Home Web Specials Syor mengenai bagaimana pelihara sistem kesihatan negara

Syor mengenai bagaimana pelihara sistem kesihatan negara

A long queue waiting at the crowded Penang General Hospital - FILE PHOTO: ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

1. Memperkasakan sistem kesihatan awam

  • Membina lebih banyak hospital kerajaan di bandar-bandar besar di Malaysia yang mengalami keadaan sesak di hospital kerajaan yang sedia ada
  • Menambah lebih ramai kakitangan kesihatan – doktor, jururawat, jurufisioterapi dan sebagainya
  • Mewujudkan pos jururawat komuniti untuk melawat kes sakit lumpuh dan kanak-kanak orang kurang upaya di rumah untuk mencuci luka, membuat fisioterapi, menasihat keluarga tentang bagaimana menjaga pesakit, dan sebagainya

2. Melibatkan 7,000 orang doktor pengamal perubatan am (GP) yang sedia ada di Malaysia dalam pengendalian kes-kes kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan asma. Ini adalah penyakit jangka masa panjang dan memerlukan rawatan susulan yang rapi untuk mengurangkan komplikasi. Sistem bayaran “capitation” (ikut bilangan orang) harus diamalkan supaya rawatan diterima oleh para pesakit di klinik GP adalah percuma (seperti sistem NHS di England) dan pendidikan kesihatan diutamakan.

3. Sebahagian daripada levi pekerja migran harus disalurkan kepada Kementerian Kesihatan untuk membiayai kos rawatan bagi pekerja migran. Caj rawatan yang dikenakan terhadap pekerja migran di klinik dan hospital kerajaan harus berada pada paras yang sama dengan caj yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia.

4. 90% kos plat, skru, sten, kanta mata dan sebagainya harus ditanggung oleh kerajaan supaya rakyat tidak dibebani dengan bayaran yang tinggi untuk rawatan.

5. Mengawal brain drain (penghijrahan doktor ke sektor swasta) dengan cara:

  • Mengadakan moratorium terhadap pembukaan hospital swasta baharu. Hospital swasta yang sedia ada boleh dibenarkan untuk terus beroperasi. Tetapi jangan membenarkan pembinaan hospital swasta baharu buat masa ini
  • Mewujudkan suruhanjaya perkhidmatan khusus untuk kakitangan kesihatan supaya sistem penggajian dapat diperbaiki
  • Memperkenalkan sistem sabatikal selama tiga bulan setiap empat tahun perkhidmatan bagi doktor pakar kerajaan
READ MORE:  Penang shows the way to tackle pigeon menace

6. Menambahkan peruntukan untuk Kementerian Kesihatan. Untuk tahun 2021, peruntukan bagi Kementerian Kesihatan ialah RM32bn. Jumlah ini harus ditambah lagi RM6bn setiap tahun untuk lima tahun yang akan datang – RM38bn, RM44bn, RM50bn, RM56bn dan RM62bn – supaya dapat membiayai program-program yang disyorkan di atas.

7. Jangan mengenakan cukai baharu terhadap golongan berpendapatan rendah (B40) dan golongan berpendapatan sederhana (M40) ataupun mewajibkan bayaran premium insurans kesihatan. Ini kerana wujudnya “penekanan gaji ke paras yang rendah” (wage suppression) di Malaysia. Orang ramai sedang berkorban dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dengan menerima gaji yang jauh di bawah nilai pengeluaran pekerja kita. Oleh itu, perkhidmatan kesihatan yang berkualiti harus dipandang sebagai “upah sosial” (social wage) yang telahpun diprabayar (prepaid) oleh pekerja dan petani kita. Belanjawan perkhidmatan kesihatan awam harus dibiayai oleh cukai terhadap golongan yang terkaya dan syarikat-syarikat besar.

Dr Jeyakumar Devaraj ialah pengerusi nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap penyelaras biro kajian dasar PSM

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x