Tonton di sini.
Di dalam usaha mengembangkan pewacanaan sejarah di Malaysia, Dr Syed Husin Ali melalui tulisannya yang berjudul Sejarah Rakyat Malaysia (Khususnya Perkembangan Nasionalisme) mengupas lanjut pelaku-pelaku sejarah yang berbeza dari sejarah rasmi.
Bagaimana tradisi pensejarahan sebegini membuka ruang faham yang lain dalam meninjau sejarah sosial masyarakat kita?
Syarahan menyentuh pengenalan tentang sejarah rakyat melalui gerak kerja Pusat Sejarah Rakyat sepanjang penubuhannya. Selain itu, syarahan juga memberi penekanan tentang perspektif sejarah dari bawah, yang juga dikenali sebagai sejarah rakyat.
Fahaman sejarah yang sebegini penting bagi membezakannya dengan sejarah rasmi yang sering perspektifnya datang dari atas, yakni oleh golongan elit dalam masyarakat. Dalam menandingi apa yang sering terdapat dalam sejarah rasmi, syarahan ini akan memperhalusi peri-penting sejarah dari bawah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Anjuran Pusat Sejarah Rakyat dengan kerjasama Demokrat UM dan Naratif Malaysia
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme