Home Web Specials Krisis media: Di belakang duri, di depan api

Krisis media: Di belakang duri, di depan api

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Media dalam krisis. Media arus perdana sedang diasak.

Syarikat media menghadapi cabaran luar biasa. Ratusan syarikat media gulung tikar. Pendapatan syarikat media bukan sahaja diancam oleh kemerosotan jumlah pembaca, pendengar dan penonton tetapi juga kuasa duopoly Google dan Facebook yang meruntun sebahagian besar dapatan iklan semasa.

Masih relevankah media arus perdana hari ini? Apakah media arus perdana mampu menyaingi maklumat dalam media sosial? Apakah media sosial akan mendefinisikan penyaluran maklumat masa kini dan masa depan?

Apakah pengajaran dari tradisi persurat khabaran dan majalah Melayu yang gemilang di tanahair, yang bermula dengan Jawi Peranakan pada tahun 1876? Apakah peranan yang dimainkan oleh akhbar vernacular berbahasa Melayu dalam mencorakkan minda orang Melayu, serta teriakan untuk reformasi keagamaan yang digerakkan oleh ‘Kaum Muda’ melalui penerbitan seperti Al Imam dan lain-lain?

Apakah sumbangan akhbar Utusan Melayu yang bermula pada tahun 1939 dalam menggerakkan nasionalisme Melayu sebelum merdeka? Apakah sejarah syarikat Utusan Melayu senama dengan kebangkitan kesedaran atau consciousness orang Melayu? Apakah peranan yang dimainkan oleh Yusof Ishak, A Rahim Kajai, Ishak Haji Mohamad, A Samad Ismail dan lain-lain dalam gerakan nasionalisme serta kebangkitan kesedaran Melayu?

Syarahan ini juga akan menyentuh peranan media hari ini serta keabsahannya dalam konteks hari ini. Apakah media tidak lebih dari sekadar gelanggang untuk memaparkan seks, pembohongan dan demokrasi (sex, lies and democracy?) Apakah pendidikan media perlu ditulis kembali dan konstruksi media memerlukan rebooting?

Tokoh Wartawan Negara, Johan Jaaffar, yang juga dikenal sebagai doyen jurnalisme Malaysia akan mengupas semua itu dalam syarahannya.

Syarahan umum ini merupakan anjuran #PusatSejarahRakyat dengan kerjasama bersama Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Malaya; Persatuan Editor Malaysia; Naratif Malaysia dan Demokrat UM.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x