Home Webinars Kepelbagaian dan Keterangkuman (Diversity and Inclusivity) – Mengapa sukar dicapai?

Kepelbagaian dan Keterangkuman (Diversity and Inclusivity) – Mengapa sukar dicapai?

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Ahli panelis:

  • Tijah Yok Chopil, aktivis Orang Asli
  • Jannie Lasimbang, ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Kapayan
  • Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid, profesor, USM

Moderator: Yuwana Podin (Gerak dan Aliran)

Tentang forum

Kebelakangan ini, kita menyaksikan peranan institusi-institusi yang menjaga ruang berekspresi dan meraikan kepelbagaian di Malaysia semakin merosot. Wacana-wacana konservatif yang bersifat rasis semakin digalakkan dalam lingkungan awam Malaysia.

Masyarakat sivil melawan budaya yang toksik ini menerusi Agenda Rakyat dengan salah satu fokus bagi “Meraikan Kepelbagaian dan Keterangkuman” (Celebrating diversity and inclusion).

Bersama-sama dalam webinar kali ini ialah ahli akademik, aktivis Orang Asli dan alam sekitar serta ahli politik dalam berkongsi dengan kita pandangan dan pengalaman mereka tentang isu-isu kepelbagaian dan keterangkuman.

Mereka juga berbincang mengenai apa yang perlu kita lakukan bagi sebuah masyarakat majmuk dalam mempertahankan keharmonian, kepelbagaian dan kekuatan yang dibentuk bersama di Malaysia. Apa yang boleh kita tuntut daripada organisasi politik yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang supaya hak asasi kumpulan minoriti di Malaysia dapat dipertahankan dan kepelbagaian dan keterangkuman dapat diraikan?

Webinar ini dianjurkan bersama penggerak bersama Agenda Rakyat iaitu Aliran, Gerak, Pacos Trust, Save Rivers, Suaram dan Undi18. Agenda Rakyat didukung oleh 57 kelompok masyarakat sivil.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x