Nisbah rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas adalah 2.4 juta ataupun 7.3% orang sekarang.
Nisbah ini dijangka meningkat ke 11 % menjelang tahun 2030 dan 14.5% pada tahun 2040.
Ramai orang warga mas di Malaysia sedang menghadapi pelbagai cabaran termasuk :
- Kewangan – ketiadaan punca pendapatan atau wang simpanan yang mencukupi untuk membiayai kos hidup selepas mereka mencapai umur 65
- Kesihatan – kelewatan memperolehi rawatan di hospital kerajaan kerana kesesakan dan bilangan kes yang bertambah, kekurangan doktor pakar, kekurangan mesin CT scan dan MRI
- Sokongan sosial – ketiadaan program sokongan seperti lawatan jururawat dan ahli fisioterapi ke rumah warga emas yang uzur ataupun lumpuh. Asrama atau rumah kebajikan warga emas kerajaan juga kurang.
Justeru itu, adalah amat penting kita memperkukuhkan jaringan perlindungan sosial bagi warga emas. Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk memantapkan pelan tindakan warga emas negara (PTWEN) seperti diumumkan oleh menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pada bulan Mac 2023.
Demi memperkukuhkan pelan tersebut, PSM baru mengemukakan kertas polisi PSM bertajuk “Perlindungan sosial untuk warga emas” kepada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Kertas polisi ini telah digubal berdasarkan kerja akar umbi PSM dan syor-syor pelbagai organisasi sivil yang menghadiri sesi meja bulat anjuran PSM pada 6 Mei.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Usaha memperkasakan jaringan keselamatan sosial untuk warga emas mungkin akan mengambil masa beberapa tahun untuk dimantapkan. Maka kami cadangkan bahawa proses ini dimulakan tahun ini juga dengan melaksanakan program-program berikut;
- Skim pension warga emas – syor kami adalah bayaran pencen RM500 sebulan untuk mereka yang berumur 65 ke atas dan tidak menerima sebarang pencen
- Meningkatkan secara berperengkat, bajet Kementerian Kesihatan dari 2.3% keluaran kasar dalam negara (KDNK) ke 5% dalam jangka masa lima tahun akan datang, agar lebih banyak kemudahan dapat disediakan kepada rakyat termasuk warga emas
- Memantapkan pelan tindakan warga emas negara melalui dialog dengan kumpulan NGO dan rakyat umum
PSM telah memohon menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat membentangkan ketiga-tiga cadangan ini di mesyuarat jemaah menteri supaya cadangan-cadangan tersebut dapat disertakan dalam Belanjawan 2024. – PSM
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme