Home Web Specials 2009 Web Specials MP explains why he can’t support Najib’s Budget

MP explains why he can’t support Najib’s Budget

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sungai Siput MP Dr Jeyakumar Devaraj explains in Parliament why he is worried about the Budget’s neo-liberal trend, including the ongoing shift towards regressive taxation and another round of ‘liberalisation’ and privatisation.  

 

Terimakasih Tan Sri Yang Di Pertua

Saya amat kecewa dengan Belanjawan yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana menteri pada Jumaat 23hb Oktober 2009 kerana walaupun Perdana Menteri berkata Kerajaan prihatin pada rakyat dan slogannya adalah “rakyat didahulukan”,  malangnya Belanjawan ini mengandungi  beberapa dasar makro yang tentu akan memberi tekanan yang teruk pada rakyat kita.

Suatu antara dasar yang akan memudaratkan rakyat biasa ia-lah polisi bergantung pada FDI (Pelabur asing) untuk menjana perkembangan ekonomi kita. Marilah kita bersama-sama menganalisa perkara ini

Bagaimanakah kita boleh menarik lebih banyak FDI ke Malaysia? Bagaimana kita dapat menangani persaingan hebat antara negara-negara di rantau ini untuk pelabur asing.  Untuk berjaya dalam persaingan untuk FDI dan pelabur asing, kerajaan Malaysia telah melaksanakan tiga perkara untuk menjamin pelabur asing dapat untung lumayan dari investment mereka di Malaysia.

Satu adalah gaji rendah untuk pekerja di Malaysia

Yang kedua adalah langkah-langkah untuk memperlemahkan kesatuan kestuan pekerja.

Dan yang ketiga adalah untuk memastikan undang-undang perhubungan perusahaan dilonggarkan atau tidak dikuatkuasakan   

Mengikut dasar ini, kerajaaan kita telah membawa masuk lebih daripada 3 juta pekerja asing supaya gaji pekerja biasa di Malaysia terus ditekan ke tahap rendah. Pada masa ini pendapatan bulanan pekerja kilang di Sg Siput hanya RM 50 sebulan – jika ta buat overtime. Ini bukan suatu gaji yang boleh menanggung keperluan sesebuah keluarga. Ini lebih merupakan pocket money sahja. Tetapi kita mengkekalkan gaji rendah kerana mahu mesra pada pelabur asing. Keraajan kita enggan membawa suatu akta gaji minima.

Suatu lagi pendekatan yang telah pun diambil oleh kerajaan kita untuk menarik lebih banyak FDI adalah usaha untuk mengurangkan perlindungan yang wujud untuk para pekerja kita. Undang-undang yang memberi perlindungan pada para pekerja telah dan sedang dilonggarkan. Umpamanya Seksyen 30 dalam Akta Perhubungan Perusahaan berkaitan ganti rugi untuk seorang pekerja yang dibuang kerja telah diubah. Dulu seorang pekerja yang dimangsakan dan dibuang kerja berhak dapat bayaran ganti rugi untuk tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan perbicaraan kes beliau. Jika ini ambil enam tahun pekerja diberi pampasan untuk tempoh enam tahun. Tetapi dengan perubahan baru tempoh 24 bulan telah ditetapkan sebagai tempoh maxima untuk tuntutan ganti rugi pekerja yang dibuang kerja walaupun dia dapat membuktikan di mahkamah bahawa beliau telah dimangsakan.

Perubahan Seksyen 30 telah menjadikannya lebih senang untuk para majikan menghakis pemimpin-pemimpin pekerja yang berani mengemukakan masalah pekerja. Oleh ini kekuatan kesatuan pekerja telah dikurangkan

Keengganan Menteri Sunber Manusia untuk merujuk kes ke Mahkamah Perusahaan merupakan suatu lagi langkah yang diambil untuk mematahkan usaha pekerja kita untuk keadilan di tempat kerja. Pada masa ini hampir 75 peratus dari semua kes yang dirujuk kepada Menteri Sumber Manusia tidak dibenarkan dibawa ke Mahakamah Perusahaan

Inilah antara langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan kita dalam usaha mereka menarik lebih banyak FDI ke negara kita. Tuan Yg Di Pertua, kesimpulannya –  kerajaan kita sedang menggadaikan kebajikan pekerja kita dalam usaha untuk menarik pelabur asing ke Malaysia.

READ MORE:  Has Mahathir's privatisation agenda failed the nation?

Inilah sebabnya saya terasa kecewa Tuan Yg Dipertua. Slogan nya sedap. Sebagai seorang sosialis saya juga suka dengar slogan seperti ini. “Rakyat didahulukan”. Tetapi cakap ta serupa bikin. Apa yang nak dibikin ini akan menyusahkan rakyat biasa di Negara kita.

Satu lagi kaedah yang dipakai oleh kerajaan kita untuk menarik FDI ke Malaysia adalah untuk meliberalisasikan ekonomi kita.

Tuan Yg Di Pertua, saya terima bahawa liberalisasikan ekonomi boleh menjana pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi kesannya bukan seragam untuk keseluruhan rakyat negara. Lapisan atasan akan menikmati kebaikannya manakala lapisan-lapisan sederhana dan miskin akan menghadapi  kesulitan akibat polisi meliberalisasikan ekonomi.

Segelintir orang yang berpelajaran mungkin akan dapat kerja dengan gaji dan terma yang baik dengan syarikat asing yang datang melabur di Malaysia. Segelintir syarikat yang ada connection baik mungkin akan dapat beruntung oleh kerana penjanaan ekonomi yang dibawa oleh polisi liberalisasi. Tetapi lapisan masyarakat yang berbendapatan rendah dan sederhana akan mengalami kemerosotan dalam kualiti hidup mereka.

Tuan Yg Di Pertua, izinkan saya sentuh beberapa perkara spesifik dalam Belanjawan 2010 untuk menghuraikan mengapa saya berkata rakyat akan dirugikan oleh dasar liberalisasi yang terkandung dalam belanjawan ini.

Suatu antaranya adalah polisi pelancongan kesihatan

– Kita semua tahu 70 peratus daripada rakyat kita masih pergi ke hosp kerajaan untuk rawatan in-patient.

– Kita juga sedar bahawa brain drain adalah antara masalah yang serius untuk hospital-hospital awam kita. Hanya tertinggal 30 peratus daripada doctor pakar di hosp-hospital kerajaan

– Kita juga sedar bahawa suatu masalah pokok di hospital-hospital kerajaan adalah kekurangan pakar perubatan

– Bolehkah sesiapa nafikan bahawa perkembangan pelancongan kesihatan akan menjana pertumbuhan hospital swasta, dan ini akan mempercepatkan penghijarahan doctor pakar daripada awam ke swasta.

Tetapi ini yang ingin dilakukan oleh kerajaan kita.

Polisi pelancongan kesihatan mendahulukan kepentingan siapa Tuan Yg Di Pertua? Rakyat di dahulukan ataupun GLC-GLC yang mengendalikan hospital-hospital swasta?

Isu yang kedua adalah dasar penswastaan. Perdana Menteri kita telah menyatakan dalam belanjawan bahawa “kerajaan akan mengurangkan secara beransur-ansur penglibatannya dalam aktiviti ekonomi yang bersaing dengan sector swasta. Kerajaan akan menswastakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan agensi kerajaan yang berdaya maju”.

Saya ingin memperingatkan Dewan ini bahawa Institut Jantung Negara juga salah suatu syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berdaya maju. Walaupun nama-nama syarikat yang akan diswastakan di bawah polisi ini tidak dinyatakan, kita tidak boleh lupa bahawa tahun lalu IJN hampir diswastakan kepada Sime Darby secara-cara tergesa-gesa. Sime Darby sekarang mempunyai hospital swasta dengan unit cardiology yang terbesar di sector swasta. Jika Sime Darby dapat menguasai unit cardiology terbesar dan terbaik di sector awam juga, cantik sangat keadaan Sime Darby – monopoli dalam bidang cardiology.

