Home Young Writers Demokrasi, kuasa lunak (soft power) sebagai agen perubahan politik di Malaysia

Demokrasi, kuasa lunak (soft power) sebagai agen perubahan politik di Malaysia

Graphic: csj-ng.org

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Perlu diingatkan demokrasi melalui saluran kuasa lunak bukanlah aspek perubahan politik yang bersifat revolusi yang pantas tetapi proses evolusi yang memakan masa, ujar Mohd Azizi Jaeh.

Sejak tiga dekad yang lalu atau berakhirnya Perang Dingin, demokrasi telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.

Sarjana pendemokrasian seperti Samuel Huntington menjelaskan 60% atau lebih 120 negara telah melalui pembangunan pesat demokrasi. Umumnya, lapan daripada 10 masyarakat antarabangsa bersetuju bahawa demokrasi merupakan bentuk kerajaan dan negara yang paling unggul untuk dianuti.

Bagaimanapun, tarikan dan pemasaran demokrasi kini tidak hanya diukur melalui ‘amalan konvensional’ seperti tuntutan kebendaan, pembangunan politik, darjah kebebasan, pertumbuhan masyarakat sivil serta sokongan terhadap pilihan raya bebas sebagai daya penarik.

Justeru, terdapat pendukung demokrasi kini memilih pendekatan berlainan dalam mengemukakan permintaan dan membenihkan kesedaran awam tentang pembangunan demokrasi.

Dewasa ini, kecenderungan masyarakat di Malaysia terhadap liberalisasi budaya dan ideologi merupakan faktor penarik khasnya selepas Reformasi 1998.

Ianya disandarkan terhadap projek dan pengalaman sejarah Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat yang sering bertukar-tukar parti pemerintah dan tidak terdapat perdana menteri atau presiden yang berkuasa dalam sesebuah negara pada tempoh masa yang lama kerana dibataskan oleh kuasa perlembagaan.

Masyarakat juga mula memandang value-free sebagai high culture atau tinggi peradabannya. Pensejagatan budaya Amerika Syarikat (AS) dan Barat yang terserap masuk telah menarik psikologi masyarakat terhadap realiti demokrasi yang beraneka ragam.

Bahkan sebahagian besar masyarakat di negara dunia ketiga seperti Malaysia yang melalui transisi rejim terpesona dengan perubahan melalui ‘saluran baru’ yang dipanggil sebagai soft intervention (campur tangan halus). Ia mengambil tempat dalam mengubah budaya politik establishment yang sebelum ini banyak berorientasikan gerakan protes penentangan dan demonstrasi.

Tingkah laku anti-establishment mula berkembang dengan aktiviti perang siber, proses pendidikan politik, menerusi bacaan bahan akademik, seminar nasional dan antarabangsa yang membabitkan tokoh berprofil tinggi.

READ MORE:  Projek Malaysia: Federalisme dalam demokrasi, demokrasi dalam federalisme

Menurut penulis hal ini telah menempatkan peranan baru intelektual di Malaysia dalam membingkai pandangan awam (worldview) ke arah pertukaran rejim.

Fenomena ini boleh ditanggapi sebagai campur tangan halus seperti yang dihujahkan Leo Agustino dalam pengkajiannya tentang pendemokrasian di Indonesia.

Bahkan, gerakan intelektual dan kebudayaan yang dipimpin Goenawan Mohamad seperti Komunitas Utan Kayu faktor penyumbang tamatnya orde politik baru Suharto.

Dengan kata lain, demokrasi kini bukan hanya berbentuk ‘perang secara fizikal’ tetapi ‘perang idea dan budaya’ yang mula merebak melalui kegiatan intelektual dan aktivis – sama ada dibantu jaringan aau tenaga dari luar.

Kenyataan ini juga boleh dikaitkan peranan kuasa lunak atau (soft power) yang ditakrifkan Joseph Nye sebagai keupayaan mempengaruhi orang lain bagi meraih sesuatu yang diingininya. Nye menghujahkan kuasa lunak dalam karyanya Soft Power: The Means to Success in World Politics.

