Home Web Specials Pemimpin Pas tidak berprinsip

Pemimpin Pas tidak berprinsip

FREE MALAYSIA TODAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Saya amat hairan dengan sikap ahli jawatankuasa pusat Pas, Mohd Khairuddin Aman Razali, yang memberi gambaran bahawa Pas akan kekal menjadi perantara buat Bersatu dan Umno yang kelihatan berseteru sejak sekian lama.

Mengikut beliau, “Pas sentiasa menjadi pendamai sebab itulah Pas tidak pernah serang Umno.

“Hanya sedikit cubit-cubit sayang terhadap presiden Umno yang menggerakkan usaha menarik sokongan (terhadap PN), itu sajalah,” katanya pada sidang media di Serdang, Selangor.

Kenyataan ini memang bercanggah dengan kenyataan presiden Pas Hadi Awang yang mengkritik pemimpin yang ingin menjatuhkan [bekas] Perdana Menteri Mahiaddin Yasin sebagai gila kuasa

Umum mengetahui Umno yang merupakan rakan Pas dalam Muafakat Nasional, menjadi dalang utama menyebabkan majoriti Perikatan Nasional kurang di Parlimen baru-baru ini.

Ini jelas menunjukkan bahawa parti Pas tidak berprinsip kerana mereka akan berada di mana adanya kuasa. Menggunakan perkataan seperti ‘cubit’ hanya menghina pemikiran rakyat Malaysia.

Perpaduan Melayu dan Islam adalah slogan yang diguna untuk mengaburi mata rakyat daripada sikap sebenar pemimpin Pas yang tidak berprinsip.

Dalam keadaan sekarang ketika negara dijangkiti pandemik Covid, apa yang diperlukan oleh rakyat ialah pemimpin yang berwibawa, bersih dari korupsi dan beramanah, dan mempunyai pemikiran yang luas dan berilmu untuk memimpin negara.

Kita memerlukan menteri kabinet yang tahu-menahu tentang polisi kesihatan, buruh, globalisasi dan ekonomi sejagat untuk bersaing di mata dunia.

Menteri Pas dalam Perikatan Nasional memang tidak mempunyai ilmu yang sedemikian sekiranya prestasi menteri kabinet Pas dihalusi sejak Perikatan Nasional mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Pakatan Harapan.

Diharapkan dengan peletakan jawatan Mahiaddin, politik yang berprinsip dan tidak oportunis akan muncul di Malaysia. – The Malaysian Insight, 15 August 2021

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x