Home Web Specials Tujuh syor untuk mengatasi masalah golongan yang tiada kewarganegaraan

Tujuh syor untuk mengatasi masalah golongan yang tiada kewarganegaraan

How many more long-term residents are there out there without citizenship? - File photo

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Bebarapa syor telah dibentangkan dalam suata memorandum yang diserahkan ke Jabatan Pendaftaran Negara pada 28 Jun 2018 oleh Jeyakumar Devaraj.

PSM telah terlibat dengan individu-individu yang menghadapi masalah kerakyatan sejak 20 tahun yang lalu.

Kami ingin mengesyorkan beberapa langkah yang harus diambil untuk mengatasi masalah ini. Daripada pengalaman PSM, mereka yang menghadapi masalah dalam memperolehi kerakyatan boleh dipecahkan kepada dua kumpulan yang utama:

Kumpulan A: Mereka yang belum mendaftarkan kelahiran ataupun memohon untuk kad pengenalan kerana kecuaian ibu-bapa dan keluarga (yang berpunca daripada kemiskinan, konflik antara ibu dan bapa, ketagihan arak ataupun dadah, dan sebagainya). Masalah mereka boleh diatasi jika mereka boleh dibawa ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat untuk mengisi borang-borang yang berkenaan.

Kumpulan B: Individu-individu kumpulan ini memerlukan pengubahsuaian standard operating procedure (SOP) ataupun tatakerja pihak JPN. Kerana pada takat ini, SOP jabatan tersebut untuk kes-kes dalam kumpulan ini tidak dapat selesaikan masalah mereka di peringkat jabatan tetapi perlu merujuk kepada menteri untuk kelulusan. Dan oleh kerana menteri dalam negeri sangat sibuk dengan pelbagai perkara yang penting, menteri tidak dapat memberi masa yang mencukupi untuk mengendalikan banjiran kes yang dirujuk padanya. Kami memerlukan SOP jelas yang menurunkan kuasa kepada pihak JPN untuk menyelesaikan kes-kes ini secara administrative di peringkat jabatan sendiri. Situasi yang sedia ada, di mana terlalu banyak perkara diserahkan kepada keputusan khas menteri dalam negeri, mewujudkan satu bottleneck yang sangat sempit dalam perjalanan mereka ke arah kewarganegaraan.

Tujuan memorandum ini adalah untuk menghuraikan enam kategori kes yang boleh dijumpa dalam kumpulan B dengan syor bagaimana SOP berkaitan kategori mereka harus diubahsuaikan supaya masalah mereka dapat ditangani secara lebih efisyen. Hanya mengadakan lebih lagi roadshow dan menganjurkan sesi pendaftaran di akar umbi tidak akan menyelesaikan masalah mereka yang berada dalam kumpulan B. Kita perlu pengubahsuaian SOP JPN.

1. Kanak-kanak dengan ibu yang bukan warganegara Malaysia dan tidak didaftarkahwin pada bapa mereka yang berwarganegara Malaysia

Pada takat ini, SOP JPN tidak mengikut peruntukan yang dikandungi dalam Schedule Dua, Bahagian II, (1) (a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Every person born within the Federation after Malaysia Day is a citizen by operation of law if one of his/her parents was, at the time of his/her birth, a citizen of Malaysia.

Alasan yang dipakai oleh kerajaan BN adalah Seksyen 17, Bahagian III, Schedule Dua Perlembagaan Persekutuan yang berkata: “references to a person’s parents, or one of his parents, are in relation to a person who is illegitimate, to be construed as references to his mother.”

Oleh kerana Seksyen 17 ini, walaupun nama bapa tertera dalam sijil kelahiran dan kedua-dua ibu dan bapa menyatakan ianya memang bapa anak itu, kerakyatan anak itu didasarkan hanya pada status ibu. Ada kes di mana ujian DNA yang membuktikan bapa itu memang bapa kandung juga diketepikan dalam amalan JPN pada takat ini.

Oleh kerana pendekatan sebegini, semua kes dalam kategori ini dikendalikan sebagai kes 15(A) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi: “the Federal Government may, in such special circumstances as it thinks fit, cause any person under the age of 21 years to be registered as a citizen” dan ramai antara mereka ditolak permohonan kewarganegaraan berulang kali.

