Home Web Specials Pinda Perlembagaan Persekutuan bagi mendukung kesetaraan gender dengan jelas

Pinda Perlembagaan Persekutuan bagi mendukung kesetaraan gender dengan jelas

Kita perlu berganjak dari hanya mengikut perundangan dan mula menghargai peri-pentingnya untuk memperakui kesetaraan gender

GERALT/PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Hanya pada September tahun lalu Aliran mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kanak-kanak yang lahir di luar negara kepada ibu berkerakyatan Malaysia dengan pasangan asingnya layak untuk menerima kewarganegaraan Malaysia.

Sebelum keputusan Mahkamah Tinggi yang penting ini, hanya kanak-kanak yang lahir di luar negara kepada bapa berkerakyatan Malaysia dengan pasangan asingnya yang layak menerima kewarganegaraan Malaysia.

Pendukung dan penyokong bagi keputusan mahkamah ini dengan penuh semangat mencabar diskriminasi yang secara terang-terangan terhadap wanita.

Hakim Mahkamat Tinggi memutuskan bahawa Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan tentang kesetaraan melarang diskriminasi berdasarkan gender, justeru perkataan bapa di dalam Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(b) juga patut memasukkan ibu, dan anak-anak mereka juga berhak mendapat kewarganegaraan mengikut lunas perundangan.

Namun langit tidak selalu cerah. Mahkamah Rayuan, di dalam keputusan majoritinya pada 5 Ogos 2022, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Yang pasti, perkara ini tidak akan berlaku jika kerajaan menerima kebijakan keputusan Mahkamah Tinggi dan mengikut desakan begitu ramai warga serta kelompok masyarakat sivil, termasuklah Family Frontiers, untuk tidak merayu keputusan di peringkat Mahkamah Tinggi.

Namun, apa yang terjadi telah pun terjadi. Kita perlu menghormati proses mahkamah dan menantikan rayuan akhir kepada Mahkamah Persekutuan bagi meninjau semula keputusan Mahkamah Rayuan nanti.

Keputusan majoriti yang dibuat oleh dua daripada tiga hakim Mahkamah Rayuan adalah bahawa perkataan bapa di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(b) tidak boleh merangkumi kepada ibu. Di dalam keputusan mereka, hakim menyatakan bahawa hanya Parlimen dapat mentafsir semula Perlembagaan bagi pindaan sebegini.

Satu-satunya keputusan berlawanan pula membahaskan bahawa dengan hanya memperakui bapa adalah sebuah diskriminasi secara terang-terangan, seperti menunjukkan bahawa “susur galur dari ibu ‘tidak bermakna’ berbanding susur-galur bapa”.

READ MORE:  The fight against statelessness: Suhakam stands firm

Letakkan ke tepi perbahasan perundangan, ia adalah penting untuk kita tidak hanya melihat perbahasan ini seputar perundangan dan mula menghargai kepentingan bagi memperakui kesetaraan gender dan melawan pendiskriminasian terhadap wanita.

Di dalam hal ini, Aliran menyokong panggilan beberapa pihak yang mendesak para ahli parlimen untuk membetulkan keadaan ini dengan meminda seksyen yang relevan dengan Perlembagaan bagi  mengetepikan sebarang kesamaran dan salah tafsir yang ada supaya ibu warga Malaysia akan mempunyai hak setara seperti bapa warga Malaysia.

Langkah ini sekali gus konsisten dengan konsep “keluarga Malaysia” yang dijuarakan oleh kerajaan hari ini.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
7 Ogos 2022
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x