Bagimanapun, konsep kuasa lunak yang digunakan Nye bagi menjelaskan pendekatan negara (state) meluaskan kekuasaannya dalam sistem politik antarabangsa.

Namun, ciri kuasa lunak untuk penulisan ini dipinjam penulis untuk dihubungkan dengan cara berlainan bagi menerangkan hubungan budaya demokrasi dan penyerapan ideologi.

Mengambil kira konteks kuasa lunak yang dikira berpengaruh dalam kitaran politik Malaysia kini dengan kebolehan menciptakan pilihan bagi orang lain, keupayaan memujuk pihak lain agar bebas memilih untuk melakukan perkara yang kita kehendaki tanpa kita memintanya.

Dalam erti kata, kuasa lunak bersumberkan komponen budaya dan nilai-niai politik menerusi kempen, teknik melobi dan promosi yang disusun. Sekiranya sesuatu budaya dan ideologi itu menarik, individu dan kumpulan sasar akan bersedia mengikuti nilai tersebut akibat perasaan tertindas yang inginkan pembebasan setelah ditekan status quo atau golongan yang memegang kuasa.

Walau bagaimanapun, apakah yang menjadikan sesuatu budaya dan ideologi yang berhubungan dengan kuasa lunak itu berbeza?

Dalam menangani cabaran pendemokrasian, pendekatan perang saraf dan psikologi menjadi penyumbang kepada menang kalah sesebuah kumpulan atau parti politik apabila memasuki pertempuran fizikal.

READ MORE:  The value of rich traditions in a democratic society

Gejala kuasa halus ini ternyata menghalakan perhatian golongan intelektual kepada program pengkaderan ahli untuk menyertai pertubuhan mereka secara tidak langsung, selain penyebaran ‘ideologi import’ melalui institusi pengajian tinggi, penganjuran forum-forum intelektual kepada golongan mahasiswa dan peranan kumpulan pemikir sejak beberapa tahun kebelakangan semakin berputik – tidak seperti sebelum Reformasi.

Tanpa disedari peranan aktor ini jarang diberikan perhatian khusus bekas rejim pemerintah, mereka mungkin mengandaikan fenomena ini tidak memberi impak berganda dan menganggap rendah keupayaan kuasa lunak sehingga tidak menjangkakan pertukaran kerajaan pada 9 Mei 2018.

Sejak beberapa tahun, kempen kesedaran politik membentuk kecelikan masyarakat terhadap nilai universal yang diimport melalui jaringan intelektual dan pertubuhan bukan kerajaan.

Bahkan, melalui dana dan geran yang disalurkan daripada yayasan demokrasi Jerman seperti Konrad Adeneur Stiftung dan Friedrich Naumann Stiftung selain National Endowment for Democracy yang merupakan badan pemikir AS bertujuan meluaskan lagi penyebaran demokrasi.

Kumpulan pemikir tersebut telah membiayai pertubuhan pemikir di Malaysia seperti Islamic Renaissance Front, Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Institut Kajian Dasar dan Institute Leadership and Development (Lead) bagi projek-projek penerbitan dan penterjemahan karya-karya sarjana tersohor antaranya berkait dengan nilai-nilai Jerman, nilai liberal Amerika dan Barat serta nilai Islam bercirikan kosmopolitan.

Malah pemasaran ideologi melalui dialog dan perbincangan tidak lagi bersifat garis ideologi, sebaliknya penyuburan wacana yang lebih luas merangkumi segmen dan isu masyarakat yang kurang diberi penekanan – Mimbar Gerak Budaya, Kelas Pencerahan, Akademi Pak Sako, Kumpulan Seni Jalan Telawi dan Radio Bangsar Utama antara medium golongan pemikir mengadakan kegiatan intelektual.

Pada kebiasaannya intelektual bertindak atas sikap keintelektualan dan bergerak atas dasar kesukarelawan serta tidak semestinya terikat dengan perhitungan politik kepartian dalam menjayakan prinsip good governance.

