Apa gunanya terus menyorok di bawah timbunan pasir sedangkan kebenaran telah diketahui umum, ujar WH Cheng.
Merujuk kepada suatu artikel dalam akhbar theStar baru-baru ini yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetap merupakan sebuah kerajaan pintu hadapan walauapajua dakwaan orang ramai yang mengatakan sebaliknya.
Sebagai memperingati penulis tersebut mengenai kedudukan kerajaan Perikatan Nasional sekarang, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin langsung tidak mendapatkan mandat daripada rakyat jelata bagi menjadikannya sebuah kerajaan yang sah dari segi etika, moral dan demokrasi.
In adalah kerana kerajaan PN terbentuk apabila satu puak dalam Bersatu beserta dengan 11 ahli Parlimen daripada PKR yang telah mengambil keputusan untuk berpaling tadah dan meninggalkan kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Sejurus daripada tindakan Bersatu dan 11 ahli parlimen PKR yang berpaling tadah, Umno dan Pas – yang kalah di dalam pilihanraya umum yang lalu – mengambil kesempatan untuk cuba menggabungkan diri mereka dengan Bersatu dan 11 ahli Parlimen tersebut serta memperoleh sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak bagi membentuk sebuah kerajaan baru yang diberi nama PN.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ini bermakna kerajaan PN ini terbentuk hasil daripada paling tadah beberapa pihak yang telah diambil kesempatan oleh Umno dan Pas untuk sama-sama memperoleh kuasa semula setelah gagal mendapat mandat dalam pilihan raya umum yang lalu.
Ini yang disebut kerajaan pintu belakang kerana ianya tidak mendapat mandat daripada rakyat melalui pilihanraya umum yang lalu, sebaliknya dapat menjadi kerajaan melalui satu siri rampasan kuasa terancang.
Ini dilakukan dengan mengambil kesempatan ke atas pengkhianatan Bersatu dan 11 ahli Parlimen terhadap kerajaan PH serta perletakkan jawatan oleh Dr Mahathir Mohamad pada masa itu. Penulis tersebut tidak seharusnya menafikan keadaan tersebut.
PH membentuk kerajaan baru pada 10 Mei 2018 setelah mendapat mandat daripada rakyat jelata yang memberikan kemenangan kepadanya dalam pilihanraya umum tersebut.
Selain daripada itu, penulis ada juga cuba menggambarkan keadaan politik di Britain sewaktu perdana menterinya David Cameron hendak meletakkan jawatannya, dan partinya Konservatif telah memilih seorang lagi pemimpin, Theresa May, untuk menggantikannya.
Ingin kami tegaskan bahawa, sewaktu David Cameron meletakkan jawatannya, Parti Buruh tidak mengambil kesempatan daripada keadaan tersebut untuk cuba “merampas kuasa” dengan bekerjasama dengan Parti Liberal Demokrat. Merana mereka tahu bahawa perbuatan tersebut adalah merupakan suatu tindakan yang tidak beretika dan tiada moral.
Tambahan pula, di Britain, parti yang memerintah, iaitu Konservatif, bukannya sebuah gabungan parti-parti politik yang berlainan sebaliknya sebuah parti tunggal. Begitu juga dengan di sebelah pembangkang, Parti Buruh, juga merupakan sebuah parti tunggal dan bukannya suatu gabungan parti-parti yang belainan.
Oleh itu, penulis dalam theStar tersebut tidak boleh mengambil pengalaman di Britain itu untuk disamakan dengan apa yang berlaku di negara kita ini. Kedua-dua kerajaan dan pihak pembangkang di sini adalah dibentuk melalui penggabungan parti-parti politik kerana tidak ada sebuah parti pun di negara ini yang boleh menjadi sebuah parti tunggal untuk memenangi dan menjadi kerajaan dengan sendiri.
Mengenai perletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum ini, jika sekiranya Umno, Pas, Bersatu dan GPS bermoral dan beretika dari segi politik pada ketika itu, mereka akan membiarkan PH mencari ataupun mencadangkan seorang pemimpin bagi menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri yang baru bagi membolehkan PH menghabiskan tempoh penggalnya sebagai kerajaan minoriti meskipun PH telah berkurangan jumlahnya.
Akan tetapi, Umno, Pas dan GPS memutuskan untuk mengketepikan soal etika, moral dan demokrasi dan mengambil kesempatan merampas kuasa apabila Bersatu dan 11 ahli Parlimen PKR mengkhianati PH dengan cuba membentuk suatu gabungan baru dengan mendapat satu majoriti mudah yang alternatif.
Ingin kami tegaskan bahawa Bersatu dan 11 ahli Parlimen yang berpaling tadah itu bukan sahaja mengkhianati PH, bahkan mengkhianati demokrasi dan mandat rakyat yang telah bersungguh-sungguh menyokong dan mengundi mereka melalui tiket Pakatan Harapan pada pilihanraya umum yang lalu.
Oleh yang demikian, pengkhianatan Bersatu dan 11 ahli Parlimen tersebut terhadap Malaysia Baru sememangnya tidak dapat dinafikan kerana mereka telah bergabung dengan blok yang ditolak rakyat jelata dalam pilihanraya umum yang lalu untuk membentuk suatu kerajaan yang tidak ada undi sokongan daripada rakyat.
Sejurus daripada itu, kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini tetap dianggap kerajaan pintu belakang atau dalam bahasa Inggeris “backdoor government”.
Apa gunanya terus menyorok dan menafi di bawah timbunan pasir sedangkan kebenaran telah diketahui umum.
Sumber: inter-researchstudies.blogspot.com
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Kerajaan PN bukan kerajaan pintu belakang dan bukan rampasan kuasa karena
1, PN di persetujui dan di piluh YDPA.
2, YDPA melantik secara langsung.
3, T Mahathir sendiri letak jawatan tanpa paksaan.
4, TSMuhyudin dapat sokongan majoriti.
5, Negara dalam bahaya di perintah PH.
6, Kebangkitan umat melayu islam .
dan lain lain.
Start to get everyone of different categories u can n show how to move towards GE 15 .Right time to start now n share your objevtives ,ideas n ways how to plan n work towards it.