Persoalan yang dikemukakan oleh Umno berhubung dengan perlantikan Sheikh Omar ke dalam Yadim adalah jelas bermotifkan politik, ujar WH Cheng.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof mengesahkan pelantikan ahli Dewan Undangan Negeri Johor untuk Paloh, Sheikh Omar Ali, sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Persoalannya adalah, kenapa perlantikan Sheikh Omar ke dalam lembaga pemegang amanah Yadim itu dipertikaikan khususnya oleh Umno dan pergerakan pemudanya baru-baru ini? Apakah rasional pertikaian tersebut? Apakah agenda sebenarnya pertikaian yang dibangkitkan oleh Umno itu?
Sheikh Omar adalah seorang Muslim, dan berdasarkan latarbekalakang beliau, kelayakan beliau itu sendirilah yang telah melayakkan beliau sebagai calon menduduki tempat di Yadim.
Jadi yang kami perhatikan, persoalan yang dikemukakan oleh Umno berhubung dengan perlantikan Sheikh Omar ke dalam Yadim adalah jelas bermotifkan politik. Umno masih ingin mengambil kesempatan kerana Sheikh Omar adalah ahli DAP yang asyik didakwa mereka sebagai sebuah parti yang anti-Melayu, anti-Islam, anti-raja dan pro-republik.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Tidak ada sebab-sebab lain yang dapat membuktikan bahawa Sheikh Omar tidak layak menduduki badan keagamaan tersebut melainkan agenda politik di sebalik kepimpinan Umno itu.
Sejak kalah di dalam pilihanraya umum yang lalu, Umno gagal mengemukakan dasar alternatifnya. Sebaliknya kabinet bayangan (shadow cabinet) yang dibentuk itu tidak berfungsi seperti yang sepatutnya yakni semak dan imbang (check and balance), dan parti tersebut kini lebih menonjol dalam agenda ekstremisme perkauman dan agama.
Tidak ada sebarang usul ataupun dasar yang praktikal yang dapat ditunjukan oleh Umno yang boleh membuktikan bahawa parti tersebut berpeluang untuk berkuasa semula.
Umno bagaikan hidup bergantung kepada ketum untuk meneruskan kemaraannya yang tidak ada tentu arah atau halatuju yang sebenarnya. Hanya agenda benci dan cubaan memecahbelahkan masyarakat Malaysia yang kini terdapat di dalam sanubari Umno.
Sumber: g-socialaffairs.blogspot.com
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme