Home Web Specials Reformasi Anwar dan sokongan Melayu

Reformasi Anwar dan sokongan Melayu

Rakyat mahukan perubahan corak politik daripada pemimpin yang dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat melalui perancangan dan tindakan mereka

Photo finish: Anwar Ibrahim became PM after a post-election cliff-hanger - ANWAR IBRAHIM OFFICIAL/FACEBOOK

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Oleh Charles Chia

Anwar Ibrahim, ikon Reformasi.

Reformasi telah dipicu ketika peristiwa Dr Mahathir Mohamad menghumbankan Anwar Ibrahim ke dalam penjara dalam tahun 1998.

Di dalam pilihan raya umum selepas peristiwa itu, walaupun Mahathir mampu mempertahankan kerajaan di bawah pimpinannya, Umno telah gagal memenangi separuh sokongan Melayu. Benar Anwar dipenjarakan namun sokongan untuk Anwar menunjukkan peningkatan.

Di dalam pilihan raya umum yang baru melabuhkan tirai, Pakatan Harapan  yang dipimpin oleh Anwar telah memenangi kebanyakan kerusi tetapi undi Melayu telah berkurangan kepada sekitar lebih 10% (merujuk kepada anggaran tidak rasmi).

Mengapa? Apa berlaku? Apakah ini penunjuk kepada kaum Melayu menolak reformasi oleh Anwar?

Kaum Melayu telah dikaburkan oleh Umno

Keputusan pilihan raya umum baru-baru ini telah mengejutkan ramai pakar politik. Umno telah disifatkan melalui kempen paling teruk dalam sejarahnya. Ia adalah bencana kekalahan untuk Umno.

Adalah pasti berlakunya trend kaum Melayu tidak menyokong Umno yang membawa kepada kekalahan Umno-Barisan Nasional di dalam pilihan raya umum 2018.

Kaum Melayu tidak ingin lagi hadap korupsi dan salah guna kuasa rejim Najib Razak.

Kemudiannya, parti Pas, yang pernah dipinggirkan, muncul disokongi ramai dengan memenangi 49 kerusi parlimen, hampir tiga kali ganda peningkatan. Bersatu juga mendapat manfaat walaupun pada tahap yang berkurangan.

Ini isyarat yang tidak diragukan – bahawa kaum Melayu telah hilang kepercayaan pada Umno. Jenayah gergasi 1MDB terlalu mengecewakan ramai walaupun cuba dikaburi dengan perkara lain seperti Umno sebagai pelindung dan wira kepada kaum Melayu.

Apakah kaum Melayu menerima agenda Islamik Pas?

Apakah ini indikator kaum Melayu mahukan negara Islam yang dicanang oleh Pas?

Menurut hemat saya, ini adalah suatu kesan sampingan. Secara rawaknya, seorang Melayu cenderung untuk tidak selesa dengan Pakatan Harapan. Kaum Melayu tertanya-tanya: adakah kaum Melayu akan hilang kuasa? Adakah nanti bumi dipijak milik orang?

Tentunya naratif ini adalah palsu semata-mata, namun inilah yang termudah ‘dibeli’ terutama para pengundi baru. Lebih-lebih lagi ditambahkan kebimbangan ‘tanggungjawab mempertahan Islam’ ataupun ‘pertahankan kepimpinan ulama’.

Undi sementara untuk Pas dan Bersatu

Ramai kaum Melayu tidak berniat untuk mengundi Perikatan Nasional tetapi untuk kadar sementara, undi mereka adalah kepada Pas dan Bersatu di waktu menunggu kemunculan parti Melayu yang lebih baik, misalnya Umno yang dirombak.

READ MORE:  Opposition's divisive racial-religious agenda could erode investor confidence

Apakah mampu ‘kerajaan perpaduan’ yang diterajui oleh Anwar menjadi alternatif?

Rombakan atau reformasi atau perubahan bukanlah suatu kejanggalan untuk kaum Melayu. Kaum Melayu tidak menolak perubahan. Penolakan kepada Umno tidak lebih sebagai suatu rebel atau pemberontakan. Sekali lagi, kaum Melayu tidak asing dengan rombakan atau reformasi atau perubahan.