Apabila pendekatan ini mendapat tarikan pelbagai golongan, mereka akan mudah dipujuk atau dipengaruhi melalui bayaran atau faedah sekali gus menarik minat dan mencairkan pemikiran mereka, khususnya Bangsar Group dan Klang Valley. Golongan ideologue cuba menonjolkan budaya dan ideologi supaya diikuti oleh masyarakat menerusi pengucapan, perbincangan dan penulisan.

READ MORE:  Malaysia's democratic transition amid rising Southeast Asia

Bagaimanapun, ideologi yang diterapkan kumpulan pemikir tersebut masih mengambil kira kesesuaiannya di alam Melayu dan bersumberkan kepada sejarah nasional yang menyanjungi nilai budaya tempatan dan toleransi masyarakat berbilang etnik dan agama.

Persekitaran dunia luar telah menghubungkan kesedaran politik bernegara sebilangan besar masyarakat Malaysia untuk menukar sikap konservatif kepada liberal dari sudut tingkah laku politik mereka.

Nilai universal yang disebarkan intelektual sering mendapat tentangan keras oleh golongan Islamis Melayu konservatif. Mereka mengandaikan nilai kebaratan yang berpaksikan kebebasan individu boleh menghancurkan orde kestabilan sosial.

Pun begitu, kuasa lunak yang dibincangkan ini ialah pilihan yang dilakukan individu secara tidak langsung, tanpa paksaan (coercion) dan individu bebas menerima dan menolak sesuatu ideologi dan budaya tersebut.

Bagaimanapun budaya dan ideologi adalah ekosistem kehidupan yang dilalui semua manusia tanpa boleh dihindari. Zaman sekarang yang mana masyarakat industri bersumberkan budaya kapitalisme dan individu.

Bukan sekadar itu, hegemoni media antarabangsa yang merangkumi industri hiburan secara tarikannya membentuk nilai-nilai masyarakat AS dan Barat melalui filem-filem yang ditayangkan dengan menekankan unsur budaya popular dalam mempengaruhi pola pemikiran masyarakat dan pembuat dasar.

Meskipun pemaparan filem bersifat ‘jauh dari realiti’ kehidupan sebenar, tetapi sebaran kandungan dan persembahan di dalamnya menarik perhatian masyarakat untuk membuat perbandingan dengan suatu budaya politik yang berlaku di luar konteks Malaysia.

Sebagai contoh penerbitan filem dari AS The Purge: Election Year (2016) menyelitkan persaingan kempen pilihan raya antara dua calon bagi dipilih sebagai presiden AS. Filem tersebut memainkan peranan dengan mengemukakan persaingan doktrin moral dan ideologi AS bagi memikat orang lain seperti mana aktor politik inginkan.

Walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi Westminster, kempen pilihan raya sejak pilihan raya umum 2008, 2013 dan 2018 seakan bertukar suasana menjadi kempen pilihan raya ‘ala AS’ dengan kempen change (ubah) dan perubahan rejim (regime change) sebagai kaedah kempen dalam mempengaruhi psikologi pengundi.

Malah cita rasa dan keinginan masyarakat untuk melihat budaya politik negara maju seperti sistem perkiraan undi popular dan debat awam diadakan terbuka antara dua parti terbesar BN dan PH bagi jawatan perdana menteri sekiranya memenangi pilihan raya.

Perlu diingatkan demokrasi melalui saluran kuasa lunak bukanlah aspek perubahan politik yang bersifat revolusi yang pantas tetapi proses evolusi yang memakan masa. Ini kerana sifatnya yang mengakar umbi secara perlahan dalam membentuk kesedaran universal.

Elemen ini sebenarnya antara faktor penyumbang kepada perubahan rejim pada 2018. Kini Malaysia tidak lagi dikenali sebagai negara statik demokrasinya kerana sebelum ini tidak pernah menukar parti dan bergilir memerintah.

Mohd Azizi Jaeh ialah pelajar program sains politik di sebuah universiti tempatan.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Barathi Inthu
14 Jul 2019 12.58am

Utopia

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x