Hos Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nani Roslan menjemput pelawak, tersohor tanah air, Douglas Lim, dalam sebuah perbualan penuh gelak tawa, sindiran tajam dan renungan mendalam mengenai dunia komedi, politik dan masyarakat.
“Trauma” Nazmi kalah kepada seorang pelawak tidak menghalang beliau bersama Nani mengimbau secara serius dan lucu kaitan antara politik dan komedi dengan Douglas.
Mereka turut menyentuh isu-isu besar dalam dunia seni dan hiburan seperti tekanan terhadap pengkarya dalam era “wokeness”, batasan jenaka politik, serta sejauh mana komedi boleh berperanan dalam menyampaikan mesej penting kepada masyarakat.
Douglas turut mendedahkan siapa ahli politik paling lawak, serta jawapan jujur kepada soalan paling hangat: statement politik mencuit hati?
Diterbit oleh: Lebih Masa
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