Lebih sesuai untuk ditimbulkan di sini ialah: Apakah jenis perubahan? Siapa yang mendapat faedah? Pemimpin mana harus diberikan kepercayaan?

Pelaksanaan DEB yang tersasar

Kaum Melayu di persimpangan jalan. Kaum Melayu menyaksikan pembangunan modenisasi yang pesat, terima kasih kepada Dasar Ekonomi Baru. Namun pada waktu sama, juga menyaksikan jurang ekonomi yang besar antara yang kurang berkemampuan dan yang kaya berlaku di dalam kaum Melayu sendiri kerana pelaksanaan DEB yang tidak mengenai sasarannya.

Setelah separuh abad usia DEB, terdapat ramai Melayu di kawasan luar bandar dan dalam bandar masih berhempas pulas untuk menyara kehidupan, sedangkan, ada orang Melayu yang mempunyai jaringan politik menggandakan kekayaan di bawah DEB. Manakala, peringkat terbawah di dalam isi rumah pertengahan 40% tergelincir kepada kategori yang lebih bawah.

Ketidakadilan sosial inilah yang menyemarakkan Reformasi tahun 1998. Pemecatan Anwar dan terpenjara Anwar seperti menambah minyak di dalam api yang sedang marak.

Keputusan pelbagai untuk PKR

Adalah aneh PKR sebagai sebuah parti yang berbilang kaum yang dijanakan oleh agenda Reformasi, telah menghadapi pengurangan sokongan kaum Melayu. Sebaliknya lebih banyak etnik-etnik minoriti tampil menyokong PKR atau PH dengan jenama berbilang kaumnya.

Seperti kaum Melayu menolak Umno, kaum atau etnik minoriti yang lain juga menolak sekutu-sekutu Umno, iaitu MCA dan MIC, dan menyokong DAP.

Bercanggah dengan propaganda Umno, Bersatu dan Pas, kaum minoriti lain tidak pun menentang hak dan keistimewaan kaum Melayu. Kaum-kaum ini memberi laluan kepada hajat kaum Melayu untuk meningkatkan taraf sosioekonomi Melayu. Apa yang ditentangi kaum minoriti adalah korupsi, salah guna kuasa, pembaziran dan kebocoran hasil daripada kerajaan yang dominasi kaum Melayu yang terdahulu.

Sokong lebihan oleh kaum atau etnik minoriti terhapan PH telah menambah kebimbangan kaum Melayu kepada PH. Ringkasnya, faktor identiti masih wujud dan harus diberi perhatian oleh pentadbiran baru ini.

READ MORE:  Azam Baki’s term extension: A sign of MACC’s persistent institutional flaws - C4

Tumpuan PKR dan Amanah

PH telah menumpukan sokongan dari kaum minoriti etnik ke tahap puncak. Perkara pedih kini ialah tanpa sokongan lebih dari kaum Melayu, kerajaan menjadi sukar ditubuhkan. Menjadi suatu kesegeraan kepada PKR dan Amanah yang di dalam PH untuk mendapatkan lebih sokongan Melayu.

Melihat realiti

Apakah kaum Melayu akan tergelincir kepada memilih negara Islam? Kata hati saya, situasi itu mungkin berlaku kepada sebilangan orang Melayu tetapi tanpa sebab kukuh, ramai orang Melayu faham ianya mustahil berlaku di dalam Malaysia yang berbilang kaum ini.

Sekiranya kita tidak bernasib baik dan kuasa pentadbiran melayang kepada PN, kemungkinan hanya kepentingan Melayu-Islam yang akan ditonjolkan, tanpa perwakilan daripada ahli parlimen dari kalangan etnik minoriti. Tiada siapa akan tahu apa yang berlaku kepada negara. Masyarakat dalam negara dan antarabangsa pasti akan menolak pentadbiran sebegini.

