Home Web Specials Tegakkan kedaulatan undang-undang terhadap majikan pekerja migran

Tegakkan kedaulatan undang-undang terhadap majikan pekerja migran

TUMISU/PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

ika kerajaan tegas terhadap migran, kerajaan juga harus tegas terhadap majikan dalam membenteras Covid-19, ujar Cecilia Antonysamy.

Tujuan utama migran tanpa dokumen ditangkap pada masa kita sibuk berperang menumpaskan penularan Covid-19, adalah disebabkan oleh posisi berikut: “Kerajaan perlu menegakkan kedaulatan undang-Undang dan tidak boleh membiarkan warga asing memasuki negara ini secara haram ketika tempoh PKP dilonggarkan” (Malaysiakini, 24 Mei 2020).

Punca utama pekerja migran tidak ada dokumen ialah kerana ramai pekerja migran dibawa masuk oleh ejen-ejen dan majikan dan kemudian ditipu.

Kerja yang diberi di sini bukan yang ditawarkan dulu. Gaji jauh berbeza. Pasport disimpan oleh majikan. Pekerja migran dibuli. Gaji tidak dibayar berbulan-bulan.

Ejen yang membawa masuk pekerja akan mendapatkan permit di bawah syarikat tertentu, dan kemudian subkontrakkan pekerja migran itu ke syarikat lain.

Perpanjangan permit kerja adalah tanggungjawab dan kuasa majikan mengikut undang-undang, bukan pekerja.

Tapi apabila majikan terus menggaji pekerja tanpa memperpanjang permit kerja, pekerjalah yang dianggap salah.

Akhirnya pekerja yang masuk secara sah, kemudian menjadi migran tanpa pasport dan tanpa permit kerja disebabkan angkara majikan.

Tapi mereka bukan pendatang asing tanpa izin (Pati). Mereka masuk secara sah.

Majikan menggaji migran tanpa dokumen

Pekerja migran sering tidak dapat melawan tindakan majikan yang menindas mereka. Undang-undang kita berat sebelah. Adalah sukar untuk pekerja migran memperolehi keadilan. Mereka melarikan diri daripada majikan ke majikan kerana perkara-perkara di atas berlaku, dan terpaksa terus mencari kerja lain.

Jika pekerja lari, permit kerja akan dibatalkan dengan serta-merta oleh majikan. Pekerja migran itu menjadi migran tanpa dokumen bukan Pati.

Ada majikan lain menanti peluang durian runtuh untuk mengupah migran tanpa dokumen ini, kerana boleh menjimat kos – tanpa perlu bayar agen, tak perlu levi, tanpa insuran dan tidak peduli langsung atas perlindungan kepada pekerja migran.

READ MORE:  Deplorable situation of migrant workers: Come on, 'Madani' ministers, show us your moral compass!

Pekerja-pekerja migran tanpa dokumen, bukanlah tidah bersalah langsung. Mereka sepatutnya tidak masuk melalui jalan tikus. Mereka sepatutnya berjaga-jaga supaya tidak tertipu oleh agen dan majikan yang tidak bertanggungjawab.

Ada pekerja migran sendiri yang mahu bebas, bekerja di mana dia suka. Ada pekerja migran sendiri lari daripada majikan walau pun majikan mematuhi apa yang ditentukan dalam undang-undang.

Apa punca masalah?

Mari kita bertanya mengapa jalan tikus itu wujud, bahkan berterusan?

Mengapa majikan-majikan masih boleh menggaji pekerja migran tanpa dokumen dan ia nampak sebagai fenomena berterusan? Mengapa ada peluang untuk migran menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk tujuan bekerja?

Sekiranya tiada manipulasi, tiada rasuah, ada penjagaan sempadan dilakukan secara telus dan kerajaan kita tegas dalam penguatkuasaan terhadap majikan yang menggaji pekerja tanpa dokumen, masalah migran tanpa dokumen nescaya tak akan menjadi masalah besar seperti sekarang.

Jika kerajaan berkeras mahu menegakkan kedaulatan undang-undang terhadap migran, sila pastikan kedaulatan semua undang-undang Akta Imigresen 1959/1963, Akta Pasport 1966, Akta Pekerjaan 1955 dan Akta Kesatuan Sekerja juga ditegakkan.

Memegang passport orang lain tanpa kebenaran adalah tindakan mencabuli peraturan imigration Akta Pasport 1966 yang secara adil harus ditegakkan.

Namun, pihak imigresen dan polis tidak tegas membuat tangkapan terhadap majikan yang ingkar. Ini adalah contoh penegakan kedaulatan undang-undang yang pilih bulu dan berbau rasuah.

Siapa punca penularan Covid-19?

Tindakan majikan adalah punca jangkitan Covid-19 di kongsi-kongsi dan asrama sesak, sempit para pekerja migran. Ini disebabkan majikan tidak mematuhi Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), yang membabitkan standard ruang minimum kediaman, kemudahan asas bagi rumah dan pekerja serta elemen keselamatan dan kebersihan .

READ MORE:  Deplorable situation of migrant workers: Come on, 'Madani' ministers, show us your moral compass!

Untuk membenteras Covid-19 , kerajaan harus menegakkan undang-undang dan mendesak majikan segera mengikut Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446) yang telah diperluaskan kepada semua sektor pekerjaan yang menyediakan kemudahan perumahan dan penginapan bagi pekerja, yang berkuat kuasa pada 1 Jun ini (Malaysiakini 27 Mei 2020).

Pindaan Akta 446 ini diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019, serta diwartakan pada 18 September 2019. Majikan telah pun diberi cukup tempoh masa, lebih lapan bulan untuk membuat persediaan.

Kerajaan harus tegas menegakkan undang-undang memastikan majikan mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446). Ini penting untuk mengelakkan tiga S (jauhi kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempit dan elak sembang dengan jarak yang dekat) dan praktik tiga W (wash hands, wear face masks in public and heed health warnings) untuk mencegah Covid-19 di kalangan migran.

Adalah tidak munasabah majikan diberi masa penangguhan selama tiga bulan sehingga 31 Ogos 2020 dalam penguatkuasaan Akta 446 seperti diumumkan oleh menteri sumber manusia.

Di manakah perlindungan terhadap pekerja yang sepatutnya menjadi peranan menteri tersebut?

Jika kerajaan tegas terhadap migran, kerajaan juga harus tegas terhadap majikan dalam membenteras Covid-19.

Biar kita adil menegakkan undang-undang.

Cecilia Anthonysamy, seorang ahli Aliran, ialah pakar perubatan kecemasan di sebuah hospital awam

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x