Jika ini berlaku kepentingan siapa didahulukan? Rakyat biasa ataupun Sime Darby? Kepentingan Yang Berhormat yang berada di sini juga terjejas sekiranya penswastaan IJN berlaku apalagi pengundi biasa kita?

Perkara ketiga yang saya ingin sentuh adalah regim cukai negara kita. Dalam Belanjawan 2010, cukai terhadap individu yang kaya telah dikurangkan 1 peratus ke 26 peratus. Mungkin orang ramai akan ingat 1 peratus sahaja. Bukan masalah yang besar.

READ MORE:  Pastikan ketelusan data dalam Belanjawan, bukan greenwashing - Greenpeace Malaysia (Malay/English)

Tetapi kita mesti menyedari bahawa kadar cukai terhadap lapisan kaya dan kaum korporat telah diturunkan beransur-ansur dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Pada tahun 1988, cukai syarikat adalah 40 peratus. Sekarang hanya 26 peratus sahaja.

Tuan Yg Pertua, sesebuah kerajaan memerlukan pendapatan untuk menguruskan pentadbiran negara, pembekalan kemudahan asas untuk rakyat dan sebagainya. Persoalannya adalah – dari manakah dana perbelanjaan ini? Daripada lapisan kaya dan kaum korporat ataupun diperas daripada rakyat biasa?

Dasar kerajaan kita untuk bermesra pada kaum korporat ataupun untuk terus “business friendly” telah melahirkan strategi memindahkan beban cukai daripada lapisan kaya kepada rakyat biasa. Strategi ini sedang dilaksanakan – 40 peratus ke 26 peratus.

Dalam Belanjawan 2010 Perdana Menteri telah berkata “Kerajaan adalah dalam peringkat akhir kajian perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)”

Izinkan saya merujuk pada anggapan jurucakap lapisan kaya. Ini dipetikkan daripada m/s 9 Biznews pada 29/10/09. Saya baca

“The Goods and Services Tax will stabilise the government’s finances in the long run says Ernest & Young. XX, one of its partners suggested that the strategy would be to start low and pull up the rate every few years. As in most countries with the GST in place, a reduction in corporate and personal tax will follow suit he said.”

Kepentingan siapa didahulukan dalam perkara ini, Tuan Yg di Pertua? Rakyat biasa atau pun lapisan kaya. Tetapi slogan cantik bukan?

Tuan Yg Di Pertua pengalaman Negara-negara lain yang memeluk pendekatan meliberalisasikan ekonomi menunjukkan dengan jelas bahawa polisi-polisi neoliberal akan

– membawa kemerosotan dalam pendapatan dan taraf hidup untuk 60 peratus rakyat dalam masyarakat itu

– merosotkan Gini coefficient negara itu. Pengagihan pendapatan negara akan menjadi lebih tidak adil.

– menjejaskan kestabilan bekalan dan harga barangan keperluan asas termasuk bahan makanan

Dan 20 peratus yang termiskin akan mengalami kesan yang teruk sekali.  

Tuan Yg Di Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada suatu article bertajuk “India Story is back as foreign money pours in” yang terkandung di New Straits Times pada 19 Oktober 2009. Izinkan saya membaca beberapa keratan daripada article ini.

“Foreign investors have been racing to put their money in Asia’s third-largest economy drawn by a slew of upbeat economic indicators.

The benchmark Sensex index is already up nearly 80 per cent so far this year – ranking it among the top 10 performers globally – as foreign investors have pumped in US$ 13.6 billion into stocks.

Corporate profits are expected to log an average 23 per cent growth this fiscal year.”

Dalam m/s 17 surat khabar yang sama pada hari yang sama ada suatu artikel lagi bertajuk “It’s the stick for India as it gets tough on Naxals”. Artikel kedua ini berbunyi begini –

“A fierce battle is raging between the Manmohan Singh government and the votaries of Mao Zedong.