Pandangan PSM

a. Ada antara kes-kes ini ramai di mana perkahwinan tidak dapat didaftarkan kerana ibu terlibat tidak mempunyai dokumen peribadi. Oleh kerana itu kewarganegaraan bapa tidak dapat dipakai. Kebanyakan kes di kategori ini adalah miskin dan terpinggir. Dan kegagalan mendapatkan kerakyatan meminggirkan kanak-kanak mereka lagi. Tetapi kanak-kanak ini tidak boleh memohon kewarganegaraan di mana-mana negara yang lain. Oleh itu dia akan tetap duduk di Malaysia tetapi tanpa pendidikan dan kemahiran teknikal.

READ MORE:  After mixed-bag bill passed, what next for stateless people?

b. Sub kategori yang kedua dalam kumpulan ini adalah perkahwinan di antara lelaki warga Malaysia yang berkahwin wanita pekerja asing tetapi tidak dapat mendaftarkan perkahwinan mereka kerana syarat permit kerja yang tidak membenarkan perkahwinan.

Syor PSM: Kuasa kerajaan persekutuan yang dikandungi dalam Seksyen 15(A)- “the Federal Government may, in such special circumstances as it thinks fit, cause any person under the age of 21 years to be registered as a citizen” – harus diguna untuk gubal SOP baru untuk meluluskan kewarganegaraan untuk mana-mana kanak-kanak yang dilahir di Malaysia dan mempunyai bapa yang warga Malaysia jika bapa dapat dikenalpasti melalui rekod dalam sijil kelahiran ataupun melalui ujian DNA. Permohonan ini harus diluluskan di perengkat JPN. Tidak perlu dihantar untuk keputusan khas menteri dalam negeri.

2. Kanak-kanak yang ibu kandung mereka bukan warganegara dan bapa mereka tidak diketahui kewarganegaraannya, yang dianak angkat oleh keluarga berwarga Malaysia.

Pada takat ini kes-kes seperti ini diberi ruang memohon kewarganegaraan Malaysia di bawah Seksyen 15(A) yang telah dihuraikan di atas. Biasanya mereka ditolak berulang kali tanpa diberi sebab. Ini amat menyusahkan keluarga yang berkaitan kerana access untuk pelajaraan dan rawatan kesihatan tersekat untuk kanak-kanak yang bukan warganegara.

Syor PSM: Memandangkan kanak-kanak berkenaan adalah “stateless” dan tidak boleh dihantar balik ke mana-mana negara lain dan memandangkan mereka sudah menjadi sebahagian sebuah keluarga warga Malaysia, SOP JPN harus diubahsuai supaya semua kes di bawah kategori ini diluluskan kewarganegaraan mereka jika mereka telah dianak angkat oleh keluarga warga Malaysia selama lima tahun ataupun lebih. Kuasa untuk melulus perkara ini harus diturunkan ke pegawai tinggi JPN dan dijadikan keputusan “administrative” (jika syarat yang perlu, berada pada pihak pemohon).

3. Pemohon di bawah Seksyen 16: Ini merakumi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia sebelum Merdeka dan telah menduduki Malaysia sehingga sekarang.

Peruntukan di bawah Seksyen 16 Perlembagaan Persekutuan berbunyi seperti berikut:

“any person who was born in the Federation before Merdeka is entitled to be registered as a citizen if he satisfies the Federal Government that:

a/ he has resided in the Federation for at least 5 out of the 7 years preceding his application;
b/ he intends to do so permanently;
c/ he is of good character;
d/ he has elementary knowledge of the Malay language.”

Walaupun perkataan “entitled” dipakai dalam seksyen ini, ramai yang memohon di bawah seksyen ini ditolak berulang kali tanpa sebab diberitahu. Mereka tidak diberitahu klausa yang mana di antara (a) hingga (d) yang gagalkan mereka.

Syor PSM: Sebabnya permohonan di bawah Seksyen 16 ditolak harus dimaklumkan pada pemohon dan ruang untuk merayu keputusan itu harus diwujudkan dalam bentuk tribunal di mana sebuah panel empat orang dengan dua individu daripada luar JPN mendengar dan memutuskan rayuan mereka.

Klausa “c” tidak seharusnya dipakai untuk gagalkan pemohonan seorang kerana ada rekod “jenayah” yang kecil umpamanya satu kes gaduh 15 tahun terlebih dahulu.

Jika digagal oleh JPN kerana klausa (d), panel tersebut harus memutuskan samada pertuturan Bahasa Melayu pemohon itu adalah di tahap “elementary knowledge” ataupun tidak.

