ALIRAN 

 
Sedikit-sebanyak tentang Pertubuhan

Asalnya

Aliran telah dilancarkan di Pulau Pinang pada 12 Ogos 1977 oleh tujuh orang rakyat Malaysia yang mengambil berat akan keadaan semasa. Mereka mempunyai latarbelakang etnik yang berbeza. Hari ini ianya merupakan sebuah pergerakan kebangsaan dengan ahli-ahli, rakan-rakan dan penyokong-penyokong dari berbagai tempat dalam negara.

Kedudukan dalam masyarakat Malaysia

Aliran ialah pergerakan pertama sepertinya dalam sejarah negara kita in. Falsafah, polisi-polisi, acara-acara dan keahliannya adalah bersifat pelbagai etnik - tidak seperti kebanyakan pergerakan lain di masa lampau yang dihadkan kepada sesebuah kumpulan etnik yang tertentu. Ia mempunyai satu konsep perubahan yang menyeluruh dan yang merangkumi kebanyakan perkara.

Perjuangannya juga tidak ditujukan kepada sebarang jangkamasa yang tertentu. Selama ini kebanyakan pergerakan lebih mengutamakan beberapa isu yang khusus untuk suatu jangkamasa yang pendek.

Begitu juga, perjuangan Aliran bagi keadilan sosial dipandu oleh satu pandangan semesta berdasarkan kerohanian sejagat yang membezakannya dari kumpulan-kumpulan lain yang berdasarkan sekular atau keagamaan dalam erti kata sempit.

Lebih-lebih lagi Aliran tidak terlibat dalam persaingan pilihanraya untuk kuasa dan kedudukan. Dengan cara ini, kami berharap untuk mengekal dan melindungi peranan kami sebagai pendidik sosial yang berazam mengwujudkan satu susunan sosial yang baru.

Perhubungan dengan Kumpulan-kumpulan lain

Aliran ialah sebuah pergerakan yang bebas dan berotonomi. Ia tidak mempunyai pertalian dengan sebarang parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan komuniti atau persatuan sivik. Namun, Aliran percaya akan kerjasama yang aktif dengan kumpulan-kumpulan lain dalam isu-isu yang tertentu dan objektif-objektif yang khusus.


 

Protest At Kamunting


Di pintu luar Kem Tahanan Kamunting dekat Taiping:
Aliran menggabung tenaga dengan 35  NGO Malaysia yang lain untuk menyeru supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu dimansuhkan.
 
 
 
 

Activiti-aktiviti

Aktiviti utama Aliran ialah menerbit Aliran Monthly untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu-isu penting di Malaysia. Aliran juga mengeluarkan kenyataan media yang menganalisakan bermacam-macam isu dalam perjuangannya bagi satu susunan alternatif.

Selain dari kesemua aktiviti ini, Aliran juga senantiasa mengadakan perjumpaan-perjumpaan dengan pertubuhan yang lain. Idea-idea dipertukarkan dan pengalaman dibandingkan.

Kadang-kala, Aliran menganjurkan acara untuk ahlinya untuk membincang isu-isu semasa. Satu lagi bidang aktiviti ialah ceramah dan forum yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan lain kepada yang mana pegawai-pegawai Aliran sentiasa dijemput.

Aliran merupakan suatu sumber maklumat yang bebas mengenai Malaysia bagi penganalisa politik, ahli akademik dan sesiapapun yang minat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di negara ini.

Struktur

Kekuasaan tertinggi pergerakan ini adalah dalam persidangan agungnya. Persidangan agung diadakan sekali dalam setahun, biasanya dalam bulan November. Persidangan Agung Tahunan menyediakan gariskasar untuk dikerjakan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

Jawatankuasa Eksekutif dipilih pada Persidangan Agung Tahunan dan mengandungi 15 orang ahli - Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 11 orang ahli. Kesemua pegawai layak bagi pemilihan semula.

Pembentukan polisi-polisi dan pentadbiran am pergerakan merupakan sebahagian dari tanggungjawab Jawatankuasa Eksekutif. Dalam perlaksanaan sebenar aktiviti-aktiviti, Jawatankuasa Eksekutif dibantu oleh beberapa biro. Setiap biro bertanggungjawab ke atas suatu bidang aktiviti yang tertentu.

Kembali ke muka depan laman web Aliran