READ MORE:  A Budget 2024 wishlist for a more progressive Malaysia

The Naxals’ rise has been phenomenal in the last five years. Attempts to build roads and set up industries have fuelled resistance. Poor handling has stirred conflicts.

One government estimate suggests the extremists have pockets of influence in 20 states. Extremist violence affects 223 of India’s 625 districts.”                                                                                                               
Adakah dua perkara ini berasingan dan tidak kena mengena satu sama lain?

On one side, kita dapati untung korporat yang lumayan dan kemasukan FDI yang hebat. Pada bahagian yang lain kita dapati pemberontakan petani miskin yang dipimpin oleh guerilla Naxalit.

Pada tangkapan saya, dua perkara ini adalah sangkut paut. Peminggiran lapisan-lapisan miskin oleh pendekatan neo-liberal yang sedang diambil oleh kerajaan India adalah sebab utama kumpulan seperti Naxalit dapat sokongan sehingga sekarang Perdana Menteri India sendiri telah menafsirkan tekanan Naxalit sebagai cabaran terbesar untuk negara India.

Kita tidak ada pemberontakan bersenjata di Malaysia. Tetapi kita boleh nampak gejala-gejala peminggiran di masyarakat kita juga dalam bentuk fenomena Mat Rempit dan fenomena geng-geng pemuda India.

Hakikatnya Tuan Yg Di Pertua ialah kesaksamaan social adalah penjamin keamanan sesebuah masyarakat. Jika corak pembangunan menekan dan menyusahkan lapisan-lapisan bawah, maka perasaan marah dan benci akan menimbul di kalangan rakyat terutamanya antara pemuda kita. Dan slogan-slogan manis seperti rakyat didahulukan tidak boleh membendung perasaan marah ini.

Caranya untuk mengatasi masalah jenayah di masyarakat kita bukan dengan  mengadakan lebih ramai anggota polis untuk menangkap dan lebih banyak penjara untuk menahan orang. Caranya adalah untuk melaksanakan suatu dasar pembangunan yang mesra rakyat – di mana gaji pekerja biasa adalah di tahap munasabah dan kemudahan asas sesebuah keluarga dapat diperolehi dengan pendapatan ini.  Hanya begini perasaan solidariti kemasyarakatan dapat dipupuk dan perasaan ini adalah bendung yang terbaik untuk jenayah.

Kita ada ramai orang pakar ekonomi di Kementerian Kewangan dan di EPU. Saya tidak faham bagaimana mereka yang cerdek ini menyokong suatu pendekatan yang akan menyusahkan rakyat kita. Kepada para pakar dan perancang ekonomi di EPU dan  Kem Kewangan, saya ingin mengesyorkan –  tolonglah rujuk pada kesan polisi neolibealaisasi terhadap Gini coefficient di negara-negara di Afrika dan Amerika Selatan. Juga rujuk pada kesan polisi neoliberal terhadap pembekalan makanan di Haiti, Colombia dan Mesir.

Suatu artikel yang mengandungi kritikan yang baik terhadap polisi neoliberal adalah article bertajuk The Bolivarian Alternative dalam majallah Monthly Review September 2009. Majallah ini boleh di dapati di Librari Parliamen, dan saya harap pakar ekonomi dalam EPU dan Kem Kewangan akan ambil sedikit masa untuk membaca analisa En Martin Hart-Landsberg.

Tuan yang dipertua, saya setuju 100 peratus dengan PM bahawa rakyat harus didahulukan. Tetapi ini tidak akan berlaku dalam suatu rancangan pembangunan yang utamakan keuntungan kaum korporat.

Itulah sebabnya saya kecewa – cogan kata sahaja yang cantik. Tetapi dasar-dasar pembangunan akan menekan dan menyusahkan rakyat kita. Masalah-masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat kita akan dijadikan lebih merunsing oleh Belanjawan ini

Maaf! Saya tidak dapat menyokong!

Jeyakumar made these comments during the debate on the Budget in Parliament on 2 November.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x