Azhar merupakan seorang pesawah berasal dari Alor Pongsu, sebuah pekan kecil di utara Perak yang dikelilingi sawah padi.
Eksploitasi harga benih padi sah yang mahal dan kualiti yang teruk yang berlaku hampir setiap kali tiba musim menanam mengecewakan beliau.
Azhar mengurangkan kebergantungan terhadap benih komersial dengan memproses benih padinya sendiri di rumah yang merupakan ilmu pertanian tradisional yang semakin lama ditinggalkan sejak penghasilan benih secara komersial digalakkan kerajaan.
Marah dan tertekan dengan tekanan pendapatan yang semakin berkurangan serta kos yang semakin meningkat serta tuduhan yang mengatakan petani malas dan tidak berpengetahuan, Azhar berazam untuk menuntut keadilan dan melakukan perubahan terhadap nasib pesawah seperti beliau bersama-sama dengan sahabat-sabahat beliau.
Produced by: FreedomFilmFest
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme