Home Web Specials Kontroversi rasuah: Lawan, cuti atau letak jawatan?

Kontroversi rasuah: Lawan, cuti atau letak jawatan?

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Siasatan berhubung isu pemilikan saham Azam Baki, adakah perlu lawan, cuti atau letak jawatan?

Kontroversi rasuah dan integriti, individu atau institusi yang perlu dipertahankan?

Rasuah dianggap sebagai ‘budaya’, apa peranan pemimpin dan tokoh agama untuk ubah persepsi masyarakat?

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dan lembaga penasihat pencegahan rasuah (LPPR) tampil menjawab persoalan besar berhubung kontroversi pemilikan berjuta unit saham dikaitkan dengan Azam sekitar tahun 2015 hingga 2016.

Azam dalam satu sidang media menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti yang didakwa. Beliau memberi alasan akaun saham itu digunakan oleh adiknya Nasir Baki dalam urus niaga dan mengakui tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham yang dibeli.

Bagaimanapun, sebilangan ahli politik, pengamal undang-undang dan agensi penyelidikan bebas berpandangan penjelasan dikemukakan Azam dan lembaga penasihat sebenarnya mengundang lebih banyak persoalan berbanding penyelesaian.

Pelbagai cadangan dikeluarkan pelbagai pihak. Ada yang mencadangkan beliau direhatkan daripada tugas sementara siasatan dibuat. Ada yang mencadangkan pengurusan SPRM disemak semua dan dirombak.

Dan bagaimana pula dengan aspek kepimpinan? Bagaimana aspek politik mempengaruhi fahaman masyarakat tentang sistem integriti, pencegahan rasuah dan pengurusan persepsi terhadap SPRM?

Ikuti perbincangannya Astro Awani dalam dialog tiga penjuru bersama Mufti Perlis, Profesor Madya Mohd Asri Zainul Abidin, pengarah eksekutif Pusat Bagi Memerangi Rasuah dan Kroni (C4) Cynthia Gabriel, dan pengasas Pusaka, penulis dan wartawan Eddin Khoo.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x