Home Young Writers MIC yang halimunan

MIC yang halimunan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Daripada parti yang pernah berjuang dalam membebaskan tanah air daripada cengkaman kolonial, kini ia hanya dibadutkan bagai sebuah jenaka, ujar Jaymani Sevanathan.

Selepas pilihan raya umum 2018, mungkin tidak begitu ramai penganalisis politik atau ahli akademik yang memfokuskan nasib parti Kongres India Se-Malaysia (MIC), iaitu sebuah komponen parti dalam Barisan Nasional.

Parti itu, yang ditubuhkan 62 tahun lalu, tidak boleh dinafikan menghadapi pelbagai rintangan dan krisis dalaman serta pertelingkahan dalam kalangan barisan kepimpinannya. Dalam pilihan raya umum 2018, MIC hanya menang dua kerusi Parlimen dan tiga kerusi dewan undangan negeri berbanding pilihan raya 2013, di mana MIC menang empat kerusi Parlimen dan lapan kerusi dewan undangan negeri di bawah kepimpinan G Palanivel.

Apakah punca kejatuhan dan kegagalan teruk MIC? Kepimpinan di bawah Samy Velu, Palanivel dan S Subramaniam sering dibanding-bandingkan dalam hal ini. Kegagalan kepimpinan Subramaniam paling nyata apabila MIC semakin kecundang dan berada dalam situasi yang terancam sekarang.

MIC pernah mendapat tempat di hati rakyat khususnya kaum India kerana matlamat utama parti tersebut, iaitu memperjuangkan pembangunan dan sosio ekonomi masyarakat India.

Namun selepas itu, hanya kebencian dan ketidakpuasan hati yang menguasai masyarakat India apabila melihat MIC semakin gagal melakukan perubahan ke arah kemajuan kaum tersebut. Pemimpin MIC lebih lantang bersuara dalam konflik yang dihadapi sehingga seakan-akan lupa mereka adalah wakil politik kepada kaum India.

Masyarakat India khususnya pengundi muda mula beralih dan menyokong Pakatan Harapan ( PH ). Hal ini boleh dikatakan suatu pemberontakan secara tidak langsung terhadap MIC dan BN atau memang masyarakat India merasakan PH mampu memperjuangkan nasib mereka.

Perkara ini dapat dibuktikan misalnya apabila pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat seperti P Kamalanathan iaitu bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor dan Timbalan Menteri Pendidikan tewas teruk dengan calon PKR, June Leow ,dengan majoriti 13,391 undi. Pemimpin yang pernah diangkat tinggi oleh rakyat tumbang begitu sahaja.

MIC perlu sedar akan realiti yang melandainya. Realiti bahawa ia telah hilang kepercayaan dan segala keyakinan yang pernah ditaruhkan oleh kaum India terhadapnya. Pelan tindakan yang dibawa untuk masyarakat India tidak berjaya meraih sokongan. Ini adalah realiti yang perlu dijadikan satu dialog kerana ia bukan sebuah retorik semata-mata yang dilemparkan ke atas MIC.

Masyarakat India inginkan pembaharuan dan sebuah transformasi yang efisien dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Pemimpin yang lebih berkaliber, berwawasan dan mengamalkan prinsip demokrasi diperlukan bukan pemimpin yang hanya bersikap konservatif iaitu terlalu mengekalkan kebiasaan semata-mata hanya disebabkan parti tersebut berideologikan konservatisme.

Presiden MIC Subramaniam pernah menegaskan bahawa perjuangan parti lebih penting daripada kepentingan diri sendiri. Namun persoalannya mengapa ahli parti gagal berkerjasama sebagai satu pasukan dalam mengatur strategi kemenangan dalan pilihan raya umum 2018 yang lepas? Kegagalan itu patut diletakkan pada akar umbi parti kerana terlampau yakin dan selesa tanpa sedar mereka sebenarnya sedang kehilangan sokongan sedikit demi sedikit.

MIC bukan sahaja tewas dalam mengekalkan peranannya di pihak kerajaan malah tewas di mata majoriti masyarakat India. Selepas berdepan dengan kekalahan tersebut, MIC semakin kelihatan halimunan dalam politik Malaysia.

Mungkin MIC perlukan masa yang lama untuk bangkit semula dan mencari akar bagi segala kekalahan mereka. Daripada parti yang pernah berjuang dalam membebaskan tanah air daripada cengkaman kolonial, kini ia hanya dibadutkan bagai sebuah jenaka.

Survival MIC dalam politik Malaysia sebagai komponen parti pembangkang perlu dipertahankan dan dikekalkan bukannya semakin rapuh dan rebah setelah melihat dan menghadapi cabaran. Kepimpinan dan perjuangan MIC perlu direformasikan semula.

Agenda baharu yang lebih realistik dan komprehensif perlu difokuskan oleh MIC selepas ini sekiranya tidak ingin melihat detik hitam yang menimpanya berulang pada pilihan raya umum akan datang.

Jaymani Sevanathan merupakan mahasiswi jurusan sains politik di sebuah universiti tempatan.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
S.Sundralingam
S.Sundralingam
9 Sep 2018 5.59am

I don’t think MIC would ever rise again, it could be considered as gone forever.

Nair
Nair
23 Jul 2018 10.14am

What MIC needs is a group of leadership who are very well educated and respected in the eyes of the public. There are plenty of brilliant Indians youths in Malaysia but due to Samy Velu and his group non were allowed to come in to lead MIC. Failure of Indians in Malaysia is not because of MIC but because of Samy Velu and his cast, race, greedy, crony, uneducated members. MIC must get rid of all and restart with new blood then there is some hope for MIC.

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x