Realiti politi atau pentadbiran di Malaysia ialah tiada suatu kaum pun yang boleh mentadbir tanpa menghiraukan kaum atau etnik atau kumpulan lain; malah tidak realistik untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Lebih segera kita bersandar atau realisasi kepada realiti ini adalah lebih elok.

Malah, realisasi ini seiringan dengan ideologi yang dibawakan oleh Anwar. Anwar telah menggenggam erat realiti ini sejak mula-mula pertubuhan PKR. Sebagai seorang perdana menteri yang pertama muncul daripada parti berbilang bangsa, beliau bakal melakukan perubahan. Mereka yang berkongsi cita-cita yang sama harus menyokong beliau.

Adakah kaum Melayu mahukan perubahan?

Ya! Pasti kaum Melayu mahu!

Ketuanan rakyat yang dipopularkan oleh Anwar, telah menjadi sebutan. Anwar menggembleng usaha membantu yang kurang berkemampuan, tanpa mengira kaum. Pentadbiran Anwar ini adalah berdasarkan keperluan bukannya berdasarkan kaum – ini pentadbiran yang mengambil berat rakyat.

Golongan yang paling perlukan bantuan, Anwar berkata, termasuk etnik India dan Orang Asli. Beliau sedang menangani isu kos sara hidup yang melambung tinggi, yang dialami oleh semua kaum etnik.

Adalah molek sekiranya sistem meritokrasi diperkenalkan di dalam kaum Melayu. Sekiranya perlu, dihadiahkan intensif untuk kaum ini bekerja bersama dengan syarikat-syarikat kaum lain yang sudah maju.

Kekangan cadangan tidaklah wujud. Tapi yang berkurangan ialah kehendak politik (political will) dan kepimpinan. Dengan ‘kerajaan perpaduan’ yang bersemangat dan dipimpin oleh Anwar dan disokong oleh reformis dari PH, kita sedang menuju perubahan. Kita harus meningkatkan kesedaran rakyat kepada perubahan ini.

READ MORE:  Should Malaysians continue to support the 'unity government'?

Mungkin ada yang mengatakan bahawa melihat kepada sensitiviti kaum Melayu, perubahan tidak harus dijalankan.

Saya tidak bersetuju. Kerana selagi hak dan kedudukan istimewa orang Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak disentuh, rakan-rakan kaum Melayu terus mahukan dan menerima perubahan.

Di dalam strukturnya, ‘kerajaan perpaduan’ tidaklah serupa dengan BN, yang memerintah selama enam dekad dan berleluasa disokong oleh kaum Melayu. Ia adalah suatu keharusan di dalam negara ini mempunyai kerajaan majoriti Melayu, yang juga terdiri daripada wakil kaum-kaum minoriti yang lain yang menonjolkan komposisi sosial pelbagai kaum di negara kita.

Struktur pentadbiran Anwar mungkin ternampak persamaan tetapi hala tuju yang berbeza. Ianya mengandungi kepentingan segenap rakyat, terutama yang kurang berkemampuan, berbanding ahli politik atau kroni mereka atau keluarga mereka.

Bermula majlis angkat sumpah Anwar Ibrahim, beberapa langkah-langkah rombakan atau reformasi atau perubahan telah diperkenalkan. Kita sangat berharap langkah-langkah ini akan membuahkan hasil segera. Segenap lapisan sedang menantikan dengan harapan dan debaran.

‘Kerajaan perpaduan’ ini tiada masa berehat. Mereka bertanggungjawab kepada rakyat yang meletakkan mereka di koridor-koridor di Putrajaya. Melihat adalah mempercayai. Kita rakyat mahukan perubahan corak politik daripada pemimpin yang dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat melalui perancangan dan tindakan mereka.

Alangkah indahnya sekiranya setiap insan di Malaysia, tua atau muda, menjiwai prinsip di dalam Rukun Negara – di dalam negara dan di dalam hati. Dan supaya tidak dilupakan, laungkan juga cita-cita Rukun Negara berikut:

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Charles Chia adalah ahli Monsoons Malaysia

Rencana asal, yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, telah diterbit di My Sin Chew

Terjemahan untuk Aliran oleh: Mohd Fadzly Md Zainol

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x