Oleh Ammar Syabil Mohammad Azam
Keputusan jemaah menteri untuk mempersetujui cadangan memisahkan fungsi peguam negara dan pendakwa raya wajar dipuji demi ke arah reformasi institusi.
Langkah ini amat penting kerana kes rasuah yang didakwa seringkali terlepas tanpa penjelasan yang kukuh meskipun berdasarkan lunas undang-undang yang sedia ada.
Ini mengakibat pembinaan persepsi dalam kalangan rakyat bahawa terdapat campur tangan politik atau conflict of interest terhadap keputusan peguam negara dalam proses pendakwaan.
Justeru, ini adalah langkah yang baik dalam mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam menangani budaya rasuah. Perkara ini menghormati prinsip pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan menghapuskan konsolidasi kuasa ke atas peguam negara dalam keputusan pendakwaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kendatipun begitu, wajar ditegaskan bahawa reformasi institusi yang komprehensif hanya boleh direalisasikan dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menjadi badan yang bebas daripada bidang kuasa pejabat perdana menteri.
Ini kerana proses pendakwaan yang bebas bergantung pada kebebasan dan kekuatan badan siasatan. Sekiranya badan siasatan terbuka untuk dipengaruhi kepentingan politik, ini membuka risiko untuk badan siasatan membawa kes yang lemah dan kegagalan untuk mendakwa sesetengah individu atas faktor risiko dipengaruhi kepentingan politik. Ini berpotensi untuk menjadikan pemisahan fungsi ini untuk hilang maknanya.
Oleh itu, adalah diharapkan agar kerajaan “Madani” kekal konsisten dengan langkah reformasi institusi ini secara berfasa dan berjaya dilihat sebagai kerajaan yang kompeten dalam menghapuskan budaya rasuah secara sistemik.
Ammar Syabil Mohammad Azam ialah pengarah komunikasi Angkatan Muda Keadilan, Negeri Sembilan.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