READ MORE:  Who are the Bajau Laut and why destroy their houses?

4. Pemohon di bawah Seksyen 19.

Seksyen 19 mengatakan:

“the Federal Government may grant a certificate of naturalization to an applicant if satisfied that:

a) He has resided in the Federation for the required period and intends to do so permanently;
b) He is of good character;
c) He has adequate knowledge of the Malay language.”

Ada ramai pemegang kad pengenalan merah yang telah datang ke Malaysia bila mereka muda dan telah tinggal dan berkerja di Malaysia sehingga bersara tetapi digagalkan pemohonan mereka. Ada antara mereka ramai yang menduduki Malaysia lebih daripada 40 tahun dan ada anak dan cucu yang warga Malaysia.

Syor PSM: Pemohon yang telah menduduki Malaysia untuk tempoh melebehi 15 tahun harus diberi peluang untuk merayu keputusan JPN di depan tribunal rayuan yang dihuraikan dalam point 3 di atas .

5. Kanak-kanak yang dibesarkan di rumah anak yatim.

Adanya beberapa ratus individu yang telah ditinggalkan oleh keluarga mereka bila mereka masih kecil dan dibesarkan di hostel anak yatim. Biasanya pengurusan rumah anak yatim mendaftarkan mereka di JPN dan mereka dikeluarkan sijil kelahiran. Tetapi nama dan kewarganegaraan ibu dan bapa tidak dicatit, dan oleh itu mereka ditakrif sebagai “bukan warga negara”.

Mereka yang dianak angkat oleh warga Malaysia boleh memohon di bawah Seksyen 15(A) tetapi ramai tidak dianak angkat dan oleh itu tidak boleh pakai ruang ini. Ruang 15(A) tertutup untuk mereka yang telah mencapai umur 21 tahun. Mengikut SOP JPN yang sedia ada pada takat ini, individu di dalam kategori ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Seksyen 19 (2) Perlembagaan Persekutuan tetapi permohonan sebegini jarang diluluskan.

Ketiadaan kewarganegaraan amat menyusahkan anak-anak yatim ini. Mereka menghadapi masalah menghadiri sekolah. Bila mereka capai umur 20 tahun, mereka menghadapi masalah mencari kerja. Kerana tanpa kad pengenalan, mereka tidak boleh mendaftarkan diri dengan KWSP ataupun Perkeso. Mereka hanya boleh cari kerja yang “non-formal” bercorak kontrak dan bergaji rendah. Mereka tidak boleh buka akaun bank ataupun memperolehi lesen memandu.

Bila mereka berkahwin, mereka tidak dapat mendaftarkan perkahwinan mereka, kerana JPN memerlukan kad pengenalan atau paspot asing untuk mendaftarkan perkahwinan. Oleh itu anak-anak mereka diiktirafkan sebagai dilahir di luar nikah. Anak-anak pada wanita yang tiada kad pengenalan terus diiktiraf sebagai “bukan warganegara” juga, dan masalah ini meneruskan ke generasi baru. Jika mereka jatuh sakit, mereka hadapi banyak masalah memperolehi rawatan. Hospital kerajaan caj mereka pada kadar yang beberapa kali lebih tinggi daripada warga Malaysia.

Syor PSM: Memandangkan anak-anak yatim ini tidak boleh disalahkan untuk situasi mereka sebagai individu yang tidak mengetahui ibu-bapa mereka dan memandangkan mereka akan terus tinggal dan kerja di Malaysia, adalah wajar untuk sebuah negara yang meluhurkan keadilan untuk menyelesaikan masalah mereka dengan segera.

JPN harus diberi SOP baru untuk meluluskan permohonan kewarganegaraan Malaysia melalui Seksyen 19(2) kepada semua anak-anak yatim yang dibesarkan di rumah-rumah anak yatim sejak kecil walaupun ibu dan bapa tidak dapat dikenalpasti. Kuasa ini harus diturunkan kepada pegawai tinggi JPN dan dijadikan satu keputusan administrative. Pengubahsuaian ini tidak memerlukan sebarang amendment pada perlembagaan kerana kuasa untuk melakukannya adalah termaktub dalam Seksyen 19(2).

6. Wanita yang tidak dibenarkan memohon kerakyatan melalui Seksyen 15(1) Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 15(1) menyatakan “any married woman whose husband is a citizen is entitled to be registered as a citizen if the Federal Government is satisfied that a) she has resided in the Federation throughout the two years preceding the date of application and intends to do so permanently and b) she is of good character.”

