Home Web Specials Memahami tanggungjawab sebenarnya seseorang MP dan Adun

Memahami tanggungjawab sebenarnya seseorang MP dan Adun

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Adalah tidak relevan sekali jika kita asyik mengadu bahawa MP dan Adun tidak pernah melawat dan mengambil berat mengenai hal-ehwal masyarakat, ujar WH Cheng.

Selama ini, ramai antara kita kurang memahami mengenai tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya ahli-ahli parlimen (MP) dan ahli-ahli dewan undangan negeri (Adun).

Apabila persoalan ini diajukan kepada kalangan masyarakat, jawapan mereka adalah spontan, iaitu peranan MP dan Adun adalah hampir sama, yakni:

  • melawat dan memeriksa longkang dan parit tersumbat
  • menerima aduan mengenai jalanraya yang rosak
  • kekurangan tempat letak kereta
  • sampah yang tidak dikutip
  • melawat seseorang yang telah dimasukkan ke dalam hospital
  • meziarahi keluarga simati
  • menghadiri upacara perkahwinan ataupun ulangtahun kelahiran seseorang berusia
  • menghadiri acara dewan-dewan perniagaan dan persatuan-persatuan masyarakat
  • membantu penduduk memperolehi lesen-lesen perniagaan ataupun penjaja
  • membantu dalam rayuan meringankan kadar kompaun
  • menerima aduan mengenai keperluan infrastruktur yang berkurangan seperti tiang lampu, lampu isyarat, bekalan elektrik terputus, talian telefon dan jalan-jalan yang tidak diturap dan
  • berbagai-bagai lagi kegiatan masyarakat setempat.

Kesemua bentuk kegiatan yang terpaksa dilayan oleh MP dan Adun ini telah banyak menghabiskan masa para wakil rakyat yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk memenuhi tugas dan tanggungjawab mereka yang sebenarnya.

Hakikatnya adalah, kesemua bentuk kegiatan di atas bukannya suatu tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap MP dan Adun. Mungkin sebentar lagi, ada yang akan mengatakan kenyataan kami ini adalah kejam kerana mencadangkan agar “menyisihan” wakil-wakil rakyat tersebut daripada kegiatan masyarakat setempat.

Tugas dan tanggungjawab utama MP dan Adun adalah:

  • melaksanakan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan atau exco negeri
  • menyertai atau mengambil bahagian di dalam jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen atau dewan di dalam merangka dasar dan undang-undang
  • memantau dan memerhati segala bentuk belanjawan kerajaan
  • membentang dan membahas rang undang-undang atau enakmen negeri
  • membentang dan membahaskan dasar-dasar yang sedang atau bakal dilaksanakan oleh kerajaan
  • menerima dan mengkaji peruntukan dan belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan
  • memerhati segala perlaksanaan kerajaan agar ianya dapat memberikan manfaat kepada rakyat dengan sepenuhnya.
READ MORE:  Shame on MPs who 'ponteng'!

Kesemua bentuk tugas dan tanggungjawab MP dan Adun pada keseluruhannya hendaklah berdasarkan kepentingan rakyat jelata dan bukannya parti-parti politik yang dianggotai oleh mereka.

Setiap MP dan Adun juga perlu mewajibkan kehadiran mereka pada setiap seesi persidangan Parlimen atau dewan negeri bagi:

  • mengambil bahagian sepenuhnya di dalam prosiding dalaman seperti pembentangan dan perbahasan dasar
  • merangka undang-undang
  • membangkit isu-isu semasa yang berkepentingan umum
  • menyuarakan keresahan umum terhadap sesuatu dasar atau perlaksanaan, sama ada ianya berkaitan dengan ekonomi, kewangan, pengangkutan, kebajikan ataupun sosial.

Pendek kata, tanggungjawab setiap MP dan Adun di dalam Parlimen dan dewan-dewan negeri adalah merangkumi perkara-perkara berkaitan seni kerajaan atau politik, urus-tadbir negara atau negeri-negeri serta penggubalan dasar awam (public policy).

Hal yang berkenaan dengan masalah harian dan masyarakat setempat sepatutnya diperhatikan oleh ahli-ahli majlis bandaraya, majlis perbandaran, majlis daerah serta jawatankuasa-jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), kerana wakil-wakil peringkat tempatan inilah yang dapat berurusan dengan pihak berkuasa tempatan dengan lebih berkesan.

Ahli-ahli majlis tempatan dan JKKK inilah yang perlu bertanggungjawab memerhati dan menguruskan segala hal yang berkait rapat dengan kegiatan masyarakat setempat serta turun padang dengan kerap bagi membantu menyelesaikan apajua aduan dan masalah yang timbul di dalam peringkat ini, memastikan kesemua bentuk kemudahan awam disediakan untuk para penduduk setempat dan kaedah pembaikan dilaksanakan dari masa ke semasa.

Jadi adalah tidak relevan sekali jika kita asyik mengadu bahawa MP dan Adun tidak pernah melawat dan mengambil berat mengenai hal-ehwal masyarakat setempat di kawasan yang mereka wakili. Rakyat jelata juga perlu dididik mengenai tugas dan tanggungjawab sebenarnya seseorang MP dan Adun serta peranan-peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli majlis tempatan dan JKKK.

READ MORE:  Maverick politik, antara garis merah, prinsip dan kesetiaan - Hassan Karim

Cuba kita perhatikan keadaan sekarang di mana MP dan Adun yang asyik dibelenggui masalah dan kegiatan peringkat tempatan sehinggakan mereka tidak mempunyai masa untuk menghadiri seesi Parlimen dan dewan-dewan negeri ataupun mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa. Ini jelas akan membantut usaha MP dan Adun ini untuk melaksanakan tugasan mereka yang sebenarnya di dalam memastikan dasar-dasar kerajaan membawa manfaat kepada jelata.

Fahamilah peranan sebenarnya yang perlu dimainkan oleh MP dan Adun untuk negara kita.

Source: Inter-Research And Studies (IRAS)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Johan Khun Pana
Johan Khun Pana
2 Oct 2018 1.12pm

It is even more unfair and undignified for the MPs of Federal Territories.
At least for State level they have “ADUN” at the district level to inspect “longkang”.
FT’s MPs are expected to perform everything!
Majority of the voters really need some form of education that issues such as rubbish collection, rats, “longkang” , wedding or funeral etc are NOT the job functions of a MP and ADUN.
However, a big Thanks to those unsung MPs who have to visit “longkang” as under the previous govt DBKL or town halls are unresponsive (since they are NOT elected as mayor)
Suggest that Ministry of Education and Ministry of Information to look at how to educate students and general public.
Remind the PM to really look into having the Third Vote.
Remind to all MPs and ADUNs that Malaysia is still a Secular country and that we Do Not punish the LGBT.
All MPs and ADUNs are elected because Malaysia is a Democracy and because of having Civil Law.
As if under religion system, nobody gets elected. Be grateful for the Secular Civil Law system.

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x