Malaysia sedang menghadapi satu masalah yang mencabar.
Walaupun keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negara telah berlipatkali ganda sebanyak 24 kali dalam masa 50 tahun (1970 sehingga 2019), tetapi 60% daripada isi rumah masih dibelenggu dengan hutang dan menghadapi kesukaran untuk menampung keperluan keluarga. Ada yang terpaksa kerja lebih masa ataupun buat dua kerja.
Kenapakah ini berlaku?
Gaji median sebenar pekerja kilang pada tahun 2019 adalah hanya 1.4 kali ganda gaji median pekerja kilang pada 1970, padahal pendapatan per kapita Malaysia telah berlipatganda 7.6 kali.
Masalah ini wujud kerana negara kita masih mengamalkan ekonomi gaji rendah. Strategi perindustrian negara sehingga kini hanya mampu menyertai sebahagian dari rantaian produksi global (global production chains) yang dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional gergasi yang bertapak di negara-negara maju.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Maka negara-negara sedang membangun di Asean terpaksa berlaga diantara satu sama lain untuk bersaing menarik pelaburan ke negara masing-masing. Persaingan ini akan menekan lagi paras gaji di negara-negara ini dan merugikan rakyat Asean keseluruhannya.
Justeru itu, jika Malaysia masih ingin mengekalkan polisi gaji murah ini, maka apakah balasan kepada pengorbanan yang diberikan oleh rakyat pekerja yang disuruh terima gaji rendah demi mengekalkan kekompetitifan negara dirantau ini?
Malaysia perlu melaksanakan pendekatan “gaji sosial” di mana sebahagian daripada keperluan asas rakyat perlu disubsidikan oleh kerajaan, terutamanya khidmat kesihatan, perumahan, pendidikan dan pengangkutan awam, lengkap dengan suatu jaringan sosial yang mantap (termasuk pensen warga emas) . Parti Sosialis Malaysia (PSM) menegaskan bahawa Putrajaya tidak boleh leka dalam menyediakan tanggungjawab ini.
Malangnya pada setiap era, pemerintahan dari Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan kini “kerajaan perpaduan” Madani asyik mengunakan alasan bahawa kerajaan tidak mampu meningkatkan perbelanjaan untuk memperkukuhkan jaringan sosial rakyat kerana hutang negara sebanyak RM1 trilion dan bajet kita dalam defisit .
Berasaskan kepada penghujahan kerajaan itu, PSM telah mengambil langkah proaktif untuk membawa bersama minda-minda pengkaji dan para akademik pakar untuk membentangkan ide bagaimana Putrajaya boleh menjana dana yang lebih signifikan tanpa membebankan rakyat. Suatu sesi dua hari telah diadakan dengan beberapa para ahli ekonomi, pemikir polisi nasional seperti:
- Prof Jomo KS, pakar ekonomi
- Prof Terence E Gomez, bekas professor ekonomik, Universiti Malaya
- Dr Jeyakumar Devaraj, bekas MP Sungai Siput, pengerusi PSM
- Prof Geoffrey Williams, dean of postgraduate studies, Malaysian University of Science and Technology (MUST)
- Datuk Wira Dr Rais Hussin, CEO Emir Research
- Pushpan M, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4)
- Akhramsyah Tan Sri Sanusi
- Prof Wong Chin Yoong
- Goh Chien Yen
.. selama dua hari 17-18 June di Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall.
Sesi ini telah dihadiri oleh lebih 40 para peserta dari pelbagai organisasi sivil, kesatuan sekerja, NGO dan agensi-agensi.
Sebanyak enam buah tajuk telah dikupas iaitu:
- Bolehkah cukai terhadap 1% individu terkaya di Malaysia dipertingkatkan?
- Perlukah kita memperkenalkan cukai pengunaan (consumption taxes)?
- Bagaimana syarikat berkaitan kerajaan harus menyalurkan keuntungan untuk memperkasakan perlindungan sosial
- Merasionalisasi subsidi yang sedia ada
- Penjimatan dengan mengurangkan rasuah dan ketirisan – langkah-langkah praktikal
- Jana dana dari hutang (debt monetisation)
PSM percaya bahawa dengan melaksanakan polisi-polisi progresif yang dikongsikan dalam sidang meja bulat ini, Malaysia boleh menjana dana yang mencukupi untuk membiayai pelbagai program sosial kerarah membina satu masyarakat yang benar-benar madani! Adakah pihak Putrajaya di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim dapat mengembeling political will “kerajaan perpaduannya” untuk menyokong ide-ide ini?
Kami di PSM berharap sesi perbincangan meja bulat ini akan memacu perbincangan yang lebih luas dan mendalam kearah mendesak kerajaan merangka polisi untuk meningkatkan hasil kerajaan persekutuan.
Hasil perbincangan dua hari ini akan disimpulkan dalam sebuah kertas kerja dan diserahkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia dalam jangka masa dua bulan.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme