Malaysia sedang menghadapi serangkaian krisis mega yang merangkumi pelbagai dimensi: kesihatan, kemelesetan ekonomi, ketidakstabilan politk dan keparahan sosial.
Krisis ini bermula pada Januari 2020 dengan penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP 1.0) pada 18 Mac 2020, disusuli kemudian dengan PKP 2.0 dan PKP 3.0 dari Januari 2021 hingga sekarang tanpa nampak penghujungnya.
Kes positif Covid dan bilangan kematian terus meningkat seolah-olah keadaan tidak terkawal.
Di segi lain, pelaksanaan PKP menyebabkan pelbagai perusahaan sangat terjejas, banyak yang gulung tikar, ramai rakyat hilang pekerjaan dan punca pendapatan, pengangguran meningkat manakala jumlah golongan miskin meningkat. Sistem pendidikan juga sangat terjejas baik dari peringkat rendah hingga ke pendidikan tinggi.
Semua ini menimbulkan keresahan dan kesengsaraan hidup yang amat sangat, sebahagian rakyat kelaparan, kesihatan mental sangat terjejas, kes kemurungan menjadi-jadi sehingga bilangan yang membunuh diri meningkat berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Apa yang merumitkan lagi ialah pentadbiran kerajaan tidak stabil dan kukuh, koordinasi antara jentera kerajaan di pelbagai peringkat dari atas ke bawah untuk memberi bantuan kepada rakyat dan mencegah penularan Covid tidak rapi, sehingga ramai rakyat merasakan kehidupan mereka tidak terbela dengan krisis kepimpinan yang berterusan.
Namun dalam kalangan rakyat terdapat usaha membantu sesama sendiri. Inisiatif ini bergerak secara spontan dan terus berkembang ke seluruh negara.
Berdepan dengan kemelut dahsyat ini, semua pihak khususnya ahli sains sosial perlu berbincang secara terbuka dan telus, serta mencari jalan keluar dan mengusulkannya kepada pihak berkuasa dan pemegang-pemegang taruh yang lain.
Apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang dari segi ekonomi yang perlu diambil? Bagaimana kita harus memobilisasikan rakyat dan memperkuatkan solidariti mereka agar rakyat dapat diperkasakan untuk mengharungi krisis dengan tabah? Apakah yang patut dilakukan agar pendidikan anak-anak dapat diteruskan dengan baik supaya dapat mengelakkan berlakunya ‘generasi yang hilang’? Apakah langkah-langkah dari segi politik dan pentadbiran yang perlu untuk menyatukan rakyat dan memacukan negara ke hadapan?
Webinar ini dianjurkan oleh Persatuan Sains Sosial Malaysia
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.