READ MORE:  Malaysia's arrest of stateless Bajau Laut students sparks outcry

Malangnya tatakerja JPN memerlukan sijil perkahwinan untuk sesiapa yang ingin mengambil laluan ini. Tetapi JPN tidak membenarkan sesiapa wanita yang tidak memegang kad pengenalan (biru atau merah) ataupun paspot asing untuk mendaftarkan perkahwinan mereka. Ada beberapa kes di mana nama wanita dan suaminya ditertera dalam sijil kelahiran beberapa daripada anak-anak mereka. Tetapi mereka dihalang mendaftarkan perkahwinan mereka.

Syor PSM: Wanita seperti ini harus dibenarkan mendaftarkan perkahwinan mereka dengan memakai sijil kelahiran mereka.

Masalah ketiadaan kewarganegaraan merugikan negara.

Ketiadaan kewarganegaraan tidak hanya menyusahkan individu dan keluarga yang terlibat. Ia juga merupakan kos tinggi untuk negara. Peminggiran mereka tidak membawa sebarang kebaikan untuk masyarakat ataupun negara kita. Majoriti antara mereka tidak dapat pergi ke mana-mana negara lain.

Betapa banyak kita menyeksakan mereka pun, mereka akan tetap berada di sini. Kerana mereka sudah hidup di Malaysia sepanjang umur mereka dan negara ini merupakan “tanah air” mereka. Kawan-kawan mereka dan keluarga mereka adalah di Malaysia. Menyusahkan mereka dan menjadikan mereka lebih miskin tidak membawa faedah kepada sesiapa ataupun kepada negara.

Ringkasan syor-syor PSM

1. Menggubal SOP baru untuk meluluskan kewarganegaraan untuk mana-mana kanak-kanak yang dilahir di Malaysia dan mempunyai bapa yang warga Malaysia jika bapa dapat dikenalpasti melalui rekod dalam sijil kelahiran ataupun melalui ujian DNA. Permohonan ini harus diluluskan di perengkat JPN. Tidak perlu dihantar untuk keputusan khas Menteri Dalam Negeri.

2. SOP JPN harus diubahsuai supaya semua kanak-kanak yang dianak angkat oleh keluarga warga Malaysia diluluskan kewarganegaraan mereka jika mereka telah dianak angkat oleh keluarga warga Malaysia selama lima tahun ataupun lebih. Kuasa untuk melulus perkara ini harus diturunkan ke pegawai tinggi JPN dan dijadikan keputusan “administrative”.

3. Sebabnya permohonan kewarganegaraan Malaysia di bawah Seksyen 16 atau 19 ditolak harus dimaklum kepada pemohon dan ruang untuk merayu keputusan itu harus diwujudkan dalam bentuk tribunal di mana sebuah panel empat orang, dengan dua individu daripada luar JPN, mendengar dan memutuskan rayuan mereka.

4. JPN harus diberi SOP baru untuk meluluskan permohonan kewarganegaraan Malaysia melalui Seksyen 19(2) bagi semua anak-anak yatim yang dibesarkan di rumah-rumah anak yatim sejak kecil walaupun ibu dan bapa mereka tidak dapat dikenalpasti. Kuasa ini harus diturunkan kepada pegawai tinggi JPN dan dijadikan satu keputusan administrative.

5. Wanita yang telah menduduki Malaysia sejak kecil tetapi tidak mempunyai dokumen peribadi yang lengkap harus dibenarkan mendaftarkan perkahwinan mereka dengan memakai sijil kelahiran ataupun dokumen khas lain yang dibekalkan oleh pihak JPN.

6. Bilangan kakitangan JPN yang mencukupi harus digerakkan untuk mengendalikan kes-kes ini.

7. Satu jawatankuasa khas harus ditubuhkan untuk memantau prestasi JPN dalam mengendalikan kategori-kategori permohonan kewarganegaraan yang dihuraikan di atas.

Kami berharap syor-syor untuk mengatasi isu ketiadaan kewarganegaraan yang dihuraikan di atas akan dikaji dan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Tanpa mengubahsuaikan tatakerja (SOP) yang sedia ada, masalah ketiadaan kerakyatan di kalangan mereka yang sudah tinggal di Malaysia untuk hampir keseluruhan riwayat mereka tidak akan diatasi.

27 Jun 2018

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x