Peruntukan pembangunan kawasan menjadi bahagian penting dalam budaya politik kita di mana wakil rakyat dianggap bertanggungjawab secara langsung untuk memberikan bantuan segera kepada rakyat di kawasan mereka.
Namun peruntukan ini pula sering diberi dengan tempang apabila wakil rakyat mesra kerajaan menerima lebih banyak daripada pembangkang, malah ada kalanya pembangkang langsung tidak menerima sebarang peruntukan.
Peruntukan ini juga dijadikan alasan untuk beberapa wakil rakyat melompat parti kerana bimbang rakyat di kawasan mereka akan terjejas sekiranya peruntukan disekat.
Malah baru-baru ini, Memorandum Persefahaman antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan juga hanya merangkumi peruntukan ini kepada wakil rakyat PH dan wakil rakyat dalam kerajaan sahaja.
Saksikan wacana Bersih yang membincangkan peruntukan kawasan yang kontroversi ini daripada ahli panel daripada sudut pandang barisan pembangkang dan juga kerajaan.
Ahli panel:
- Teo Nie Ching, DAP
- Noor Amin Ahmad, PKR
- Lukanisman Awang Sauni, PBB, Gabungan Parti Sarawak
- Rina Jainal, Warisan
- Zila Fawzi, COO, Wisdom Foundation
Moderator: Ngeow Chow Ying, bendahari, Bersih 2.0
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.