau memberi khidmat kepada rakyat yang
memilihnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 21 (1) dan (3)
Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948:
Perkara
21 (1) – “Setiap warganegara adalah berhak untuk mengambil bahagian
di dalam urusan pemerintahan negara, samada secara langsung atau
menerusi wakil pilihan bebas mereka”.Perkara
21 (3) – “Iltizam rakyat akan dijadikan asas pemerintahan kerajaan;
iltizam ini akan dizahirkan dalam pilihan raya yang berkala dan sah
menerusi hak memilih yang saksama dan sejagat, dan akan diadakan
secara undi rahsia atau dengan prosedur pengundian yang bebas”.
GMI
melihat penafian hak rakyat untuk diwakili oleh wakil pilihan mereka
dalam pemerintahan Negeri adalah satu pencabulan hak asasi yang besar
dan mesti diberikan perhatian.
Dalam
pada itu, GMI berharap kemenangan tahanan dan bekas tahanan ISA yang
disokongi oleh parti masing-masing akan menandakan kelantangan suara
membantah apa juga perundangan dan akta yang zalim, khususnya ISA di
Parlimen dan DUN. Ini natijah daripada kebangkitan suara rakyat.
Wakililah rakyat dengan sebaik-baiknya tak kira bangsa, kaum atau
agama, lebih-lebih lagi mereka yang dizalimi.
GMI
meletakkan harapan tinggi bahawa nasib tahanan dan keluarga tahanan
ISA dapat terus dibela. Mereka merupakan mangsa politik. Kini sudah
ada tahanan yang dilanjutkan tempoh penahanan untuk dua tahun lagi
setelah cukup enam tahun. Masih ramai yang menunggu nasib yang sama.
GMI
berharap 15 tuntutan pilihanraya umum yang dikeluarkannya pada 27
Februari 2008 akan mendapat perhatian serius parti, ahli parlimen dan
Adun yang berkenaan dan dijadikan sebagai landasan untuk melaksanakan
tanggungjawab mereka.
GMI
bersedia untuk memberikan sokongan dan kerjasama yang sewajarnya demi
menegakkan keadilan dan kebenaran.
Mansuhkan
ISA! Bebaskan
Semua Tahanan! Tutup
Kem Tahanan Kamunting!
Syed
Ibrahim Syed Noh
Pengerusi
GMI
12
Mac 2008
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme